0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Saturday, October 31, 2009

Kelas Pelaburan Emas di Putrajaya

Saya merancang untuk membuat kelas pelaburan emas untuk warga Putrajaya dan sekitarnya. Oleh yang demikian, saya memerlukan maklum balas daripada para pembaca. Anda boleh suarakan pendapat anda ke emel saya seperti berikut:

Emel: putremas@ymail.com
Tajuk: [Maklum balas] Kelas Pelaburan Emas di Putrajaya.

Berikut ialah cadangan pelaksanaan:

Tarikh: Selepas hari raya haji.
Hari: Sabtu atau Ahad.
Masa: Pagi, Petang atau Malam.
Tempat: Pusat kejiranan P16, P8 atau P9.
Kos: Bayaran minima (RM10-RM20)

Nota: Bayaran dikenakan bagi menampung kos tempahan/penyediaan tempat dan penyediaan makanan/minuman ringan.

Sila isikan nama, emel dan no. telefon di ruangan komen untuk memudahkan saya membuat jemputan.

Friday, October 30, 2009

Seminar Pelaburan Emas di Sunway 30 Okt 2009

Bagi yang berkesempatan, boleh lapangkan masa untuk menghadiri seminar pelaburan emas di Sunway pada malam ini bermula jam 8.00 malam. Semoga kita semua dapat mengambil manfaat darinya.

Thursday, October 29, 2009

Berita Baik - Nak Jadi Agen Modal Tak Cukup

Malam tadi pergi Sunway. Dengar talk dari Mr. Branson. Bagi yang berminat nak jadi agen tapi belum cukup modal, ada kaedah yang boleh dilakukan bagi mencapai hajat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya.

Sama Membantu, Sama Maju.

Wednesday, October 28, 2009

Maraton: Seminar Pelaburan Emas di Sunway

Tarikh: 30 Okt 2009 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam

Tarikh: 4 Nov 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 malam

Tarikh: 8 Nov 2009 (Ahad)
Masa: 4.00 petang

Tarikh: 15 Nov 2009 (Ahad)
Masa: 4.00 petang

Tarikh: 28 Nov 2009 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi (sesi 1), 2.00 petang (sesi 2), 8.00 malam (sesi 3)

sumber: Jutawanemas.com

Masa Terbaik Membeli Emas

Ramai yang bertanya, bilakah masa terbaik membeli emas?

Teori
-------

Semasa harga emas turun.

Praktikal
-----------

Semasa anda memiliki wang.

Saya merasakan bahawa masa terbaik untuk membeli emas ialah apabila anda telah benar-benar sedia iaitu mempunyai wang yang cukup dan yakin dengan keputusan yang akan diambil.

Sebab?

Bila harga turun, kita tak sedia. (wang tak cukup)

Bila kita sedia (wang cukup), harga naik.

Jadi, anda bagaimana? Fikir-fikirkan...

Tuesday, October 27, 2009

Harga Emas Turun?

Bangun subuh hari ni tengok harga emas turun. Terkedu dan terkejut. Betul ke apa yang dilihat. Betul rupanya. Harga Gold Bar 20gm pada jam 6.16 pagi waktu tempatan bertarikh 27 Oktober 2009 ialah RM2477. Tetapi pada masa artikel ini ditulis jam 9.35 pagi waktu tempatan bertarikh 27Oktober 2009, harga Gold Bar telah naik ke RM2485.

Cepatkan. Rugi tak order bertan-tan.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian, harga dah naik.

Emas Sebagai Simpanan


Untuk simpanan haji dan kahwin. Agak-agak cukup tak?

Anda bagaimana?

Monday, October 26, 2009

Seminar Pelaburan Emas di Sunway Siri 1

Tarikh: 28 Okt 2009 (Rabu)
Masa: 8.00pm - 10.30pm
Tempat: Cawangan Public Gold, Bandar Sunway.
Masuk: Percuma

Bagi yang berminat, sila buat tempahan. Tempat terhad. Jangan lepaskan peluang mempelajari ilmu pelaburan emas yang keemasan. Bertindak sebelum terlambat.

Sunday, October 25, 2009

Malam Ini di Seremban

Insya Allah jika diizinkan Allah s.w.t. saya akan ke kelas pelaburan emas pada malam ni di Seremban. Warga Soromban, apo laie. Jangan lopaskan peluang keomasan ini. Jumpo di sano.

Merancang Kewangan

Ilmu merancang kewangan amat penting dalam kehidupan. Perancangan yang baik dapat melancarkan kehidupan seseorang. Sebanyak mana pun wang yang diperolehi sebenarnya tidak akan mencukupi kerana kehendak nafsu manusia yang tidak dapat dipuaskan.

Lagi banyak wang yang dimiliki, lagi banyak kemahuan yang ingin dipenuhi. Kalau menghitung wang yang ada sememangnya tidak pernah mencukupi. Sikit tak cukup, banyak tak puas.

Insya Allah dengan perancangan kewangan yang betul dapat mendatangkan manfaat kepada kita.

Semoga membantu.

Nota: Bagi para pembeli, anda boleh dapatkan khidmat untuk merancang kewangan secara percuma daripada saya. Insya Allah, saya cuba bantu yang terbaik.

Bayaran Khas Bajet 2010

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Perdana Menteri yang telah sudi memanjangkan bayaran khas pegawai awam gred 41 ke atas sebanyak 1 dinar seorang.

Semoga bayaran ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Saturday, October 24, 2009

Untung Ke?

Semua orang nak untung. Tiada siapa yang mahu rugi. Jadi, untung ke simpan emas. Anda sendiri tentukan.


30 hari.


60 hari.


6 bulan.


5 tahun.


10 tahun.


A picture is worth a thousand words
Sumber: kitco

Seminar Pelaburan Emas


Satu sesi penerangan percuma berkenaan pelaburan emas oleh En. Syukor (jutawanemas.com) dan En. Fazli (pokli.com) untuk anda. Bagi yang berminat untuk sertai Seminar Public Gold di Seremban, sila maklum pada saya untuk tempahan. Tempat terhad. Bagi yang duduk dekat kawasan Seremban jangan lepaskan peluang. Bukan senang dapat ilmu percuma. Zaman sekarang benda percuma dah kurang.

Lokasi : Carlton Star Hotel, Seremban.
Masa : 8.00 pm - 10.30 pm
Tarikh: 25 Okt 2009 (Ahad)

Terima kasih.

Friday, October 23, 2009

Nilai Korban dan Akikah

Sebelum khutbah Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Equine, imam masjid mengiklankan program korban dan akikah yang akan dilangsungkan pada tahun ini.

1 bahagian lembu = RM300 = 3/5 dinar
1 bahagian kerbau = RM450 = 7/8 dinar
1 ekor kambing = RM600 = 1 1/5 dinar



Mmm... berapa harga korban dan akikah 10 tahun lagi.

Thursday, October 22, 2009

Emas Menjana Ekonomi

Sebenarnya secara sedar atau tidak, anda yang memiliki emas akan menyumbang pada ekonomi negara secara tidak langsung.

Bagaimana?

Melalui pembayaran zakat. Anda harus ingat bahawa bagi setiap muslim yang menyimpan emas, anda perlu mengeluarkan zakat emas apabila cukup nisab dan haul.

Syarat-syarat:

1. Emas milik sempurna.
2. Cukup haul dalam simpanan. 1 tahun qamariah atau 1 tahun syamsiah.
3. Cukup nisab iaitu melebihi 85gram.
4. Kadar zakat ialah 2.5%

Jadi, simpanlah emas banyak-banyak. Pastu jangan lupa keluarkan zakat emas. Bantu saudara kita yang kurang berkemampuan.

Wednesday, October 21, 2009

Sikit-sikit Emas, Sampai Naik Lemas

Masih ada yang belum jelas walaupun saya telah ceritakan dalam entri sebelum ini. Mengapa perlunya ada emas fizikal.

Anda perlu tanya apakah yang anda inginkan.

Mahu cepat kaya?

Duduk saja dapat duit?

Makan, tidur, bangun duit masuk?

Tujuan utama memiliki emas ialah untuk memelihara dan melindungi kekayaan sedia ada yang dimiliki dari dihakis dan dimamah inflasi. Itu yang harus difahami.

Selain dari maksud di atas, emas juga boleh digunakan sebagai alternatif membina kekayaan.

Bagaimana?

Dengan menggunakan kaedah pelaburan. Ini dapat dilakukan sama ada menggunakan teknik simpan atau teknik jual beli. Teknik ini bergantung kepada seseorang individu.

Selain itu, emas juga dapat dijadikan sebagai penyelamat kewangan bagi masa-masa tertentu dan darurat dengan mencagarkannya di pajak gadai.

Namun, yang paling penting untuk difahami ialah tujuan utama pemilikan emas itu sendiri seperti yang telah saya terangkan di atas.

Semoga beroleh manfaat.

Ekslusif Bagi Pengemel

Bagi mereka yang pernah mengemel saya, sila semak peti masuk emel anda. Ada hadiah ekslusif buat anda sebagai tanda penghargaan saya. Selain itu, saya akan update anda dengan perkembangan terkini pasaran emas.

Bagi para pembeli, anda akan mendapat nasihat berkenaan pelaburan emas secara percuma melalui emel.

Jadi, apa tunggu lagi...

Tuesday, October 20, 2009

Transformasi

Sudah tiba masanya untuk kita mentransformasi rezeki yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Sememangnya emas, wang atau apa sahaja yang ada di dunia ini tidak kekal. Akhirnya destinasi kita hanya kepada Allah s.w.t. dengan bekalan amalan yang dilakukan sepanjang hayat sama ada amalan soleh atau amalan toleh.

Transformasi...



Wang kertas hanyalah kertas biasa yang diperakukan oleh pemerintah untuk digunakan sebagai alat pertukaran urusniaga semasa. Kerana itulah di setiap wang dicetak 'Wang Kertas Ini Sah Diperlakukan Dengan Nilai'. Apabila sampai suatu masa, maka pemerintah berhak untuk tidak lagi memperakukan nilai tersebut.



Tetapi untuk memelihara kekayaan yang sebenar, kita harus menjadi bijak agar kekayaan yang dimiliki tidak dimanipulasi oleh keadaan semasa dan dimamah inflasi. Antara cara yang dapat dilakukan ialah dengan menukar wang yang ada menjadi emas. Saya sendiri melakukannya kerana emas ialah antara logam bumi yang diterima dan diiktiraf di seluruh dunia sejak zaman-berzaman.

Mudah-mudahan memberi manfaat untuk kita semua.

Gadaian Ar-Rahn

Tengahari tadi pergi mencuba gadaian Ar-Rahn di Bank Rakyat yang dirahsiakan lokasinya. Saya gadai 1 x Gold Bar 100gm, 1 x 5 dinar dan 1 x 10 dinar. Nak tengok bank terima ke tak.

Alhamdulillah... Terima. Yang penting emas tulen (kerana tertulis kat dinding penipu akan didakwa), ada sijil pengesahan dan resit pembelian.



Selepas saya keluar dari bank tetiba disapa oleh seorang lelaki. Dia nak gadai juga tapi tak terima kerana tiada resit pembelian. Selepas mendengar penjelasannya, saya terangkan dan akhirnya dia faham.

Bank sebenarnya bukan nak menyusahkan pelanggan tetapi prosedur kerana terdapat banyak kes penipuan, salah guna dan sebagainya sehingga menyebabkan orang yang benar menjadi susah.

Jadi pastikan anda membeli daripada agen yang sah. Jika ingin mengetahui lanjut berkenaan kisah ini, sila hubungi saya kerana terdapat beberapa isu sensitif yang tidak dapat ditulis di sini demi menjaga perasaan individu lain.

Jika anda membeli dengan saya, Insya Allah saya akan usahakan yang terbaik supaya anda akan berasa senang dan tenang.

'Pembeli Didahulukan, Kepuasan Diutamakan'

Risiko

Dalam dunia ini tiada perkara yang tiada risiko. Semua pekerjaan, keputusan, tindakan atau apa sahaja pasti ada risiko tersendiri sama ada baik atau tidak, mudarat atau manfaat.

Begitu juga dengan pelaburan emas. Jika ada yang berkata tiada risiko, itu suatu pembohongan. Namun, sejauh mana risiko yang perlu ditanggung yang perlu diambil kira. Bagi yang baru-baru ingin bermula, kenal pasti potensi diri anda. Di mana anda?

Secara mudahnya risiko pelaburan boleh dibahagi pada 3 bergantung pada keberanian anda.

1. Risiko Tinggi

Contoh:

Pelaburan saham di papan Bursa. Modal tinggi, untung tinggi. Risiko bergantung pada pasaran semasa.

2. Risiko Sederhana

Contoh:

Pelaburan unit amanah dan pelaburan emas. Modal rendah, untung sederhana. Risiko kurang. Unit amanah, harga tidak menentu. Harga emas juga tidak menentu tetapi akan naik dari tahun ke tahun.

3. Risiko Rendah

Contoh:

Simpanan di Bank. Modal rendah, untung rendah. Dilindungi insuran seperti PIDM di Malaysia (RM60,000). Modal terpelihara.

Semoga dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk membuat portfolio diri.

Monday, October 19, 2009

Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia

Oleh: Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:

Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.

Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.

Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?

Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.

Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.

Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.

Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.

Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.

Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.

Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.

Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

22 Oktober 2008

23 Syawal 1429 H

Wales, UK

(dipetik dari laman web http://www.zaharuddin.net)

Simpanan Haji

Bila tiba musim haji semua orang terfikir-fikir. Bilalah nak sampai giliran aku ni. Semalam Pengurus Tabung Haji Wilayah Persekutuan kata, siapa yang daftar tahun ni, 2027 baru dapat pergi.

Pergh... Sempat hidup lagi ke? Sempat kumpul duit ke? Berapa kos masa tu? Kos makin lama makin naik. Nilai wang makin lama makin turun.

Jadi bagaimana nak selesaikan masalah keperluan modal ini?

Saya sendiri telah mengambil langkah dengan menukar simpanan haji saya ke bentuk emas. Simpan dalam bank cukup-cukup untuk daftar je. Kang tak dapat pulak masuk queue. Agak-agak, masa tahun 2027 dah berapa nilai emas ek?

Mmm... Fikir-fikirkan lah.

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah, segal puji dan syukur pada Allah s.w.t. Semalam telah berlangsung dengan jayanya satu program meraikan bakal-bakal jemaah haji Putrajaya di Surau Al-Islah, Fasa 7, Presint 9. Marilah kita doakan semoga semua bakal haji Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mendapat haji yang mabrur di sisi Allah s.w.t.

Bagi yang masih belum dapat menunaikan haji termasuk diri saya, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah s.w.t memilih kita jua pada suatu hari nanti.Amin. Bagi tempoh masa yang berbaki, marilah kita sama-sama meningkat amal dan ibadat serta keperluan diri supaya benar-benar bersedia apabila diseru untuk menyahut seruan haji di Tanah Suci Mekah.

Saturday, October 17, 2009

Bukan Skim Pelaburan

Bagi yang masih tertanya-tanya dan tergagak-agak adakah Public Gold dan Public Dinar ini merupakan satu skim pelaburan?

Jawapannya: Tidak.

Jika anda mencari-cari skim pelaburan, anda boleh melihat skim pelaburan yang ditawarkan oleh PNB, Bank dan sebagainya.

Public Gold dan Public Dinar menawarkan hanya perniagaan jual beli emas melalui agen-agen berdaftar seperti mana yang sering anda lakukan semasa membeli emas perhiasan untuk ibu, isteri, kakak dan adik. Tidak ada beza.

Cuma, emas yang ditawarkan hanyalah berupa gold bar dan dinar emas. Gold bar boleh didapati dalam bentuk 20gm, 50gm dan 100gm. Manakala dinar emas dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Dinar



Gold Bar



Setiap pembelian, anda akan diberi emas yang dibeli beserta sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh assayer.

Public Gold, Public Bank

Untuk pengetahuan semua, Public Gold dan Public Dinar tidak ada sebarang kaitan langsung atau tidak langsung dengan Public Bank mahu pun Public Mutual. Mungkin persamaannya hanya pada perkataan Public.

Public Gold dan Public Dinar ialah syarikat yang mengeluarkan gold bar dan dinar emas mereka sendiri. Aktiviti utama syarikat tersebut ialah perniagaan jual dan beli emas.

Diharap dapat merungkai sedikit kekusutan di fikiran pada Hari Deepavali ini.

Selamat Hari Deepavali daripada pokya@putremas.

Caj Penghantaran

Untuk setiap pembelian terdapat caj penghantaran yang dikenakan.

Dinar emas

1 dinar - tiada caj penghantaran
5 dinar - tiada caj penghantaran
10 dinar - tiada caj penghantaran

Gold bar

20gm - RM10
50gm - RM20
100gm - RM30

Keterangan lanjut, hubungi saya. Bagi yang tinggal di putrajaya, cyberjaya, bandar baru bangi dan taman equine, temujanji boleh diaturkan.

Friday, October 16, 2009

'lock-in' Harga

Ialah proses akad jual beli antara pembeli dan agen. Akad akan mengambil harga semasa emas ketika itu. Jika dipersetujui, maka proses jual beli akan dilakukan dengan kaedah pembayaran secara tangguh sama ada melalui bank-in atau tunai. Walaupun pembayaran dilakukan secara tangguh selepas akad dipersetujui, harga masih kekal seperti semasa proses akad dilakukan. Sebarang perubahan harga emas semasa sama ada naik atau turun selepas proses akad tidak akan dikira.

Contoh:

1. Harga Naik

Harga semasa akad: RM500
Selepas akad: RM550
Bayaran: RM500 (pembetulan)

Nota: Terima kasih atas teguran kesilapan oleh saudara firdaus

2. Harga Turun

Harga semasa akad: RM500
Selepas akad: RM450
Bayaran: RM500

Harga akan mengikut akad yang telah dipersetujui.

Thursday, October 15, 2009

Harga Jual, Harga Beli

Berapa harga emas yang ko jual?

Nanti aku jual balik berapa?

Macam mana nak untung?

Macam mana nak baca harga jual atau beli?

Apa tu harga jual, harga beli?

Bagi yang ingin mengetahui harga jual beli emas, berikut ialah huraiannya. Di sebelah kanan blog ini terdapat jadual harga gold bar 20gm, 50gm, 100gm dan 1kg serta jadual harga 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Jadual tersebut dibahagi pada dua bahagian. We Sell, We Buy.

We Sell
-------

Ialah harga emas yang dijual oleh agen kepada pembeli. Harga semasa emas dunia.

We Buy
------

Ialah harga emas yang dibeli balik oleh agen daripada pembeli. Harga semasa emas dunia.

Berlaku susut nilai lebih kurang 5%. Ini ialah nilai keuntungan agen apabila aktiviti jual beli berlaku.

Rugilah saya macam tu. Tidak. Anda tidak rugi. Apa yang anda perlu lakukan jika ingin menjual balik emas kepada agen ialah pastikan nilai We Buy hendaklah melebihi nilai We Sell semasa anda membeli emas daripada agen.

Boleh berlaku ke macam itu. Boleh. Namun, anda memerlukan kesabaran kerana harga emas berkadar dengan masa. Ini bermakna akan berlaku kenaikan dan penurunan harga dengan berlalunya masa.

Berapa lama tempoh ini berlaku? Tempoh ini bergantung kepada aktiviti penawaran dan permintaan di pasaran. Kadang-kala cepat, kadang-kala lambat.

Keterangan lanjut, hubungi saya. Bagi yang tinggal di putrajaya, cyberjaya, bandar baru bangi dan taman equine, temujanji boleh diaturkan.

Mengapa Perlu Beli Emas ?

Saya kerap diajukan soalan, mengapa perlu beli emas?

Ini jawapannya:

1. Mendapat untung hasil menyimpan emas kerana harga emas sentiasa naik.
2. Mendapat untung hasil jual beli apabila berlaku kenaikan dan penurunan harga emas.
3. Nilai wang semakin susut.

Bukti:

1. Anda boleh melihat graf tempoh masa sama ada di Bank Negara bagi kijang emas dan kitco bagi harga dunia per auns. Semasa tahun 1997, pemerhatian saya ketika itu harga emas 999 berlegar antara RM25 - RM40 per gram. Kini, RM100 - RM 130 per gram. 10 tahun dengan kenaikan 200%.
2. Not duit yang sama seperti RM100 pada tahun 1990 dan tahun 2000 tidak mempunyai nilai yang sama. RM100 pada tahun 1990 boleh lebih banyak barang berbanding RM100 pada tahun 2000. Not sama tapi nilai tidak sama berdasarkan amaun barangan yang boleh didapati dengan not duit tersebut.

Masih ragu?

Nantikan artikel seterusnya.

Gold Rush

Semalam hadiri kelas anjuran Public Gold & Pokli. Pertama kali ke pejabat di Sunway. Sesat juga dalam setengah jam. Namun, gagahkan diri untuk harungi demi kejayaan yang bakal dikecapi.

Isi penting yang dapat disimpulkan ialah sekarang ialah masa Gold Rush seperti yang dikatakan oleh En. Branson (CEO Public Gold).

Apa itu Gold Rush?

Keadaan di mana semua orang sedang sedaya upaya untuk membeli dan menyimpan emas.

Mengapa ini berlaku?

1. Keadaan ekonomi yang semakin meruncing.
2. Kemerosotan nilai mata wang.
3. Hilang kepercayaan pada wang kertas.
4. Semua bank pusat negara mengambil langkah menambah simpanan emas negara bagi memelihara ekonomi negara.

Kesan?

Harga emas akan melambung tinggi kerana permintaan yang semakin naik.

Punca?

Stok emas yang terhad kerana emas adalah sumber asli yang tidak diperbaharui.

Jadi?

Simpanlah emas untuk memelihara kekayaan anda.

Wednesday, October 14, 2009

Menambah Stok

Hari ini saya telefon Public Gold untuk ambil pesanan minggu lepas dan menambah stok. Alhamdulillah akan diperolehi sebahagian, manakala sebahagian lagi akan sampai minggu hadapan.

Punca: Stok habis.

Mengapa?

Kerana semua orang kini mula mengalih arah pada pelaburan emas sehingga agen sendiri pun kekurangan stok.

Penyebab?

Kerana para analisis menjangkakan harga emas akan semakin naik. Jadi, para pelabur sedaya-upaya untuk memiliki emas sebanyak mungkin agar tidak terlepas. Bertujuan untuk mengaut untung. Beli ketika murah dan jual ketika mahal.

Jika tuan/puan ingin membaca analisis terperinci, boleh layari Public Gold dan kitco

Kaedah Pembelian

Kaedah jika tuan/puan berminat untuk membeli sama ada gold bar atau dinar.

1. Pembelian melalui bank-in.
a. Hubungi saya untuk maklumkan permintaan anda.
b. Buat rundingan. Setuju, 'lock' harga.
c. Buat pembayaran melalui online CIMB / Maybank selepas 1 jam setengah persetujuan dicapai.
d. Sahkan pembayaran.
e. Penyerahan pembelian di tempat yang dipersetujui.

Kebaikan: Dapat beli gold bar / dinar pada harga semasa.
Kelemahan: Penyerahan selepas pembayaran dibuat.

2. Pembelian tunai.

a. Hubungi saya untuk maklumkan permintaan anda.
b. Buat temujanji. Setuju.
c. Buat pembayaran tunai.
d. Penyerahan pembelian

Kebaikan: Dapat gold bar / dinar sejurus pembayaran dibuat.
Kelemahan: Harga semasa berubah.

Nota: Harga emas sentiasa berubah setiap 20 minit mengikut pasaran dunia. Harga semasa di blog dan pembelian mungkin berlaku perubahan. Untuk penjelasan lanjut, hubungi saya.

Mesti Jadi Agen Ke?

Jawapannya: Tidak.

Untuk memulakan pelaburan emas, anda tidak semestinya menjadi agen. Boleh mula secara berdikit-dikit. Bak kata pepatah, 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.

Mengapa?

Tidak semua orang mampu untuk sediakan modal sebanyak RM30,000. Namun, ini bukan penghalang untuk memulakan pelaburan emas.

Bagaimana?

Mulakan dengan pelaburan emas gold bar 20gm (RM2500++) atau 1 dinar (RM500++). Ikut kemampuan. Jangan ikut perasaan.

Masih keliru?

Hubungi saya sama ada telefon / sms/ emel / ym / temujanji. Saya akan jelaskan bagaimana. Mudah-mudahan akan terungkai segala permasalahan.

Tuesday, October 13, 2009

Pembayaran Terakhir



Semua berjumlah RM30,475.00. Sekarang hanya tunggu penyerahan emas sahaja.

Pembayaran Ketiga

Pembayaran Kedua

Monday, October 12, 2009

Berminat... Tapi...

Pasti anda sering mendengar ayat sebegini. 'Saya berminat... tapi...'. Tak perlu risau. Jika tuan/puan ada sebarang kemusykilan atau apa saja berkaitan pelaburan emas public gold dan public dinar, hubungi saya. Saya sedia membantu.

Cara-cara:

1. Berhubung melalui sms / telefon / emel / yahoo messenger / temujanji.
2. Kita sembang-sembang. Kalau kat kedai mamak boleh pekena teh tarik + roti canai.
3. Dah faham atau terjawab segala soalan, terpulang pada tuan/puan untuk buat keputusan. Saya tidak memaksa. Dapat berkongsi ilmu dan pengalaman pun sudah cukup sambil mengeratkan silaturrahim.

Soalan: Takpe ke kalau saya tanya tapi tak beli / tak jadi agen?
Jawapan: Takpe.
Kenapa: Sebab tidak ada sebarang kerugian pun pada saya. Saya percaya, jika saya berkongsi ilmu dengan orang lain yang memerlukan, Allah s.w.t akan tambah lagi ilmu saya.

Soalan: Kalau saya berminat?
Jawapan: Kita pergi pada langkah seterusnya sama ada ingin menjadi agen atau pelabur biasa.

Mudah-mudahan, sedikit perkongsian akan membawa manfaat yang besar.

Kelas Pelaburan Emas Public Fine Gold International & Pokli

Pihak Public Fine Gold International & Pokli akan mengadakan Kelas Pelaburan Emas. Berkongsi tentang ilmu pelaburan Emas di Malaysia & Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Emas. Kepada anda yang berminat untuk menambahkan Ilmu Pengetahuan Dalam Pelaburan Emas amatlah dialu-alukan.

Tempat : KL Branch

Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916

Tarikh:14 Okt 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 mlm - 10.30 mlm

Bayaran : Percuma, Sila bawa Pen, Kertas, Video Camera, Digital Camera & Tape Recorder

Anda boleh bawah pasangan bersama, kawan-kawan dan kaum keluarga. Mari kita berkongsi ILMU tentang perniagaan emas ini.

(dipetik dari www.pokli.com)

Pembayaran Pertama

AC Sempoi Bersama Branson Saw

Sunday, October 11, 2009

Bagaimana Nak Bayar ???

Bab ni amat menghantui semua orang termasuk saya. Yelah, niat hati memang nak jadi agen. Tapi bila tengok modal, mau terbeliak biji mata. Jumlah hampir setahun gaji tu. Mana nak cekau duit sebanyak tu. Itu antara persoalan yang bermain di minda.

Jawapannya...

Alhamdulillah. Allah s.w.t telah mendorong pihak Public Gold untuk memperkenalkan kaedah easy payment purchase. Boleh bayar ansuran selama 3 bulan. Mudahkan. Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk buat kaedah pembayaran modal sebagai agen. Bayar ansur-ansur. Macam beli barang ansuran. Jadi sempatlah nak usahakan untuk cari modal. Sama ada gunakan duit simpanan, buat loan atau sebagainya. Insya Allah tak rugi sebab bukan gunakan duit untuk benda tak tentu hala, tapi untuk beli emas. Emas barang yang sentiasa mempunyai nilai dan boleh dicairkan untuk digantikan dengan duit pada bila-bila masa. Nanti saya akan upload bukti pembayaran yang saya lakukan. Semoga dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh tuan/puan yang ingin berjinak-jinak dengan pelaburan emas.

Saturday, October 10, 2009

Modal Menjadi Agen

Untuk menjadi agen, hanya perlu isi borang dan sediakan modal lebih kurang RM30,000.00. Fakskan ke Public Gold. Public Gold akan hantarkan sebut harga. Jika setuju, buat pembayaran dan selesai. Modal saya, RM 30,475.00. Untuk lebih jelas, lihat artikel sebelum ini.

Langkah Bermula

Hasilnya ...


Pelaburan Emas

Tanggal Jumaat 9 Oktober 2009, buat temujanji dengan pokli. Sembang-sembang pasal pelaburan emas. Apa kelebihan, kebaikan, keburukan, risiko dan macam-macam lagi. Niat asal cuma nak korek-korek info je. Habis sembang-sembang, pokli bagi borang pendaftaran. Apa keputusannya? Nantikan ...

Kajian Pelaburan Di Malaysia

Telah lama kajian dibuat berkenaan pelaburan-pelaburan yang terbaik dan terdapat di Malaysia. Kajian bermula sejak tahun 2007. Antara beberapa pelaburan yang ditawarkan di Malaysia ialah:


1. Saham Amanah

2. Forex

3. Pelaburan ASB

4. Pelaburan Qiradh Bank Rakyat

5. Pelaburan + Insuran

6. Pelaburan Hartanah

7. Pelaburan Emas


Berikut ialah hasil kajian saya:


1. Saham Amanah

Bagus untuk jangkamasa panjang. Masa yang lama diperlukan untuk mendapat untung. Saya sendiri 4 akaun Public Mutual, namun masih belum menikmati keuntungan. Masih menunggu masa yang sesuai untuk mengaut untung.


2. Forex

Berasa sangsi dengan hukum halal haram jual beli. Risiko tinggi. Tidak pernah melibatkan diri.


3. Pelaburan ASB

Berasa ragu dengan tempat yang dilaburkan. Walaupun majlis fatwa telah memutuskan hukum harus, tetapi saya lebih suka berpegang kepada hukum tinggalkan perkara yang syubhah. Pernah ada. Sekarang dah keluarkan semua modal, tinggalkan faedah dalam akaun.


4. Pelaburan Qiradh Bank Rakyat

Sempat melabur sebanyak 2 kali = RM 10,000.00. Keuntungan kecil. Jual balik sijil, simpan dalam Tabung Haji.


5. Pelaburan + Insuran

Tidak pernah libatkan diri. Berdasarkan perkiraan tidak menguntungkan.


6. Pelaburan Hartanah

Bagus. Memerlukan modal yang besar. Ambil masa untuk dapat untung. Beli satu lot tanah banglo di Machang, Kelantan pada tahun 2008 dengan harga Rm27,000.00. Pada yang berminat, sila hubungi saya melalui emel putremas@ymail.com. Masih ada beberapa lot yang belum dijual.


7. Pelaburan Emas

Bagus dan menarik. Bermula dengan Public Bank GIA. Dengan modal RM 49980.59 (Beli 583 gm pada harga RM85.73/gm pada 23/10/08). Jual semula pada 18/12/08 sebanyak 581gm dengan harga RM95.54/gm iaitu RM55508.74. Untung = RM5528.15. Tapi, lepas pada tu harga emas naik. Tak boleh lagi nak buat untung dengan teknik sama. Terpaksa tunggu dan fikirkan cara lain untuk manipulasi wang dan pelaburan yang ada.


Nota: Ini adalah pengalaman penulis semata-mata. Penulis tidak bertanggungjawab atas tindakan dan risiko yang diambil pembaca. Sekadar untuk perkongsian ilmu.