0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Sunday, February 28, 2010

Majlis Pelancaran dan Cabutan Bertuah


Alhamdulillah, petang tadi diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk hadir ke Majlis Pelancaran Public Jewellery dan Public Silver bersama keluarga.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. dan terima kasih pada Public Gold kerana saya berjaya mendapat cabutan bertuah 5 dinar. Banyak tu RM2795. Sape lah nak bagi free2.

Bagi peminat barang kemas, selepas ini tuan/puan boleh membelinya melalui saya. Tuan/Puan boleh melihat produk tersebut di Public Jewellery.

Jadi, apa tunggu lagi.

Nak beli jongkong emas, cari saya.
Nak beli dinar emas, cari saya.
Nak beli barang kemas, cari saya.
Nak beli jongkong perak, cari saya.
Kesimpulannya, cari saya.

Monday, February 22, 2010

Ganjaran Emas


CIMB Bank


Public Bank


Mister Potato

Kini emas menjadi pilihan. Anda bila lagi mahu simpan emas? Nak beli emas atau jadi agen, hubungi saya 012-9883445 / admin@putremas.com. Borang pendaftaran boleh di download di sebelah dengan ikut panduan tatacara yang telah disediakan.

Sunday, February 21, 2010

Public Gold vs Public Mutual

Entri ini tidak ada kena-mengena untuk membandingkan Public Gold dan Public Mutual mahu pun untuk mempengaruhi tuan/puan mana yang lebih baik.

Pagi tadi jumpa En. Fauzi, Public Mutual Unit Trust Consultant selepas buat temu janji. Bersembang pasal emas, ekonomi, politik, dunia dan macam-macam. Tukar-tukar pandangan dan pendapat. Boleh tahan juga sembang dengan En. Fauzi ni. Dari kul 10 pagi sampai 12.30 tengahari. Beliau latar belakang pendidikan akaun dan buat bidang unit amanah. Tu yang syok. Bincang buat pasif income.

Sesape yang ingin melibatkan diri dengan unit amanah Public Mutual boleh hubungi beliau. Yang nak beli emas Public Gold area Kajang / Balakong / Cheras pun boleh hubungi beliau. En. Ahmad Fauzi, 019-2723067, ahmadazim06@gmail.com

Selamat Datang En. Fauzi ke keluarga RP GOLD Trading.

Saturday, February 20, 2010

Emas Ketika Cemas

Selama hampir 4 bulan berniaga emas, saya dah temui 4 kes yang mana emas dapat membantu dengan izin Allah s.wt. sewaktu kecemasan termasuk diri saya sendiri.

Kalau simpan duit mungkin cepat habis. Lagi-lagi simpan di bank yang ada kad ATM. Pantang ada banyak sikit duit, tangan dan kaki mulalah gatal bergayut depan mesin ATM. Tetiba rasa macam banyak je barang keperluan yang nak dibeli. Iyalah, bila duit dah banyak kehendak dan keperluan dah tak boleh nak beza.

Kalau simpan emas mungkin susah nak luak. Emas bukan ubat gegat boleh terpeluap. Emas bukan makanan ada tarikh luput. Emas belum lagi diterima sebagai duit. Nak guna hanya dengan cara jual semula atau pajak. Tapi inilah yang menyusahkan. Yelah, nak jual sayang, nak pajak pun sayang. Jadi simpan jelah. Kot-kot harga naik nanti dapat untung banyak lagi. Hakikatnya, inilah kekayaan yang sebenar. Kekayaan yang dapat membantu kita dengan izin Allah s.w.t. semasa susah. Bila kecemasan perlukan duit, cari sahaja mana-mana agen atau individu yang sedia untuk beli. Jual emas, dapat duit. Selesaikan masalah.

Jadi, bagi anda yang masih belum menyimpan emas. Bolehlah berjinak-jinak dan memulakan simpanan emas anda. Biar sikit, lama-lama jadi bukit emas. Tirulah negeri Kelantan, pasir pun ditukarnya jadi emas.

Friday, February 19, 2010

Majlis Pelancaran Public Silver dan Public Jewellery

Tuan/Puan yang dihormati, pihak Public Gold akan mengadakan majlis pelancaran dua produk baru syarikat iaitu Public Silver dan Public Jewellery. Selepas ini, anda boleh mendapatkan perak dan barang kemas melalui Public Gold. Berikut ialah maklumat berkenaan majlis tersebut:

Tarikh: 28 Februari 2010 (Ahad)
Masa: 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya.

Penampilan khas: Duta Public Jewellery

Diana Danielle

Peta Lokasi

Bagi yang berminat untuk menghadiri majlis ini, sila maklumkan kehadiran kepada saya. Masuk PERCUMA. Daftar melalui 012-9883445 atau admin@putremas.com. Mari datang beramai-ramai.

Warga Johor - Seminar Emas Pelaburan

Tarikh: 6 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Outlet PG Pure Gold
Penceramah: En. Syukor Hashim (jutawanemas.com)

Untuk tempahan, sila hubungi saya, 012-9883445 atau admin@putremas.com. Warga Johor Bahru dan sekitar, jangan lepaskan peluang yang telah lama dinantikan ini.

Monday, February 15, 2010

Warga Kuantan - Seminar Emas Pelaburan

Tarikh: 24 Februari 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 - 11.00 malam.
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang.
Penceramah: En. Syukor Hashim (jutawanemas.com)

Untuk tempahan, sila hubungi saya, 012-9883445 atau admin@putremas.com. Warga Kuantan dan sekitar, jangan lepaskan peluang yang telah lama dinantikan ini.

Sunday, February 14, 2010

Drama Skim Pelaburan

Di hujung minggu habiskan masa di rumah menonton tv sambil layan tetamu yang berkunjung. Lepas tu pergi majlis pertunangan sepupu dan melawat rumah saudara. Walaupun Tahun Baru Cina disambut oleh masyarakat Tiong Hua, namun kita sebagai orang Islam tidak terlepas dari tuntutan untuk menyambungkan silaturrahim sesama Islam.

Tengah duk layan tengok tv, terlayan tv1 dan tv3. Hari ni saja ada dua rancangan yang bercerita tentang skim pelaburan.

TV1 - RM1 juta (skim pelaburan internet)
TV3 - Mr. Mama (skim pelaburan)

Mereka dijanjikan pulangan lumayan yang tak munasabah. Semua yang lihat dan dengar pasti terpengaruh. Masakan tidak, kalau dijanjikan pulangan melebihi 100%. Dan sememangnya kita, manusia ciptaan Allah s.w.t tidak lekang dari sifat tamak. Mudah terpengaruh dengan berita yang mengasyikkan. Malangnya, akhirnya mereka tertipu.

Jadi ambillah pengajaran. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau benar ingin melabur dan menjana keuntungan / kekayaan, carilah yang benar-benar sahih. Periksa dan selidik terlebih dahulu. Jangan mudah percaya dan terpengaruh.

Bagi anda yang ingin melabur, saya syorkan melaburlah dengan membeli emas fizikal yang ditawarkan oleh Public Gold. Insya Allah terjamin. Saya telah melabur selama hampir 4 bulan. Bermula sebagai agen biasa dan menjadi master agen pada bulan ke-3. Jka ingin tahu lanjut, hubungi saya. 012-9883445 / admin@putremas.com

p/s: Jangan biarkan diri anda ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saturday, February 13, 2010

Keliru: Emas Pelaburan dan Pelaburan Emas

Saya dapati masih ramai lagi antara kita yang masih keliru antara emas pelaburan dan pelaburan emas.

Emas Pelaburan:

1. Terdapat dalam dua bentuk. Jongkong dan syiling.

Contoh:

Jongkong - Public Gold, Pamp Suisse, Emirates.
Syiling - Public Dinar, Kijang Emas.

2. Emas fizikal.

3. Ada sijil ketulenan. Jenis 999 dan 916.

4. Boleh dibeli di kedai emas / wakala / agen.

5. Jual beli seperti barang kemas.

6. Tiada jaminan pulangan bulanan.

Pelaburan Emas:

1. Biasanya dalam bentuk skim.

2. Ditawarkan pulangan bulanan seperti unit amanah, pelaburan saham dan sebagainya.

3. Tidak menawarkan emas fizikal walaupun terdapat di antaranya menjanjikan emas fizikal.

4. Menawarkan pulangan yang kurang munasabah.

Saya berharap lebih ramai yang akan sedar dan menyelamatkan diri dari terlibat dengan mana-mana skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Jika anda ingin memulakan pelaburan emas, belilah emas fizikal untuk disimpan.

Friday, February 12, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Warga RP GOLD Trading mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikannya. Semoga tahun ini akan membawa lebih kemakmuran, kekayaan dan limpahan rezeki kepada kita.

Bagi mereka yang bercuti dan bercadang untuk pulang ke kampung atau ke mana-mana, pandu berhati-hati. Patuhi arahan lalu lintas. Ingatlah orang tersayang.

Bagi yang memiliki emas dan ingin pulang bercuti, simpan emas anda di tempat yang selamat. Cari dan sewalah mana-mana peti simpanan yang berdekatan dengan anda.

Kami di RP GOLD Trading mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina sekali lagi dan Selamat Bercuti.

p/s: Perkhidmatan menjual/membeli emas RP GOLD Trading beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh cuti Tahun Baru Cina. Bagi yang ingin berurusniaga, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa.

Wednesday, February 10, 2010

PG Cawangan Kota Bharu Telah Dibuka

PG cawangan Kota Bharu, Kelantan kini telah dibuka. Warga Kelantan tak perlu lagi bersusah-payah dan menunggu emas terlalu. Kini, cawangan PG berhampiran anda. Warga Kelantan boleh jadikan perniagaan emas satu realiti.

Alamat:

Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.

Saya mencari agen / rakan niaga untuk rangkaian saya di Kelantan. Yang berminat boleh hubungi saya. 012-9883445 / admin@putremas.com

Tuesday, February 9, 2010

Lagi Seminar Emas Pelaburan ++

Tarikh: 11 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pejabat Public Gold Cawangan Bandar Sunway. Mentari Park Business.
Penceramah: En. Mohd Fazli Ismail (pokli.com)

Anda bukan sahaja berpeluang untuk pelajari ilmu perniagaan emas bahkan OD, rumah lelong dan sebagainya. Sesi perkongsian ilmu yang bermanfaat. Jangan lepaskan peluang ke'emas'an ini.

Jom datang beramai-ramai. Tempat terhad. 40 orang SAHAJA. Masuk PERCUMA. Berminat hubungi saya untuk tempahan. 012-9883445.

Monday, February 8, 2010

Seminar Emas Pelaburan Lagi...

Tarikh: 9 Februari 2010 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pejabat Public Gold Cawangan Bandar Sunway. Mentari Park Business.
Penceramah: En. Syukor Hashim (Jutawanemas.com)

Jom datang beramai-ramai. Tempat terhad. 40 orang SAHAJA. Masuk PERCUMA. Berminat hubungi saya untuk tempahan. 012-9883445.

Pasaran Saham Bergerak Cergas

Pagi tadi sempat tengok berita ekonomi luar negara. Dilaporkan hampir semua saham luar negara bergerak cergas mungkin disebabkan faktor pengukuhan nilai dolar Amerika. Para pelabur dalam keadaan berjaga-jaga kerana terdapat laporan ekonomi yang akan diumumkan dalam minggu ini. Harga komoditi dijangka kekal rendah pada minggu ini. Namun keadaan ini tidak dipastikan dapat bertahan berapa lama memandangkan masa hampir mendekati Tahun Baru Cina. Ramalan mengatakan harga komoditi akan meningkat sejurus Tahun Baru Cina. Kita sama-sama ikuti perkembangan ekonomi dunia agar dapat membuat jangkaan dan analisis dengan tepat.

Bagi yang masih belum memiliki emas, sekarang masa terbaik untuk menyimpan emas. Semalam saya sempat tempah dalam 10k. Simpanan sebelum berlaku kejutan harga selepas Tahun Baru Cina. Ingin memiliki emas dan menyertai rangkaian RP Gold Trading, hubungi saya 012-9883445 / admin@putremas.com.

~ Simpanan emas untuk masa hadapan ~

Sunday, February 7, 2010

Kembali Ke Kehidupan Biasa

Alhamdulillah... Allah s.w.t masih memberi peluang dan nikmat pada saya untuk menghirup udara, menikmati pemandangan dan segala ciptaanNya di dunia yang fana ini. Hampir seminggu saya tidak online dan menguruskan perniagaan kerana diuji oleh Allah s.w.t. dengan beberapa ujian dan dugaan. Namun, syukur Alhamdulillah segala ujian dan dugaan dapat kutempuhi dengan jayanya jua dengan petunjuk daripada Allah s.w.t. saya memohon maaf kepada tuan / puan yang menghubungi saya kerana saya tidak dapat memberi khidmat yang terbaik.

Insya Allah, saya akan kembali fokus pada perniagaan saya bermula hari ini. Jika tuan/puan memerlukan sebarang bantuan daripada saya boleh hubungi saya di 012-9883445 / admin@putremas.com.

Wednesday, February 3, 2010

Seminar Emas Pelaburan Datang Lagi

Tarikh: 4 Februari 2010 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pejabat Public Gold Cawangan Bandar Sunway. Mentari Park Business.

Jom datang beramai-ramai. Tempat terhad. Masuk PERCUMA. Berminat hubungi saya untuk tempahan. 012-9883445.

Nota: Mari dapatkan ilmu emas pelaburan secara PERCUMA. Kini benda-benda PERCUMA dah kurang. Rembat sebelum dirembat.