0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Thursday, December 31, 2009

Harga Barang Naik

Akhir 2009

1. Harga gula naik 20 sen.
2. Roti putih tiada subsidi kerajaan lagi.

2010?

Kesan?

1. Harga makanan naik.
2. Harga minuman naik.
3. Inflasi naik.
4. Nilai wang turun.

Penyelesaian?

Lindung wang dengan emas segera.

Saturday, December 26, 2009

Perkara Penting Perlu Diketahui Sebelum Membeli Emas

Semalam saya bersiar-siar di Jusco, Wangsa Maju dan Alamanda, Putrajaya. Kelihatan begitu ramai warga kota yang membawa keluarga keluar membeli-belah. Mungkin faktor cuti yang membuatkan warga kota tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan aktiviti jual-beli ini dapat membantu memulihkan keadaan ekonomi yang sedang meruncing. Setiap kali saya bersiar-siar di kompleks membeli-belah, saya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di kedai emas. Nak tengok kalau-kalau ada jualan murah.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum seseorang membuat keputusan untuk membeli emas:

1. Apakah tujuan anda membeli emas?
A. Jika sebagai perhiasan. Anda boleh memilih mana-mana barang kemas yang dipamerkan.
B. Jika sebagai pelaburan. Anda perlu memilih jongkong emas 999 atau dinar 916 kerana barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan.

2. Kos upah yang dikenakan.
Selain bertanya berapakah harga emas segram, anda juga perlu bertanya berapakah kos upah yang dikenakan. Mungkin anda tidak boleh meminta kurang pada harga emas tetapi boleh berunding untuk kurangkan kos upah.

3. Jenis emas yang ingin dibeli.
Anda perlu tahu jenis emas yang dibeli. Emas yang terbaik ialah 999 diikuti 916. Ini kerana mungkin anda tertarik dengan bentuk dan rupa emas tersebut tetapi terlupa untuk mengira untung / rugi jika anda ingin menjual semula emas tersebut.

4. Spread / susut nilai.
Anda perlu bertanya berapakah spread / susut nilai jika anda ingin menjual semula emas yang dibeli. Kedai emas biasanya memberi dua kaedah belian semula iaitu 'trade-in' dan tunai.

'Trade-in' - Anda tukar emas lama dengan emas baru. Spread mungkin rendah.
Tunai - Anda ingin jual semula dan mendapatkan wang tunai. Spread mungkin tinggi.

Anda juga perlu tanya sama ada kedai tersebut menerima mana-mana emas untuk dijual semula atau hanya menerima emas yang dibeli dari kedainya. Anda juga perlu bertanya sama ada resit pembelian diperlukan semasa jualan balik.

Jika anda telah mendapat kesemua jawapan di atas, saya percaya anda mampu membuat keputusan terbaik.

p/s: Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ditulis boleh hubungi saya. admin@putremas.com atau 012-9883445. Saya sedia berkongsi pengalaman dengan anda. Semoga wang anda berbaloi dengan belian yang dibuat.

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Datang Pn. Saniah dan En. Joharizan

Selamat Datang dan Tahniah,

Kepada Pn. Saniah dan En. Joharizan kerana sudi menyertai rangkaian putremas.com. Bagi pembeli emas kawasan Cheras dan HUKM, boleh hubungi mereka 013-4567209 / 013-4567219. Semoga dengan Allah s.w.t. membantu kita dalam mengembangkan perniagaan emas sedia ada.

Bagi yang berminat untuk sertai rangkaian putremas.com, sila hubungi saya 012-9883445.

Tuesday, December 22, 2009

Puasa Tasu'a dan Asyura Muharram

Puasa Tasu’a (9 Muharam)
Berpuasa pada Hari Asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu’a (hari kesembilan dari bulan Muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada Hari Asyura saja. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, “Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (para sahabat) supaya berpuasa. Para sahabat berkata : ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani’, Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Pada tahun depan insyaaLlah kita puasa tanggal 9′. Tetapi beliau wafat sebelum datangnya tahun berikutnya” (HR Muslim). Dalam riwayat yang lain disebutkan “Seandainya aku mendapati tahun depan, maka aku akan puasa tanggal 9. Tetapi beliau meninggal sebelum itu” (HR Muslim).

Sebagian ulama mengatakan, sebaiknya puasa selama tiga hari: 9, 10, 11 Muharam. Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Puasalah pada hari ‘aasyuura dan berbedalah dengan orang Yahudi. Puasalah sehari sebelum ‘asyuura dan sehari sesudahnya.” (HR Ahmad).

Ibnu Sirrin melaksanakan hal ini dengan alasan kehati-hatian. Karena, boleh jadi manusia salah dalam menetapkan masuknya satu Muharam. Boleh jadi yang kita kira tanggal sembilan, namun sebenarnya sudah tanggal sepuluh. (Majmuu’ Syarhul Muhadzdzab VI/406)

Puasa Asyura (10 Muharam)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu “Tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Aku lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya” (HR Bukhari).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda “Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang salat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam.” (HR Muslim)

Puasa Asyura pun memiliki keutamaan berupa dihapusnya dosa satu tahun, sesuai hadits yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Puasa Asyuura menghapus dosa satu tahun, sedang puasa arafah menghapus dosa dua tahun.” (HR Muslim, Tirmizi, Abu Daud).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam senantiasa melakukan puasa Asyura berdasarkan hadits Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.”Aku tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari karena ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura’) dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan).” (HR Bukhari dan Muslim). Juga dalam hadits yang diriwayatkan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan fadilah pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari kesepuluh Muharam.” (HR Muslim).

Pada mulanya puasa Asyura diwajibkan, tetapi setelah Allah mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan, maka puasa Asyura status hukumnya menjadi sunnah. Hal ini sebagaimana hadits yang diriwayatkan dari Aisyah radiyallahu ‘anha “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan untuk puasa ‘Asyuura sebelum turunnya perintah puasa Ramadan. Ketika puasa Ramadan diperintahkan, siapa yang ingin boleh puasa ‘aasyuura dan yang tidak ingin boleh tidak berpuasa Asyuura.” (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi).

dipetik dari http://masridwan.co.cc/?p=134

Monday, December 21, 2009

Christmas Shopping

Bagi pembaca yang akan menyambut Hari Krismas, saya ucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru. Bagi yang sedang membuat persiapan, buatlah perancangan kewangan yang bijak. Seminggu selepas tu, anak-anak akan mula bersekolah.

Bagi peminat dan pelabur emas, sekarang juga antara masa terbaik untuk membeli emas. Harga berlegar antara USD1110/oz - USD11120/oz. Ramai yang menjangkakan akan berlaku kenaikan harga selepas sambutan Krismas. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu sama-sama. Nasihat saya, beli emas apabila ada duit. Beli dan kumpul berdikit-dikit supaya tidak menyesal kemudian hari.

Sunday, December 20, 2009

1 Muharram - Permulaan Pengiraan Haul Zakat

Saya berharap artikel ini masih belum terlewat untuk ditulis. Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih memanjangkan umur kita untuk sama-sama melangkah ke tahun baru. Sebut sahaja tahun baru, apa yang sering terlintas di fikiran ialah azam tahun baru dan azam tahun lepas yang belum tertunai.

Alhamdulillah, kini telah ramai umat Islam yang kembali sedar dan mula mengamalkan kembali ajaran Islam dengan sempurna. Ini termasuklah ibadah zakat. Ramai di antara kita kadang-kadang terlupa atau terleka untuk menetapkan tarikh permulaan pengiraan zakat sehinggalah masa berlalu.

Jadi, saya ingin menyarankan para pembaca untuk sama-sama mengambil tarikh 1 Muharram ini sebagai permulaan pengiraan haul zakat bagi setiap pendapatan dan rezeki yang kita miliki. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan diterima oleh Allah s.w.t.

Amin.

Saturday, December 19, 2009

Malu Bertanya Sesat Jalan

Telah menjadi suatu budaya / adat di Malaysia ini, rakyatnya malu untuk bertanya sehinggakan wujudnya pepatah tersebut. Sejak di bangku sekolah kita diajar untuk menelan bulat-bulat apa yang dipelajari. Sindrom ini bila telah menjadi tabiat akan memberi kesan yang buruk pada jangka masa panjang.

Dalam Islam sendiri kita diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk bertanya jika kita tidak mengetahui.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya." (Surah An-Nahl: ayat 43)

Ayat ini mengingatkan saya ketika di bangku sekolah. Ustaz saya bercerita (lebih kurang ceritanya) :

Suatu hari semasa menghadiri kuliah agama, seorang muallaf telah bertanya kepada gurunya, "Ustaz, tuan mengatakan bahawa Al-Quran itu sempurna tetapi mengapa Allah s.w.t. tidak menceritakan di dalamnya bagaimana cara untuk membuat roti."

Ustaz tersebut terdiam sebentar, kemudian membacakan ayat tersebut. Ustaz itu mengulas, "Andaikata Allah s.w.t. ingin menceritakan segala-galanya di dalam Al-Quran, maka sudah pasti tidak cukup 30 juzuk. Tetapi Maha Bijaksananya Allah s.w.t. hanya dengan satu firman, maka terjawablah seluruh persoalan."

"Maka jika kamu ingin tahu bagaimana untuk membuat roti, carilah pembuat roti dan bertanyakan kepadanya cara-cara untuk membuat roti."

Maha Bijaksana dan Maha Sempurna Allah s.w.t.

Gambar Seminar di Putrajaya 16/12/2009




Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua. Semoga Allah s.w.t memanjangkan umur kita dalam redha dan rahmatNya. Berbahagialah mereka yang mendapat pemeliharaan dan pemerhatian daripada Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Semoga kita dimasukkan dalam golongan yang dijanjikan berjaya di dunia dan di akhirat oleh Allah s.w.t.

Amin...

Terima Kasih Pada Yang Hadir Seminar 16/12/2009 di Putrajaya

Tuan/Puan,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir ke seminar yang telah diadakan. Saya selaku pengendali majlis memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Saya hanya insan biasa yang lemah lagi daif. Kepada tuan/puan yang berminat untuk membeli emas / menjadi agen atau mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan emas pelaburan, boleh hubungi saya, admin@putremas.com atau 012-9883445. Saya sedia berkongsi ilmu dan pengalaman dengan tuan/puan.

pokya,
admin@putremas.com
012-9883445

Wednesday, December 16, 2009

Malam Ini - 16/12/2009: Seminar Emas Pelaburan di Putrajaya

Tuan/Puan,

Pada malam ini akan diadakan Seminar Emas Pelaburan anjuran Public Gold di Putrajaya bertempat di Auditorium 1, Aras 2, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Kompleks ini terletak di belakang Alamanda. Masih terdapat beberapa tempat kosong. Bagi yang tidak mengetahui arah ke sana boleh hubungi saya, 012-9883445.

Mari sama-sama kita hadir untuk menimba ilmu dalam emas pelaburan.

Monday, December 14, 2009

Borang Permohonan Agen Rangkaian Putremas


Untuk download, Right Click > Save As

1. Isi borang dan hantar melalui emel atau faks.

a. Emel
- To: liching@publicgold.com.my, vincent@publicgold.com.my, denise@publicgold.com.my, branson@publicgold.com.my
- CC: putremas@ymail.com, admin@putremas.com.

b. Faks: 04-6464916.

2. Bank in duit ke akaun Public Gold.

CIMB: 07140011557057
Maybank: 507134241707
Public Bank: 3148136630

3. Emel / faks bukti pembayaran seperti di No. 1.

Kelebihan sertai rangkaian putremas.com:

1. Tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu perniagaan emas.
2. Kaedah dan cara mempromosi perniagaan.
3. Kaedah dan cara membuat pusingan modal.
4. Cara membuat blog.
5. Emel nama@putremas.com.
6. Template kad bisnes.
7. Lain-lain kemudahan yang akan dikemasikini dari semasa ke semasa.

Semua akan diberi PERCUMA.

Saya akan bantu anda sehingga anda berjaya seperti saya. Sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya. Tiada kejayaan tanpa usaha.



Saturday, December 12, 2009

Seminar Emas Pelaburan di Putrajaya

Terima kasih kepada yang telah mendaftar. Masih ada kekosongan bagi yang berminat. Cepat sebelum terlambat.

Tempat: Auditorium 1, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Tarikh: 16 Disember 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 - 11.00 malam

Masuk PERCUMA. Semua dijemput hadir. Sila maklumkan pada saya untuk pendaftaran memandangkan tempat adalah terhad.

Seminar Emas Pelaburan Sesi Disember 2009

Schedule of Public Gold Seminar:

Day
Date
Time
Town
Venue
Sat
19.12.09
8pm-10pm
Sungai Petani
Park Avenue Hotel
Sun
20.12.09
8pm-10pm
Butterworth
Pearl View Hotel
Sat
26.12.09
8pm-10pm
Kota Bahru
Grand Riverview Hotel
Sun
27.12.09
8pm-10pm
Terengganu
Ming Star Hotel
Sat
02.01.10
8pm-10pm
Johor Bahru
J. A. Residence Hotel

Details of Venue:

  • Park Avenue Hotel
    E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
    08000 Sungai Petani, Kedah.
    Tel: 04-431 7777
  • Pearl View Hotel
    Jalan Baru, Seberang Prai,
    13700 Butterworth, Penang.
    Tel: 04-398 9888
  • Grand Riverview Hotel
    Jalan Post Office Lama,
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel: 09-743 9988
  • Ming Star Hotel
    217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
    20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
    Tel: 09-622 8666
  • J. A. Residence Hotel
    (Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
    18, Jalan Wong Ah Fook,
    80000 Johor Bahru, Johor.
    Tel: 07-221 3000

Monday, December 7, 2009

Bila Harga Turun?

Saya sering ditanya, bila harga nak turun. Sekarang harga tengah turun. Tapi, masih ada yang bertanya. Bila harga nak turun. Saya tak pasti si penanya tu nak harga turun sampai mana.

Selamat Datang Pn. Rosfarizal Ibrahim

Selamat datang dan tahniah kepada Pn. Rosfarizal Ibrahim yang telah mendaftar sebagai agen dan menyertai rangkaian putremas.com. Kepada anda yang berada di kawasan Pelabuhan Kelang, boleh hubungi beliau. khaizha98@yahoo.com / 019-6677998.

Pembukaan Pasaran 7/12/2009

Pasaran dibuka agak rendah. Ini memberi peluang kepada pelabur untuk menambah aset masing-masing. Ini mungkin kesan kelansungan pengambilan untung dari minggu lepas. Namun begitu, saya menjangkakan harga mungkin akan naik semula pada lewat petang. Mari kita sama-sama saksikan ke mana pergerakan emas pada minggu ini.

Sunday, December 6, 2009

Peluang

1. Orang yang bijak mencipta peluang.
2. Orang yang pandai tidak melepaskan peluang.
3. Orang yang bodoh melepaskan peluang.

Di mana kita?

Keperluan Untuk Menjadi Agen

1. Modal - Dikemaskini oleh saya di sebelah kiri blog.
2. Nama Penuh
3. Alamat
3. No. Kad Pengenalan
4. Emel
5. No. Telefon
6. Bank dan No. Akaun

Perkara No. 1 - Jika mempunyai masalah boleh hubungi saya untuk berbincang kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai modal tersebut.

Perkara No. 2 - 6. - Jika telah cukup modal. Hubungi saya melalui telefon: 012-9883445 atau emel: putremas@ymail.com dengan memaklumkan kesemua perkara tersebut. Saya akan uruskan pendaftaran anda. Perkara No. 2 - 6 diperlukan untuk rekod pihak Public Gold dan tujuan pembayaran komisen.

Saturday, December 5, 2009

Penutupan Harga Rendah 5/12/2009

Pasaran harga emas ditutup rendah pada aras USD1160/oz. Keadaan ini amat membimbangkan pelabur andaikata harga akan terus turun. Apa yang perlu anda tahu bahawa emas ialah suatu komoditi. Selagi mana ada permintaan dan penawaran, selagi itu pasaran akan tidak akan ditutup. Harga emas turun mungkin terdapat beberapa sebab yang tersendiri. Namun, untuk jangka masa panjang, harga emas akan tetap meningkat.

Ingat! Pelaburan emas ialah pelaburan portfolio jangka masa panjang.

Friday, December 4, 2009

Harga Emas 4/12/2009

Harga emas pagi ini sedikit menurun. Ini mungkin berikutan aktivit pengambilan untung. Sekarang antara masa terbaik untuk membeli emas. Saya menjangkakan harga akan ditutup tinggi pada lewat petang.

Bertindak sebelum terlambat.

Thursday, December 3, 2009

Tawaran Istimewa - Perkhidmatan Simpanan Peti Besi

Saya ingin menawarkan perkhidmatan simpanan peti besi PERCUMA untuk mereka yang berminat.

Untuk pembeli - minima jumlah belian 100gm tidak kira jenis.

Untuk rangkaian putremas - tiada had minima.

Peti besi ini hanya boleh diakses oleh saya sahaja dan diinsuran sebanyak RM100k. Namun, saya tidak dapat memberi sebarang jaminan keselamatan atas emas yang disimpan. Saya sekadar ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya.

Pilihan Ar-Rahnu

Saya mendengar khabar Ar-Rahnu Bank Rakyat tak lagi terima emas dalam bentuk coin, wafer, bar, bullion. Jadi untuk kepastian saya hubungi sendiri Bank Rakyat pagi ini. Bank Rakyat disahkan tidak lagi terima emas selain barang kemas untuk dipajak atas arahan pihak pengurusan atasan berkuatkuasa serta-merta. Arahan ini tidak menyatakan bila tempoh berakhir.

Sebagai alternatif,

Anda boleh pajak emas di Ar-Rahnu UNIKEB. Saya dah cuba bulan lepas dengan seorang pelanggan saya. Pagi tadi, saya hubungi untuk sahkan sekali lagi. Pegawai tersebut meyakinkan saya yang mereka masih menerima apa jua bentuk emas. Apa yang penting... asalkan emas. Untuk pemilik emas Public Gold, anda hanya perlu membawa emas dan sijil ketulenan.

Maklumat lanjut, boleh hubungi terus ke Ar-Rahnu UNIKEB 03-89214038 atau saya.

Semoga membantu.

Harga Emas Naik Lagi

Harga emas memang membuatkan ramai orang menjadi tidak tentu arah. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Semua tak kena. Apa taknya, sekejap tengok harga lain, kejap lagi harga lain. Kalau makin turun takpe, ni asyik naik je.

Itulah senario harga emas sekarang. Harga emas akan terus meningkat sehingga akhir tahun ini. Jadi, cepat-cepat simpan emas. Mulakan dengan 1 dinar.

Wednesday, December 2, 2009

Selamat Tiba di Putrajaya

Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Putrajaya. Walaupun masih belum puas bercuti di kampung, saya terpaksa kembali kerana takut banjir gelombang ketiga. Tak pasal-pasal tak dapat balik terus. Saya masih lagi bercuti. Bagi sesiapa yang ingin berjumpa, boleh hubungi saya. Harga emas tengah naik. Sasaran seterusnya USD1300/oz.

Siapa cepat, dia dapat.
Siapa lewat, dia terkulat.

Tuesday, December 1, 2009

Dinar Kelantan Telah Dijual

Dinar Kelantan milik saya telah habis dijual pagi tadi. Bagi yang berminat untuk mendapatkan dinar Kelantan, saya boleh tolong belikan. Tapi kena bank-in duit dululah. Jika berminat, hubungi saya. Insya Allah, esok saya akan bertolak ke Putrajaya jika tidak ada aral melintang.

p/s: Stok 20gm Public Gold dan 1 dinar Public Dinar masih ada.

Masih di Kampung

Alhamdulillah, hari ini dapat akses broadband. Tapi kena ke bandar la sikit. Keadaan di sini, hujan renyai-renyai, kadangkala lebat tetapi berterusan. Kalau berlaku berlarutan 2-3 hari lagi, kemungkinan banjir kali ketiga akan berlaku.

Sekian info dari Rantau Panjang, Kelantan.

p/s: Stok 20gm dan 1 dinar masih ada. Hubungi saya bagi yang berminat.

Monday, November 30, 2009

Dinar Kelantan Untuk Dijual

Saya ada miliki 2 keping dinar kelantan. Bagi yang berminat, boleh hubungi saya. Maaf kerana tidak update blog beberapa ini kerana tiada kemudahan internet. Takde broadband coverage. Ni pun tumpang wifi free. Saya masih lagi berada di kampung. Saya akan pulang ke Putrajaya setelah urusan di kampung selesai. Bagi pembaca yang berada di Kelantan yang ingin berjumpa saya, boleh hubungi untuk temu janji. Stok 20gm dan 1 dinar masih ada.

Ibadah Korban

Alhamdulillah. Tahun ini kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk melakukan ibadah korban. Banyak peristiwa menarik berlaku, lembu terlepaslah, lembu sondol orang lah. Namun yang penting, ibadah tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Bagi jemaah haji, saya doakan semoga memperolehi haji yang mabrur atau sekurang-kurangnya yang makbul. Semoga Allah s.w.t akan melimpahkan rezeki yang murah kepada kita supaya dapat meneruskan ibadah korban pada tahun hadapan.

Thursday, November 26, 2009

Pergerakan Emas 26/11/2009

Pergerakan emas kini sukar dijangka. Kenaikan harga emas USD10/oz setiap hari. Dijangka harga emas pada penutup pasaran minggu ini di aras USD1200/oz. Jika trend ini berterusan, harga emas tidak mustahil untuk mencapai aras USD1500/oz pada hujung tahun ini. Ini disebabkan beberapa faktor luar biasa yang mendorong pergerakan harga emas yang agresif. Nasihat saya, beli je emas bila ada duit. Jangan tangguh-tangguh, nanti putih mata. Saya sendiri sudah beberapa kali dikecewakan oleh harga emas akibat menunggu harga turun punya pasal.

Tuesday, November 24, 2009

Pulang Ke Kampung

Saya akan pulang ke kampung untuk berhari raya di Rantau Panjang, Kelantan bermula 26/11/2009 sehingga 6/12/2009. Bagi mereka yang ingin berjumpa saya di Kelantan boleh hubungi saya untuk temu janji. Jika terdapat di kalangan anda yang ingin membeli emas boleh hubungi rangkaian saya selama saya berada di kampung.

p/s: Saya je yang cuti, perniagaan tak cuti. 24 x 7 kecuali waktu solat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog yang beragama Islam. Jadikan dinar sebagai hadiah hari raya Aidil Adha tahun ini atau membeli bahagian korban.

Monday, November 23, 2009

Harga Naik Lagi

Hampir dua hari tak tengok pergerakan harga, hari ini bila tengok, bidaan sesaat paling tinggi USD1160/oz. Jangkaan pasaran untuk capai USD1200/oz pada akhir tahun mungkin tidak mustahil.

Friday, November 20, 2009

Desa Pinggiran Putra

Pada hujung minggu ini saya akan bermukim di surau di Desa Pinggiran Putra, Kajang berhampiran Putrajaya. Bagi yang ingin membeli atau menjual, boleh hubungi saya atau rangkaian saya. Insya Allah, kami sedia membantu anda.

Belilah emas untuk masa depan anda.

Tuesday, November 17, 2009

Kisah 3: Ar-Rahnu UNIKEB

Selepas bermesyuarat seketika, Allah s.w.t mengilhamkan pada kami untuk untuk mencuba nasib di Ar-Rahnu UNIKEB.

Alhamdulillah. Hasil mesyuarat membawa berkat dan hikmah yang tersendiri.

Kisah bermula...

'Sini terima jongkong dan dinar?', tanya saya.
'Terima', jawab pegawai bertugas.
'Emas Public Gold?', tanya saya lagi.
'Terima asalkan emas tulen dan ada sijil', jawab pegawai tu lagi.

Alhamdulillah.

Setelah tanya perkara yang perlu. Kami teruskan proses gadaian. Kami kemudiannya membuat keputusan untuk mempromosikan Ar-Rahnu UNIKEB ni di blog. Ringkasan mengenai Ar-Rahnu UNIKEB seperti di bawah.

Ar-Rahnu UNIKEB
------------------------

Kepunyaan Koperasi UNIKEB
Upah simpan RM0.80 bagi setiap RM100.00 nilai marhun. (0.8%)
Maksimum pinjaman 60% atau maksima RM5,000.00 atas satu resit.
Tempoh gadaian 6 bulan dan lanjutan tidak melebihi 6 bulan.

Keperluan:

Bawa kad pengenalan dan salinan.
Bawa emas dan sijil ketulenan.

Caj:

Pendaftaran kali pertama RM10.00
Caj gadaian bagi setiap kali gadaian RM1.00

Waktu urusan:

Isnin - Khamis 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat 9.00 pagi - 12.15 tengahari dan 2.45 petang - 5.00 petang

Keistimewaan:

Emas anda diinsurankan.
Sijil ketulenan dipegang oleh penggadai.
Tidak perlu sebarang resit atau bukti pembelian.
Hanya perlu membawa emas, sijil ketulenan emas dan kad pengenalan sahaja.

Kekurangan:

Nilai pinjaman - 60% atau maksima RM5,000 dalam satu resit.
Upah simpan - 0.8%
Nilai emas semasa dinilai rendah - supaya penggadai akan dapat lebihan wang jika lelongan dilakukan disebabkan tidak dapat menebus emas yang digadai.
Marilah kita sama-sama membantu dan memajukan Ar-Rahnu UNIKEB.

p/s: Dah 6 tahun buka, sekarang baru tahu. Nampak sangat selama ni tak amik tahu.

Kisah 2: Ar-Rahnu Bank Rakyat

Selepas semalam pulang dengan kecewa, kami tabahkan hati pada hari ini untuk mencuba nasib sekali lagi.

Bank Rakyat A - Masih sistem offline.

Kami bermesyuarat sebentar dan ambil keputusan ke Bank Rakyat C

Bank Rakyat C - Sistem offline juga.

Kami bermesyuarat sekali dan akhirnya Allah s.w.t telah memberi jalan kepada kami. Sesungguhnya, dalam mesyuarat itu pasti ada keberkatan.

Pelik Tapi Benar

Sistem pinjaman berasaskan riba diperkenalkan oleh orang Yahudi. Tetapi, mereka sendiri berurusan tidak pernah mengenakan riba.

Pelik bukan.

Dinar Emas : Senjata Baru Umat Islam

Artikel yang menarik yang mampu membuka mata khususnya bagi umat Islam. Semoga penggunaan dinar akan diangkat seperti mana di zaman kegemilangan Islam terdahulu.

"ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan"

"Umat Islam mesti berusaha supaya dinar emas dijadikan wang perdagangan dan digunakan di kalangan umat Islam. Kita tidak perlu risau tentang sistem kapitalis kerana sistem ini telah rosak dan akan hancur dengan sendirinya. Senjata kekuatan kufur ialah melalui sistem kewangan yang berteraskan riba, manakala senjata umat Islam ialah dinar emas tanpa riba. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan sebenar bagi umat Islam. Oleh itu sama-samalah kita berusaha supaya umat Islam memiliki dinar emas."

Artikel lanjut boleh dibaca di sini.

Ihsan: www.jutawanduniaemas.com

Monday, November 16, 2009

Karenah Ar-Rahnu Bank Rakyat

Hari ini (16/11/2009), saya bersama-sama pembeli saya pergi ke Bank Rakyat untuk pajak emas yang baru beliau beli.

Bank Rakyat A.

'Saya nak buat urusan Ar-Rahnu', kata saya kepada pengawal yang bertugas.
'Maaf, sistem Ar-Rahnu offline. Encik boleh pergi ke Bank Rakyat B', kata pengawal tersebut.

Bank Rakyat B.

'Saya nak buat urusan Ar-Rahnu', kata saya kepada pengawal yang bertugas.
'Encik nak pajak emas apa?', tanya pengawal.
'Saya nak pajak jongkong', jawab saya.
'Encik, kami hanya terima jongkong ada tanda BNM sahaja. Selain tu, tak terima. Semalam ada orang nak pajak tapi tak dapat', beritahu pengawal.
'Tak apalah, kami cuba dulu', jawab saya.

Kemudian kami menuju ke bilik Ar-Rahnu.

'Saya nak pajak jongkong', kata saya.
'Encik nak pajak jongkong apa? Kami hanya terima jongkong BNM sahaja', kata pegawai bank.
'Jongkong Public Gold. Syarikat ini ada kebenaran BNM untuk jual/beli jongkong', jawab saya.
'Syarikat apa tu encik. Ada surat?', tanya pegawai bank.
'Surat BNM ada dengan syarikat la. Kalau saya bawa surat kebenaran BNM, boleh pajak?', tanya saya.
'Nanti saya cuba majukan kepada pihak pengurusan. Minta maaf, saya tak boleh terima jongkong ini', ujar pegawai tu lagi.

Kemudian kami beredar sambil mengumpat bank dengan pegawai bank sekali.

Sunday, November 15, 2009

Modal Agen dan Master Agen

Semasa menghadiri seminar petang tadi (15/11/2009), saya dimaklumkan bahawa modal untuk menjadi agen telah meningkat. Bukan sedikit, tetapi banyak sehingga nak telan air liur pun tersangkut. Jadi bagi yang memasang hasrat untuk menjadi agen, cepat buat keputusan dan ambil tindakan sebelum modal lebih meningkat. Mereka yang berminat untuk sertai rangkaian putremas.com sebagai agen, anda dialu-alukan. Di bawah ini saya letakkan jadual modal yang sah pada masa artikel ini ditulis.

Nota: Tarikh 09/10/2009 ialah tarikh semasa saya menyertai Public Gold sebagai agen. Bagi yang berminat untuk menjadi agen tetapi modal masih belum mencukupi boleh hubungi saya untuk mendapatkan kaedah dan tips bagi mengumpul modal.

Sertai Rangkaian Putremas.com

Sesiapa yang berminat untuk sertai rangkaian perniagaan emas putremas.com sebagai agen boleh hubungi saya. Saya sekarang dalam perancangan untuk melebarkan dan meluaskan rangkaian perniagaan emas saya.

Kelebihan menyertai rangkaian putremas.com sebagai agen:

1. Tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu perniagaan emas.
2. Kaedah dan cara mempromosi perniagaan.
3. Kaedah dan cara membuat pusingan modal.
4. Cara membuat blog.
5. Emel nama@putremas.com.
6. Template kad bisnes.
7. Lain-lain kemudahan yang akan dikemasikini dari semasa ke semasa.

Semua akan diberi PERCUMA.

INGAT!

Kalau saya boleh berjaya, anda juga mampu berjaya.
Untuk berjaya, perlu ikut orang yang telah berjaya.
Untuk berjaya, perlu guna sistem yang telah berjaya.
Untuk berjaya, perlu ada usaha dan niat untuk berjaya.

Seminar on 15th Nov 2009

Gold investment seminar.

Date: 15th November 2009 (Sunday)
Time: 4-6 pm
Venue: Public Gold Sunway Branch.

Insya Allah, I'll be there. See you there.

Seminar 15 Nov 2009

Seminar pelaburan emas.

Tarikh: 15 Nov 2009 (Ahad)
Masa: 4-6petang
Tempat: Cawangan Public Gold, Bandar Sunway.

Insya Allah saya juga akan hadir. Kita jumpa di sana.

Saturday, November 14, 2009

Pasaran Ditutup Pada Harga Yang Kukuh

Terdapat berlakunya sedikit kejatuhan harga emas hari terakhir sebelum pasaran ditutup iaitu harga berlegar sekitar USD1100-1110/oz. Namun, harga sempat kembali mengukuh sebelum pasaran ditutup iaitu pada aras USD1120/oz.

Friday, November 13, 2009

Penambahbaikan Blog

Salam semua,

Saya telah menambahbaik blog ini dengan kemudahan 'auto-refresh' setiap 5 minit supaya membantu pembaca yang membaca blog saya untuk dapat melihat harga terkini tanpa perlu 'refresh' halaman. Saya juga telah letakkan sudut berita terkini untuk saya 'update' sebarang perkembangan di sudut atas kiri blog. Semoga dapat membantu para pembaca dalam dunia pelaburan emas.

-Friday is always holiday-

Thursday, November 12, 2009

Mencapai Aras USD1120/oz

Terkejut. Amat terkejut. Saya sendiri tidak menjangka ini akan berlaku. Jangkaan saya harga akan turun sebelum naik semula, malangnya tidak berlaku.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Fenomena ini didorong oleh kesedaran dunia tentang peri pentingnya menyimpan emas. Jadi, jangan bertangguh. Buat keputusan segera sebelum harga naik lagi. Bertindak sebelum terlambat.

-Simpan emas hari ini, hari esok dapat hasilnya-

Mengapa Orang Melayu Dahulu Suka Menyimpan Emas

Artikel yang agak menarik untuk dibaca sebagai renungan. emaskini.com

Renung-renungkan, fikir-fikirkan.

Buat Blog-Promosi Untuk Agen Public Fine Gold

Bagi agen yang masih belum mempunyai bolg dan memerlukan bantuan, boleh berhubung dengan En. Sabri Ahmad, emaskini.com.

Semoga mendapat manfaat.

Wednesday, November 11, 2009

Jangkaan Meleset

Saya menjangkakan pergerakan harga tidak dapat bertahan pada aras USD1110/oz tanpa pembetulan tetapi jangkaan saya meleset sekali. Harga telah diniagakan melebihi aras USD1110/oz pada lewat petang ini dan menghampiri USD1120/oz. Bagi yang ingin 'lock' harga pada masa harga turun sila emel pada saya untuk saya update anda.

-Maaf atas jangkaan yang salah. Kita manusia sering tersilap-

Mencari Arah

Semalam kita lihat ada sedikit penurunan harga. Hari ni, harga naik kembali. Harga emas masih mencari-cari arah untuk naik lebih tinggi. Kemungkinan pembetulan akan berlaku. Buat masa ini, harga emas tidak mampu bertahan pada aras USD1110/oz untuk jangka masa yang lama. Pembetulan harus dilakukan supaya harga dapat naik ke aras USD1150/oz. Jadi bagi pelabur / bakal pelabur, sentiasa semak harga terkini. 'Lock' harga bila harga sesuai. Cepat sebelum terlambat.

-Harga emas berlalu tanpa menunggu kita-

Tuesday, November 10, 2009

Harga Melegakan

Pagi ini didapati harga emas dunia agak menurun sedikit. Mungkin terdapat aktiviti mengambil untung atau pembetulan sebelum naik ke aras lebih tinggi. Bagi para pelabur / bakal pelabur, boleh mula mengumpul modal dan mengatur strategi apabila masa yang sesuai telah tiba.

-Bertindak sebelum terlambat-

Monday, November 9, 2009

Harga Emas Melonjak-lonjak

Pasaran emas hari ini dibuka atas paras USD1095/oz dan telah mencecah USD1100/oz sebelum jatuh semula sedikit. Ramai pelabur / bakal pelabur mengambil langkah tunggu dan lihat ke mana pergerakan harga seterusnya. Harga emas diramal akan menuju ke aras USD1200/oz pada penghujung tahun ini. Namun diharapkan akan terdapat sedikit penurunan sebelum mencapai aras tersebut.

Mari kita sama-sama lihat pergerakan harga untuk minggu ini. Bagi pelabur / bakal pelabur, boleh mula mengumpul modal supaya dapat merebut peluang jika terdapat penurunan harga berlaku.

Kalau nak tunggu harga emas benar-benar jatuh seperti masa 1997, RM30/gm memang susah. Bukan mustahil tapi kebenarannya amat jauh.

-Sediakan payung sebelum hujan-

Sunday, November 8, 2009

Kelas Pelaburan Emas 8 Nov 2009

Untuk makluman, hari ini ada satu lagi kelas pelaburan emas akan diadakan. Dijemput yang berkelapangan untuk mengambil peluang ini. Rebut peluang sebelum peluang pergi.

Tarikh: 8 November 2009 (Ahad)
Masa: 4 - 6 petang
Tempat: Cawangan Public Gold, Bandar Sunway.

Saya turut berada di sana. Jumpa di sana.

Yang bulat tak datang bergolek
Yang pipih tak datang melayang

Saturday, November 7, 2009

Cecah USD1100/oz

Pasaran harga emas dunia ditutup pada harga USD1095.7/oz pada 6 Nov 2009. Dalam jam terakhir, harga emas sempat mencecah melebihi USD1101/oz. Ini satu petanda kemungkinan harga akan berlegar disekitar USD1100/oz (+/-) USD10 - USD20 pada minggu hadapan. Keadaan ini dijangka bergerak dan bertahan untuk jangkamasa 2 - 3 minggu sebelum kita dapat melihat sebarang pemulihan.

Laporan dan artikel terkini banyak menunjukkan bahawa arah harga emas akan menuju USD1200/oz pada akhir tahun ini. Jadi bagi pelabur dan bakal pelabur, bersiap sedia untuk sebarang perubahan harga bagi tempoh 2 bulan ini.

Jika tuan/puan ingin dapatkan nasihat, boleh hubungi saya. Temujanji boleh diaturkan. Bagi yang ingin beli, stok masih ada.

- Harga emas bergerak sepantas angin membadai -

Friday, November 6, 2009

Tiada Bonus - Petanda Baik

Pasti ramai yang tak bersetuju dengan saya. Artikel ini tidak bermaksud untuk menyentuh mana-mana individu. Sesuatu itu dipandang positif jika kita ingin lihat dari sudut positif. Begitulah juga sebaliknya.

Tiada bonus. Petanda apa?

- ekonomi tidak baik
- kemorosotan ekonomi

Implikasi

- harga barang naik
- inflasi naik
- nilai mata wang merosot
- pelabur beralih pada komoditi
- HARGA KOMODITI NAIK

Kebaikan bagi pelabur emas

- HARGA EMAS AKAN NAIK

p/s: Siapa pernah sangka harga emas boleh cecah USD1100/oz. jangkaan tahun hadapan USD2000 - 3000/oz. Jadi apa tindakan anda. Buat keputusan yang bijak.

- Nak beli emas, cari saya. Tak tahu bagaimana nak mula, cari saya. Tak faham, cari saya. Insya Allah saya cuba bantu yang terbaik.

Thursday, November 5, 2009

Penurunan Harga Emas

Semalam kita lihat harga emas hampir mencecah USD1100/oz. Hari ini harga agak menurun sedikit ke aras USD1080/oz. Ini mungkin kerana berlakunya aktiviti pengambilan keuntungan oleh pelabur. Jadi yang baru nak beli emas, boleh bersedia dan berkira-kira sebelum harga naik semula. Kebanyakan peramal menjangkakan harga akan naik sehingga ke aras USD1200/oz selepas ini.

Nak beli emas, hubungi saya.

-Pelaburan emas, pelaburan menguntungkan-

Wednesday, November 4, 2009

Emas - Pelaburan Yang Tidak Mengecewakan

Kalau tengok graf November ni mesti ada yang sakit jantung. Asyik naik je. Pelaburan emas memang menguntungkan dan tidak mengecewakan.

Bagi yang dah beli awal-awal, tahniah. Anda sekarang boleh berehat, bersandar di atas kerusi di laman menghirup kopi panas sambil tengok graf. Anda sudah boleh tersenyum dengan pelaburan yang dibuat. Kalau dah capai sasaran, boleh fikir-fikir untuk jual. Kalau nak peram lagi bagi naik pun ok.

Bagi yang belum dan ingin menunggu waktu sesuai tapi tidak tahu, boleh hubungi saya. Saya boleh bantu anda. Kepada setiap pengemel saya, saya akan update sebarang perkembangan terkini kepada anda.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Harga Mencanak ke USD1080/ounce

Sebelum tidur, sempat tengok harga semasa emas dunia. Pada 4/11/09 jam 12.00am, harga emas ialah USD1080/ounce. Pergh... mau terbeliak biji mata. Pagi hari tu terbeliak harga turun, malam ni terbeliak mata harga naik. Untunglah bagi sesiapa yang telah membeli emas. Bagi yang belum memiliki emas, cepat-cepat beli bila harga turun.

p/s: Harga emas naik & turun tanpa menunggu kita.

Tuesday, November 3, 2009

Pinjaman MBSB Untuk Warga Putrajaya

Hari ni turun kafe tengok ade orang dari MBSB buat promosi pinjaman peribadi serendah 4.9% selama 15 tahun khusus bagi warga Putrajaya. Ini peluang baik untuk tambah stok emas. Saya tengah berkira-kira dan bercadang untuk buat pinjaman untuk beli emas. Dapat 1/2 kilo... layannn...

Harga Emas Minggu Pertama November 2009

Semalam kita menyaksikan pembukaan harga pada USD1043/ounce. Harga emas terus meningkat ke paras USD1050/ounce menjelang petang. Pagi 3/11/09, jam 9.00 pagi, harga berada pada paras USD1060/ounce. Dijangkakan pada minggu ini, harga berlegar antara USD1050/ounce - USD1070/ounce. Jika nak beli, tunggu masa harga pada paras USD1050/ounce. Harga mungkin turun dari paras USD1050/ounce, tapi bila, hanya masa yang menentukan. Nak tunggu harga turun kena sabar seperti mana nak tunggu harga naik.

-Belilah emas sebelum terlambat-

Sunday, November 1, 2009

Pergerakan emas November 2009

Saya menjangkakan pergerakan harga emas akan menaik pada November ini. Harga emas akan berlegar di sekitar USD1050/ounce. Namun, setakat mana kepastiannya, kita sama-sama saksikan. Tiada siapa yang tahu tentang masa hadapan melainkan Allah s.w.t. jua.

- Simpanlah emas untuk memelihara kekayaan yang dimiliki -

Nota: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan ilmu dan pengalaman. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa tindakan yang diambil oleh pembaca berdasarkan tulisan ini.

Saturday, October 31, 2009

Kelas Pelaburan Emas di Putrajaya

Saya merancang untuk membuat kelas pelaburan emas untuk warga Putrajaya dan sekitarnya. Oleh yang demikian, saya memerlukan maklum balas daripada para pembaca. Anda boleh suarakan pendapat anda ke emel saya seperti berikut:

Emel: putremas@ymail.com
Tajuk: [Maklum balas] Kelas Pelaburan Emas di Putrajaya.

Berikut ialah cadangan pelaksanaan:

Tarikh: Selepas hari raya haji.
Hari: Sabtu atau Ahad.
Masa: Pagi, Petang atau Malam.
Tempat: Pusat kejiranan P16, P8 atau P9.
Kos: Bayaran minima (RM10-RM20)

Nota: Bayaran dikenakan bagi menampung kos tempahan/penyediaan tempat dan penyediaan makanan/minuman ringan.

Sila isikan nama, emel dan no. telefon di ruangan komen untuk memudahkan saya membuat jemputan.

Friday, October 30, 2009

Seminar Pelaburan Emas di Sunway 30 Okt 2009

Bagi yang berkesempatan, boleh lapangkan masa untuk menghadiri seminar pelaburan emas di Sunway pada malam ini bermula jam 8.00 malam. Semoga kita semua dapat mengambil manfaat darinya.

Thursday, October 29, 2009

Berita Baik - Nak Jadi Agen Modal Tak Cukup

Malam tadi pergi Sunway. Dengar talk dari Mr. Branson. Bagi yang berminat nak jadi agen tapi belum cukup modal, ada kaedah yang boleh dilakukan bagi mencapai hajat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya.

Sama Membantu, Sama Maju.

Wednesday, October 28, 2009

Maraton: Seminar Pelaburan Emas di Sunway

Tarikh: 30 Okt 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam

Tarikh: 4 Nov 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 malam

Tarikh: 8 Nov 2009 (Ahad)
Masa: 4.00 petang

Tarikh: 15 Nov 2009 (Ahad)
Masa: 4.00 petang

Tarikh: 28 Nov 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi (sesi 1), 2.00 petang (sesi 2), 8.00 malam (sesi 3)

sumber: Jutawanemas.com

Masa Terbaik Membeli Emas

Ramai yang bertanya, bilakah masa terbaik membeli emas?

Teori
-------

Semasa harga emas turun.

Praktikal
-----------

Semasa anda memiliki wang.

Saya merasakan bahawa masa terbaik untuk membeli emas ialah apabila anda telah benar-benar sedia iaitu mempunyai wang yang cukup dan yakin dengan keputusan yang akan diambil.

Sebab?

Bila harga turun, kita tak sedia. (wang tak cukup)

Bila kita sedia (wang cukup), harga naik.

Jadi, anda bagaimana? Fikir-fikirkan...

Tuesday, October 27, 2009

Harga Emas Turun?

Bangun subuh hari ni tengok harga emas turun. Terkedu dan terkejut. Betul ke apa yang dilihat. Betul rupanya. Harga Gold Bar 20gm pada jam 6.16 pagi waktu tempatan bertarikh 27 Oktober 2009 ialah RM2477. Tetapi pada masa artikel ini ditulis jam 9.35 pagi waktu tempatan bertarikh 27Oktober 2009, harga Gold Bar telah naik ke RM2485.

Cepatkan. Rugi tak order bertan-tan.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian, harga dah naik.

Emas Sebagai Simpanan


Untuk simpanan haji dan kahwin. Agak-agak cukup tak?

Anda bagaimana?

Monday, October 26, 2009

Seminar Pelaburan Emas di Sunway Siri 1

Tarikh: 28 Okt 2009 (Rabu)
Masa: 8.00pm - 10.30pm
Tempat: Cawangan Public Gold, Bandar Sunway.
Masuk: Percuma

Bagi yang berminat, sila buat tempahan. Tempat terhad. Jangan lepaskan peluang mempelajari ilmu pelaburan emas yang keemasan. Bertindak sebelum terlambat.

Sunday, October 25, 2009

Malam Ini di Seremban

Insya Allah jika diizinkan Allah s.w.t. saya akan ke kelas pelaburan emas pada malam ni di Seremban. Warga Soromban, apo laie. Jangan lopaskan peluang keomasan ini. Jumpo di sano.

Merancang Kewangan

Ilmu merancang kewangan amat penting dalam kehidupan. Perancangan yang baik dapat melancarkan kehidupan seseorang. Sebanyak mana pun wang yang diperolehi sebenarnya tidak akan mencukupi kerana kehendak nafsu manusia yang tidak dapat dipuaskan.

Lagi banyak wang yang dimiliki, lagi banyak kemahuan yang ingin dipenuhi. Kalau menghitung wang yang ada sememangnya tidak pernah mencukupi. Sikit tak cukup, banyak tak puas.

Insya Allah dengan perancangan kewangan yang betul dapat mendatangkan manfaat kepada kita.

Semoga membantu.

Nota: Bagi para pembeli, anda boleh dapatkan khidmat untuk merancang kewangan secara percuma daripada saya. Insya Allah, saya cuba bantu yang terbaik.

Bayaran Khas Bajet 2010

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah sudi memanjangkan bayaran khas pegawai awam gred 41 ke atas sebanyak 1 dinar seorang.

Semoga bayaran ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Saturday, October 24, 2009

Untung Ke?

Semua orang nak untung. Tiada siapa yang mahu rugi. Jadi, untung ke simpan emas. Anda sendiri tentukan.


30 hari.


60 hari.


6 bulan.


5 tahun.


10 tahun.


A picture is worth a thousand words
Sumber: kitco

Seminar Pelaburan Emas


Satu sesi penerangan percuma berkenaan pelaburan emas oleh En. Syukor (jutawanemas.com) dan En. Fazli (pokli.com) untuk anda. Bagi yang berminat untuk sertai Seminar Public Gold di Seremban, sila maklum pada saya untuk tempahan. Tempat terhad. Bagi yang duduk dekat kawasan Seremban jangan lepaskan peluang. Bukan senang dapat ilmu percuma. Zaman sekarang benda percuma dah kurang.

Lokasi : Carlton Star Hotel, Seremban.
Masa : 8.00 pm - 10.30 pm
Tarikh: 25 Okt 2009 (Ahad)

Terima kasih.

Friday, October 23, 2009

Nilai Korban dan Akikah

Sebelum khutbah Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Equine, imam masjid mengiklankan program korban dan akikah yang akan dilangsungkan pada tahun ini.

1 bahagian lembu = RM300 = 3/5 dinar
1 bahagian kerbau = RM450 = 7/8 dinar
1 ekor kambing = RM600 = 1 1/5 dinar



Mmm... berapa harga korban dan akikah 10 tahun lagi.

Thursday, October 22, 2009

Emas Menjana Ekonomi

Sebenarnya secara sedar atau tidak, anda yang memiliki emas akan menyumbang pada ekonomi negara secara tidak langsung.

Bagaimana?

Melalui pembayaran zakat. Anda harus ingat bahawa bagi setiap muslim yang menyimpan emas, anda perlu mengeluarkan zakat emas apabila cukup nisab dan haul.

Syarat-syarat:

1. Emas milik sempurna.
2. Cukup haul dalam simpanan. 1 tahun qamariah atau 1 tahun syamsiah.
3. Cukup nisab iaitu melebihi 85gram.
4. Kadar zakat ialah 2.5%

Jadi, simpanlah emas banyak-banyak. Pastu jangan lupa keluarkan zakat emas. Bantu saudara kita yang kurang berkemampuan.

Wednesday, October 21, 2009

Sikit-sikit Emas, Sampai Naik Lemas

Masih ada yang belum jelas walaupun saya telah ceritakan dalam entri sebelum ini. Mengapa perlunya ada emas fizikal.

Anda perlu tanya apakah yang anda inginkan.

Mahu cepat kaya?

Duduk saja dapat duit?

Makan, tidur, bangun duit masuk?

Tujuan utama memiliki emas ialah untuk memelihara dan melindungi kekayaan sedia ada yang dimiliki dari dihakis dan dimamah inflasi. Itu yang harus difahami.

Selain dari maksud di atas, emas juga boleh digunakan sebagai alternatif membina kekayaan.

Bagaimana?

Dengan menggunakan kaedah pelaburan. Ini dapat dilakukan sama ada menggunakan teknik simpan atau teknik jual beli. Teknik ini bergantung kepada seseorang individu.

Selain itu, emas juga dapat dijadikan sebagai penyelamat kewangan bagi masa-masa tertentu dan darurat dengan mencagarkannya di pajak gadai.

Namun, yang paling penting untuk difahami ialah tujuan utama pemilikan emas itu sendiri seperti yang telah saya terangkan di atas.

Semoga beroleh manfaat.

Ekslusif Bagi Pengemel

Bagi mereka yang pernah mengemel saya, sila semak peti masuk emel anda. Ada hadiah ekslusif buat anda sebagai tanda penghargaan saya. Selain itu, saya akan update anda dengan perkembangan terkini pasaran emas.

Bagi para pembeli, anda akan mendapat nasihat berkenaan pelaburan emas secara percuma melalui emel.

Jadi, apa tunggu lagi...

Tuesday, October 20, 2009

Transformasi

Sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi rezeki yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Sememangnya emas, wang atau apa sahaja yang ada di dunia ini tidak kekal. Akhirnya destinasi kita hanya kepada Allah s.w.t. dengan bekalan amalan yang dilakukan sepanjang hayat sama ada amalan soleh atau amalan toleh.

Transformasi...



Wang kertas hanyalah kertas biasa yang diperakukan oleh pemerintah untuk digunakan sebagai alat pertukaran urusniaga semasa. Kerana itulah di setiap wang dicetak 'Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai'. Apabila sampai suatu masa, maka pemerintah berhak untuk tidak lagi memperakukan nilai tersebut.



Tetapi untuk memelihara kekayaan yang sebenar, kita harus menjadi bijak agar kekayaan yang dimiliki tidak dimanipulasi oleh keadaan semasa dan dimamah inflasi. Antara cara yang dapat dilakukan ialah dengan menukar wang yang ada menjadi emas. Saya sendiri melakukannya kerana emas ialah antara logam bumi yang diterima dan diiktiraf di seluruh dunia sejak zaman-berzaman.

Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua.

Gadaian Ar-Rahn

Tengahari tadi pergi mencuba gadaian Ar-Rahn di Bank Rakyat yang dirahsiakan lokasinya. Saya gadai 1 x Gold Bar 100gm, 1 x 5 dinar dan 1 x 10 dinar. Nak tengok bank terima ke tak.

Alhamdulillah... Terima. Yang penting emas tulen (kerana tertulis kat dinding penipu akan didakwa), ada sijil pengesahan dan resit pembelian.



Selepas saya keluar dari bank tetiba disapa oleh seorang lelaki. Dia nak gadai juga tapi tak terima kerana tiada resit pembelian. Selepas mendengar penjelasannya, saya terangkan dan akhirnya dia faham.

Bank sebenarnya bukan nak menyusahkan pelanggan tetapi prosedur kerana terdapat banyak kes penipuan, salah guna dan sebagainya sehingga menyebabkan orang yang benar menjadi susah.

Jadi pastikan anda membeli daripada agen yang sah. Jika ingin mengetahui lanjut berkenaan kisah ini, sila hubungi saya kerana terdapat beberapa isu sensitif yang tidak dapat ditulis di sini demi menjaga perasaan individu lain.

Jika anda membeli dengan saya, Insya Allah saya akan usahakan yang terbaik supaya anda akan berasa senang dan tenang.

'Pembeli Didahulukan, Kepuasan Diutamakan'

Risiko

Dalam dunia ini tiada perkara yang tiada risiko. Semua pekerjaan, keputusan, tindakan atau apa sahaja pasti ada risiko tersendiri sama ada baik atau tidak, mudarat atau manfaat.

Begitu juga dengan pelaburan emas. Jika ada yang berkata tiada risiko, itu suatu pembohongan. Namun, sejauh mana risiko yang perlu ditanggung yang perlu diambil kira. Bagi yang baru-baru ingin bermula, kenal pasti potensi diri anda. Di mana anda?

Secara mudahnya risiko pelaburan boleh dibahagi pada 3 bergantung pada keberanian anda.

1. Risiko Tinggi

Contoh:

Pelaburan saham di papan Bursa. Modal tinggi, untung tinggi. Risiko bergantung pada pasaran semasa.

2. Risiko Sederhana

Contoh:

Pelaburan unit amanah dan pelaburan emas. Modal rendah, untung sederhana. Risiko kurang. Unit amanah, harga tidak menentu. Harga emas juga tidak menentu tetapi akan naik dari tahun ke tahun.

3. Risiko Rendah

Contoh:

Simpanan di Bank. Modal rendah, untung rendah. Dilindungi insuran seperti PIDM di Malaysia (RM60,000). Modal terpelihara.

Semoga dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat portfolio diri.

Monday, October 19, 2009

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

22 Oktober 2008

23 Syawal 1429 H

Wales, UK

(dipetik dari laman web http://www.zaharuddin.net)

Simpanan Haji

Bila tiba musim haji semua orang terfikir-fikir. Bilalah nak sampai giliran aku ni. Semalam Pengurus Tabung Haji Wilayah Persekutuan kata, siapa yang daftar tahun ni, 2027 baru dapat pergi.

Pergh... Sempat hidup lagi ke? Sempat kumpul duit ke? Berapa kos masa tu? Kos makin lama makin naik. Nilai wang makin lama makin turun.

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah keperluan modal ini?

Saya sendiri telah mengambil langkah dengan menukar simpanan haji saya ke bentuk emas. Simpan dalam bank cukup-cukup untuk daftar je. Kang tak dapat pulak masuk queue. Agak-agak, masa tahun 2027 dah berapa nilai emas ek?

Mmm... Fikir-fikirkan lah.

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah, segal puji dan syukur pada Allah s.w.t. Semalam telah berlangsung dengan jayanya satu program meraikan bakal-bakal jemaah haji Putrajaya di Surau Al-Islah, Fasa 7, Presint 9. Marilah kita doakan semoga semua bakal haji Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mendapat haji yang mabrur di sisi Allah s.w.t.

Bagi yang masih belum dapat menunaikan haji termasuk diri saya, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah s.w.t memilih kita jua pada suatu hari nanti.Amin. Bagi tempoh masa yang berbaki, marilah kita sama-sama meningkat amal dan ibadat serta keperluan diri supaya benar-benar bersedia apabila diseru untuk menyahut seruan haji di Tanah Suci Mekah.

Saturday, October 17, 2009

Bukan Skim Pelaburan

Bagi yang masih tertanya-tanya dan tergagak-agak adakah Public Gold dan Public Dinar ini merupakan satu skim pelaburan?

Jawapannya: Tidak.

Jika anda mencari-cari skim pelaburan, anda boleh melihat skim pelaburan yang ditawarkan oleh PNB, Bank dan sebagainya.

Public Gold dan Public Dinar menawarkan hanya perniagaan jual beli emas melalui agen-agen berdaftar seperti mana yang sering anda lakukan semasa membeli emas perhiasan untuk ibu, isteri, kakak dan adik. Tidak ada beza.

Cuma, emas yang ditawarkan hanyalah berupa gold bar dan dinar emas. Gold bar boleh didapati dalam bentuk 20gm, 50gm dan 100gm. Manakala dinar emas dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Dinar



Gold Bar



Setiap pembelian, anda akan diberi emas yang dibeli beserta sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh assayer.

Public Gold, Public Bank

Untuk pengetahuan semua, Public Gold dan Public Dinar tidak ada sebarang kaitan langsung atau tidak langsung dengan Public Bank mahu pun Public Mutual. Mungkin persamaannya hanya pada perkataan Public.

Public Gold dan Public Dinar ialah syarikat yang mengeluarkan gold bar dan dinar emas mereka sendiri. Aktiviti utama syarikat tersebut ialah perniagaan jual dan beli emas.

Diharap dapat merungkai sedikit kekusutan di fikiran pada Hari Deepavali ini.

Selamat Hari Deepavali daripada pokya@putremas.

Caj Penghantaran

Untuk setiap pembelian terdapat caj penghantaran yang dikenakan.

Dinar emas

1 dinar - tiada caj penghantaran
5 dinar - tiada caj penghantaran
10 dinar - tiada caj penghantaran

Gold bar

20gm - RM10
50gm - RM20
100gm - RM30

Keterangan lanjut, hubungi saya. Bagi yang tinggal di putrajaya, cyberjaya, bandar baru bangi dan taman equine, temujanji boleh diaturkan.

Friday, October 16, 2009

'lock-in' Harga

Ialah proses akad jual beli antara pembeli dan agen. Akad akan mengambil harga semasa emas ketika itu. Jika dipersetujui, maka proses jual beli akan dilakukan dengan kaedah pembayaran secara tangguh sama ada melalui bank-in atau tunai. Walaupun pembayaran dilakukan secara tangguh selepas akad dipersetujui, harga masih kekal seperti semasa proses akad dilakukan. Sebarang perubahan harga emas semasa sama ada naik atau turun selepas proses akad tidak akan dikira.

Contoh:

1. Harga Naik

Harga semasa akad: RM500
Selepas akad: RM550
Bayaran: RM500 (pembetulan)

Nota: Terima kasih atas teguran kesilapan oleh saudara firdaus

2. Harga Turun

Harga semasa akad: RM500
Selepas akad: RM450
Bayaran: RM500

Harga akan mengikut akad yang telah dipersetujui.

Thursday, October 15, 2009

Harga Jual, Harga Beli

Berapa harga emas yang ko jual?

Nanti aku jual balik berapa?

Macam mana nak untung?

Macam mana nak baca harga jual atau beli?

Apa tu harga jual, harga beli?

Bagi yang ingin mengetahui harga jual beli emas, berikut ialah huraiannya. Di sebelah kanan blog ini terdapat jadual harga gold bar 20gm, 50gm, 100gm dan 1kg serta jadual harga 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Jadual tersebut dibahagi pada dua bahagian. We Sell, We Buy.

We Sell
-------

Ialah harga emas yang dijual oleh agen kepada pembeli. Harga semasa emas dunia.

We Buy
------

Ialah harga emas yang dibeli balik oleh agen daripada pembeli. Harga semasa emas dunia.

Berlaku susut nilai lebih kurang 5%. Ini ialah nilai keuntungan agen apabila aktiviti jual beli berlaku.

Rugilah saya macam tu. Tidak. Anda tidak rugi. Apa yang anda perlu lakukan jika ingin menjual balik emas kepada agen ialah pastikan nilai We Buy hendaklah melebihi nilai We Sell semasa anda membeli emas daripada agen.

Boleh berlaku ke macam itu. Boleh. Namun, anda memerlukan kesabaran kerana harga emas berkadar dengan masa. Ini bermakna akan berlaku kenaikan dan penurunan harga dengan berlalunya masa.

Berapa lama tempoh ini berlaku? Tempoh ini bergantung kepada aktiviti penawaran dan permintaan di pasaran. Kadang-kala cepat, kadang-kala lambat.

Keterangan lanjut, hubungi saya. Bagi yang tinggal di putrajaya, cyberjaya, bandar baru bangi dan taman equine, temujanji boleh diaturkan.

Mengapa Perlu Beli Emas ?

Saya kerap diajukan soalan, mengapa perlu beli emas?

Ini jawapannya:

1. Mendapat untung hasil menyimpan emas kerana harga emas sentiasa naik.
2. Mendapat untung hasil jual beli apabila berlaku kenaikan dan penurunan harga emas.
3. Nilai wang semakin susut.

Bukti:

1. Anda boleh melihat graf tempoh masa sama ada di Bank Negara bagi kijang emas dan kitco bagi harga dunia per auns. Semasa tahun 1997, pemerhatian saya ketika itu harga emas 999 berlegar antara RM25 - RM40 per gram. Kini, RM100 - RM 130 per gram. 10 tahun dengan kenaikan 200%.
2. Not duit yang sama seperti RM100 pada tahun 1990 dan tahun 2000 tidak mempunyai nilai yang sama. RM100 pada tahun 1990 boleh lebih banyak barang berbanding RM100 pada tahun 2000. Not sama tapi nilai tidak sama berdasarkan amaun barangan yang boleh didapati dengan not duit tersebut.

Masih ragu?

Nantikan artikel seterusnya.

Gold Rush

Semalam hadiri kelas anjuran Public Gold & Pokli. Pertama kali ke pejabat di Sunway. Sesat juga dalam setengah jam. Namun, gagahkan diri untuk harungi demi kejayaan yang bakal dikecapi.

Isi penting yang dapat disimpulkan ialah sekarang ialah masa Gold Rush seperti yang dikatakan oleh En. Branson (CEO Public Gold).

Apa itu Gold Rush?

Keadaan di mana semua orang sedang sedaya upaya untuk membeli dan menyimpan emas.

Mengapa ini berlaku?

1. Keadaan ekonomi yang semakin meruncing.
2. Kemerosotan nilai mata wang.
3. Hilang kepercayaan pada wang kertas.
4. Semua bank pusat negara mengambil langkah menambah simpanan emas negara bagi memelihara ekonomi negara.

Kesan?

Harga emas akan melambung tinggi kerana permintaan yang semakin naik.

Punca?

Stok emas yang terhad kerana emas adalah sumber asli yang tidak diperbaharui.

Jadi?

Simpanlah emas untuk memelihara kekayaan anda.

Wednesday, October 14, 2009

Menambah Stok

Hari ini saya telefon Public Gold untuk ambil pesanan minggu lepas dan menambah stok. Alhamdulillah akan diperolehi sebahagian, manakala sebahagian lagi akan sampai minggu hadapan.

Punca: Stok habis.

Mengapa?

Kerana semua orang kini mula mengalih arah pada pelaburan emas sehingga agen sendiri pun kekurangan stok.

Penyebab?

Kerana para analisis menjangkakan harga emas akan semakin naik. Jadi, para pelabur sedaya-upaya untuk memiliki emas sebanyak mungkin agar tidak terlepas. Bertujuan untuk mengaut untung. Beli ketika murah dan jual ketika mahal.

Jika tuan/puan ingin membaca analisis terperinci, boleh layari Public Gold dan kitco

Kaedah Pembelian

Kaedah jika tuan/puan berminat untuk membeli sama ada gold bar atau dinar.

1. Pembelian melalui bank-in.
a. Hubungi saya untuk maklumkan permintaan anda.
b. Buat rundingan. Setuju, 'lock' harga.
c. Buat pembayaran melalui online CIMB / Maybank selepas 1 jam setengah persetujuan dicapai.
d. Sahkan pembayaran.
e. Penyerahan pembelian di tempat yang dipersetujui.

Kebaikan: Dapat beli gold bar / dinar pada harga semasa.
Kelemahan: Penyerahan selepas pembayaran dibuat.

2. Pembelian tunai.

a. Hubungi saya untuk maklumkan permintaan anda.
b. Buat temujanji. Setuju.
c. Buat pembayaran tunai.
d. Penyerahan pembelian

Kebaikan: Dapat gold bar / dinar sejurus pembayaran dibuat.
Kelemahan: Harga semasa berubah.

Nota: Harga emas sentiasa berubah setiap 20 minit mengikut pasaran dunia. Harga semasa di blog dan pembelian mungkin berlaku perubahan. Untuk penjelasan lanjut, hubungi saya.