Pages

Monday, March 8, 2010

Nilai Barang Kemas

Semalam, hari Ahad bawa family jalan-jalan. Singgah di sebuah kedai emas di Bangi. Sebab tengok ada tulis promosi. Tokey emas ni memang pantang tengok emas promosi atau emas murah. Ada-ada saja idea yang berlegar-legar di kepala.

Ingatkan memang betul-betul murah. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. Tapi sedap juga kalau pekena mee udang. Kena pulak udang merah yang besar, memang meleleh air liur.

Harga promosi = tolak RM5 dari harga semasa
Harga upah = paling minima RM40

Bila kira-kira balik jadi sama dengan harga semasa emas. Jadi saya pun tukar strategi buat-buat tanya nak gadai barang.

Emas 916 - Berat 13.29gm = RM1300
Emas 90 - Berat 47.83gm = RM4000

Kalau nak cash dapat RM5300. Kalau nak trade-in dapat RM5370. Fuhhh... Memang kaya. Masa beli dulu, emas 916 tu baru dalam RM400. Yang emas 90 dalam RM1500. Tapi sekarang, tu dia... Memang berbaloi-baloi simpan emas.

Tapi apa jawapan saya... Untuk jual emas itu, tidak sama sekali... Walaupun diasak beberapa kali oleh pekerja kedai dan tuan kedai sendiri. Dia siap tanya, berapa yang awak nak. Kerana apa, kerana mereka tahu nilai emas yang saya miliki.

Azam saya tahun ini untuk miliki 1 KILO emas. Apa azam anda dalam memiliki emas?

2 comments: