0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Tuesday, January 19, 2010

Gold Will Rise to $2,000 by 2010: Investor

The price of gold is set to rally to $2,000 per ounce next year as an improvement in the economic outlook causes fear of inflation and currency debasement, Philip Manduca, head of investment from ECU Group, told CNBC.

"Gold will be going through $1,000 very shortly in 2009, and go on to as high as $2,000 by 2010 and I'm very confident of those predictions," Manduca told "Worldwide Exchange."

The economy will show signs of a bounce in the coming months because of the amount of monetary and fiscal stimulus and improving optimism from investors and consumers, Manduca said.

"People just want to believe that it's going to come to an end someday soon, preferably tomorrow," he added.

When the state of the economy appears to have improved, investors will get "very real fears of a combination of currency debasement on the one hand and ... inflation on the other," Manduca said.

Dean Barber, founder & chief investment officer at Barber Financial Group agreed with Manduca's predictions and said the entire commodity space was set to do well next year.

(Watch Philip Manduca and Dean Barber interviewed on CNBC above).

dipetik dari: http://www.cnbc.com/id/28030936

Monday, January 18, 2010

SEMINAR DINAR EMAS 2010 (SEDINAR ’10)

TARIKH: 24 JANUARI 2010

HARI: AHAD

MASA: 08.30PG – 05.30PTG

TEMPAT: DEWAN KULIAH 43.101 KOMPLEKS TUN ABDULLAH MOHD SALLEH (KTAMS), UKM

YURAN SEMINAR:

RM20/ MAHASISWA

RM50/ ORANG AWAM

TEMA: “KEBANGKITAN DINAR EMAS - TANGGUNGJAWAB UMMAH”

ANJURAN: PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN DARUL NAIM (PERDANA), UKM

PEMBENTANG KERTAS KERJA SEMINAR:

  1. PROF. MADYA DATO’ DR. HAILANI MUJI TAHIR

    (PENSYARAH PENGAJIAN ISLAM, UKM)

  1. PN. HAJJAH NIK MAHANI MOHAMAD

    (PENGARAH KELANTAN GOLDEN TRADE SDN. BHD.)

  1. EN. SYUKOR

    (PENGURUS BESAR PUBLIC DINAR)

  1. Y.B. DATO’ HJ. HUSAM MUSA

    (EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN)

PENDAFTARAN:

SYAFIQ (013-3107390)

SARAH (019-6112086)

Petikan Video I : Seminar Krisis Kewangan & Peranan Emas

Kaedah Menjadi Agen Rangkaian RP Gold Trading @ putremas.com

Muat turun borang di ruangan muat turun.

1. Isi borang dan hantar melalui emel atau faks. Sertakan salinan kad pengenalan.

a. Emel
- To: liching@publicgold.com.my, vincent@publicgold.com.my, denise@publicgold.com.my, branson@publicgold.com.my
- CC: putremas@ymail.com, admin@putremas.com.

b. Faks: 04-6464916.

2. Bank in duit ke akaun Public Gold.

CIMB: 07140011557057
Maybank: 507134241707
Public Bank: 3148136630

3. Emel / faks bukti pembayaran seperti di No. 1.

Kelebihan sertai rangkaian putremas.com:

1. Tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu perniagaan emas.
2. Kaedah dan cara mempromosi perniagaan.
3. Kaedah dan cara membuat pusingan modal.
4. Cara membuat blog.
5. Emel nama@putremas.com.
6. Template kad bisnes.
7. Lain-lain kemudahan yang akan dikemasikini dari semasa ke semasa.

Semua akan diberi PERCUMA.

Saya akan bantu anda sehingga anda berjaya seperti saya. Sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya. Tiada kejayaan tanpa usaha.

Promosi!!! Rumah Untuk Dijual - End Lot Double Storey Terrace, Seremban 2


PROMOSI - POTONGAN RM10,000. RM340,000. Hubungi En. Hezrikh Sulaiman bagi yang berminat 019-2124575

End-Lot Double Story Terrace, Seremban 2  - Image





Price: RM 350 000Bedrooms: 4
Type: HousesSize: 2405 sq.ft.
Title type: FreeholdTenure: -


Double Story Terrace namely Casa Blanca under IJM Land.

1- End-lot
2- Bumi-lot
3- Built up - 2405 sqft
4- Land area - 1961 sqft
5- House 24 x 70
6- ADT Alarm ( with external pipping with minimal hacking )

Good point:

a) Facing huge playground ( 1/4 of the play propose to be Surau )
b) Around 3 minuet to 2 x Petronas
d) Aound 3 minuet to City Park for recreation
c) Around 5 minuet to Jusco
d) Around 6 minuet to North South Highway
e) Around 3 minuet to FamilyStore and other shops
e) Very good neighbourhood
f) Age of house 1 year
g) Nearby State Fire & Rescue Department HQ, District Police HQ, District Administration Complex, Court Complex, Hospitals, Banks, Post office

Purpose selling: Just bought other house nearby. There is no major hacking made to current house due to unsure of permenant stays.
PhoneHezrikh Sulaiman: 019-92124575 / erik79@ymail.com

Saturday, January 16, 2010

Terima Kasih Pada Para Hadirin

Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sokongan tuan/puan yang telah sudi hadir pada Seminar: Krisis Kewangan dan Peranan Emas yang berlangsung pada hari ini bertempat di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

Saya selaku ajk majlis ingin memohon maaf atas salah silap yang saya dan rakan-rakan lakukan sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Kami hanya insan biasa yang tidak terlepas dari sebarang kesilapan.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong maafkan.

p/s: Bagi yang berminat untuk membeli emas @ menjadi agen boleh hubungi saya 012-9883445

Thursday, January 14, 2010

Aturcara Seminar: Krisis Kewangan & Peranan Emas

Tempat : Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya.

Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang

    MASA
      AGENDA

8.30 am – 9.30 am


9.30 am – 10.30 am





10.30 am – 11.30 am




11.30 am – 12.30 pm





12.30 pm – 2.00 pm


2.00 pm – 3.00 pm





3.00 pm – 4.00 pm




4.00 pm – 5.00 pm



Pendaftaran peserta & Sarapan


En. Louis Ng

Pengerusi Eksekutif,

Public Fine Gold International Sdn Bhd

Kenapa Anda Patut Memiliki Emas Fizikal?


Prof. Umar Ibrahim Vadillo

Presiden Dunia Pudina Islam

Revolusi Ekonomi Dinar Emas Islam


Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera

Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Ekonomi Dunia 2010 Dan Emas


Makan Tengahari


Pn. Nik Mahani Mohamed

Pengarah Eksekutif,

Kelantan Golden Trade Sdn Bhd

Emas Dinar Kelantan Sebagai Alternatif Di Abad Ini


Yg. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Abdul Majid

Bekas Presiden Bursa Malaysia

Emas Sebagai Satu Alternatif Pelaburan


Mahaguru En. Syukor Bin Hashim

www. jutawanemas.com

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas


Bagi yang berminat untuk hadir, boleh mendaftar dengan menghubungi saya. 012-9883445. Bayaran RM50 dikenakan. Makanan disediakan.

Selamat Datang En. Ahmad Dari Melaka

Kami di RP Gold Trading @ putremas.com mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada En. Ahmad Tg. Muda yang sudi menyertai rangkaian kami.

Bagi sesiapa yang berada di sekitar Melaka yang ingin membeli emas PG dan PD bolehlah menghubungi beliau di 019-3683907 @ bro_amat@yahoo.com.

Bagi sesiapa yang berminat untuk sertai rangkaian kami, penyertaan anda amat dialu-alukan.

Wednesday, January 13, 2010

Penurunan USD20/oz Sehari

Semalam kita melihat kenaikan yang mendadak USD20/oz. Awal pagi tadi, kita melihat berlaku pula penurunan mendadak USD20/oz. Sekarang harga sedang bergerak mendatar.

Apakah yang sedang difikirkan dan dirancangkan oleh para pelabur dan spekulator?

Saya juga tiada jawapannya.

Kita sebagai pembeli dan pelabur kecil-kecilan haruslah pandai mengambil peluang.

Bagaimana?

Bila harga turun dan murah serta ada duit, cepat-cepat beli emas. Kalau cukup modal RM40,000, boleh pasang niat atau cita-cita jadi agen. Agen akan mendapat komisen 1.5% dari setiap pembelian yang dilakukan.

Jadi yang berminat untuk membeli emas PG & PD atau menjadi agen, boleh hubungi saya 012-9883445.

p/s: Hari ini anda berjaya kerana anda pernah berada di tempat yang betul, pada masa yang betul dengan keputusan yang betul satu ketika dahulu. Kejayaan hari ini adalah keputusan hari sebelumnya.

Tuesday, January 12, 2010

Kenaikan USD20/oz Sehari

Semalam kita menyaksikan kenaikan harga emas dunia sekitar USD20/oz sehari. Keadaan ini mengulangi situasi kenaikan harga emas semasa pertengahan Oktober 2009 sehingga awal Disember 2009.

Jika ini merupakan petanda trend yang sama, maka jangkaan harga emas akan melonjak tinggi adalah tidak mustahil.

Perkiraan kasar:

Okt - Dis : USD1030/oz - USD1225/oz = USD195

Jangkaan kasar:

Jan - Mac : USD1130/oz + USD195 = USD1325/oz

Ini ialah perkiraan / jangkaan kasar andaikata situasi sama berulang. Namun kesahihannya tidak dapat dibuktikan dan disahkan kerana pergerakan harga e,as dipengaruhi oleh banyak faktor.

Artikel ini hanya sekadar sebagai perbandingan. Saya sendiri tidak pasti apa yang bakal berlaku pada masa depan. Saya hanya mampu membuat jangkaan berdasarkan artikel oleh beberapa pakar dunia yang mana mereka sendiri juga tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Mereka hanya membuat andaian berdasarkan ilmu dan pengalaman sedia ada.

Oleh itu, anda sebagai pemilik emas perlu bijak dalam membuat keputusan. Memilih masa yang sesuai untuk membeli emas. Namun, hakikat yang memang pasti dan tidak dapat disangkal lagi ialah memiliki emas memang memberi keuntungan kepada pemiliknya sejak berzaman.

Monday, January 11, 2010

Seminar Krisis Kewangan Dan Peranan Emas


Hubungi saya untuk pendaftaran. admin@putremas.com / 012-9883445

Harga Cecah USD1150/oz

Pagi ni saya mengharapkan harga turun sebab nak tambah aset. Alih-alih tengok harga dah lepas USD1150/oz. Fuh... ada juga bibit-bibit penyesalan sebab tak lock harga weekend lepas. Tapi, itulah adat perniagaan dan pelaburan komoditi. Ada masa harga naik, ada masa harga turun. Tapi sebagai peniaga emas, tiada istilah rugi. Harga naik pun boleh buat untung, harga turun pun boleh buat untung.

Bagi yang berminat untuk membuat untung dari perniagaan emas sebagai agen Public Gold atau rangkaian RP Gold Trading, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

pokya
012-9883445
admin@putremas.com
RP Gold Trading

Sunday, January 10, 2010

Perkhidmatan RP Gold Trading

RP Gold Trading ialah Master Dealer Public Gold yang sah.

1. Menjual / Membeli Jongkong Emas Public Gold - 20gm bar, 50gm bar, 50gm coin, 100gm bar
2. Menjual / Membeli Dinar Emas Public Dinar - 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar

Bagi yang berminat membeli / menjual jongkong emas Public Gold & dinar emas Public Dinar atau menjadi agen Public Gold di bawah rangkaian RP Gold Trading boleh hubungi saya di 012-9883445 / admin@putremas.com

RP Gold Trading

Alhamdulillah. Hari ini saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama RP Gold Trading (KT0270004-X).

RP - Rantau Panjang, Kelantan. Kampung halamanku. Rumah kedua ayah bondaku.

Selepas ini putremas.com akan dikenali sebagai RP Gold Trading.

Friday, January 8, 2010

Tabungan Masa Depan Anak-anak

Apabila lahir sahaja anak, ibu bapa sudah mula berfikir tentang masa depan dan perbelanjaan yang perlu disediakan untuk anaknya yang telah lahir. Perbelanjaan yang paling penting ialah pendidikannya nanti terutama persediaan ke menara gading. Walaupun si anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa, namun si ibu dan si bapa telah merencanakannya demi masa depan anak yang tercinta.

Hari ini, untuk perbelanjaan ke menara gading sahaja menelan belanja antara RM30-50 ribu. Bayangkan 20 tahun akan datang. Berapakah jumlah yang perlu dikumpul selama 20 tahun untuk mencapai angka tersebut.

20 tahun = 240 bulan
RM30 ribu dibahagi 240 bulan = RM125

Maknanya si ibu dan si bapa perlu menabung RM125 sebulan 20 tahun yang lepas untuk menghantar si anak ke menara gading hari ini. Jika untuk 20 tahun akan datang?

Kita anggarkan kenaikan kos pengajian sebanyak 200% iaitu 90 ribu. Simpanan untuk 20 tahun akan datang.

20 tahun = 240 bulan
RM90 ribu bahagi 240 bulan = RM375

Jadi inilah jumlah wang yang perlu ditabungi setiap bulan untuk si anak. Namun, jika si ibu dan si bapa telah mula menabung 1 dinar bagi setiap 2 bulan (sedinar ~ RM600) untuk si anak, maka dalam tempoh 20 tahun akan datang si anak akan memiliki:

120 dinar

Nilai hari ini - RM565 x 120 = RM67800

Jika kenaikan emas 20% setahun. Kenaikan 20 tahun ~ 400%.

Anggaran nilai 1 dinar pada 20 tahun akan datang ~ RM2825

Nilai 120 dinar ~ RM303360.

Mungkin ke ini terjadi?

p/s: Artikel ini sekadar untuk renungan untuk difikir. Tetiba terlintas di benak minda, lalu jari mula mengetuk papan kekunci.

Selamat Datang dan Tahniah Kepada En. Shahrul

Saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada En. Shahrul yang telah berjaya menjadi agen rasmi Public Gold semalam.

Mula-mula, beliau sertai rangkaian putremas dan alhamdulillah dengan berkat usaha gigih beliau akhirnya tercapai jua hasrat untuk menjadi agen. Beliau memang seorang yang gigih dan tak pernah kenal erti penat. Akhirnya usaha selama 2 bulan telah membuahkan hasil.

Tahniah sekali lagi.

Sesiapa area kajang / bangi / UNITEN, boleh hubungi beliau. 019-2690109.

p/s: Kepada yang berminat untuk sertai rangkaian putremas boleh hubungi saya. 012-9883445

Selamat Datang En. Mohdia Ke Rangkaian Putremas

Saya mengucapkan selamat datang kepada En. Mohdia kerana sudi menyertai rangkaian putremas.com. Semoga penyertaan tuan akan membantu merancakkan lagi industri emas tanah air. Sesiapa area Kuala Selangor boleh hubungi beliau. 012-2692787. Beliau ada buat servis beli surat pajak.

Tuesday, January 5, 2010

Jongkong Emas 999: Kedai Emas vs Public Gold

Susulan artikel semalam. Berikut ialah beberapa pemerhatian hasil pertanyaan saya di kedai-kedai emas sekitar tempat saya. Nama kedai dirahsiakan.


Alamanda, Putrajaya:

Kedai A

Pamp Suisse 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM
Harga Belian (wang tunai) - spread 25%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 20%

Pamp Suisse selain 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM + workmanship cost (RM100-150)
Harga Belian (wang tunai) - spread 25%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 20%

Kedai B

Pamp Suisse 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM
Harga Belian (wang tunai) - spread 25%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 20%

Pamp Suisse selain 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM + workmanship cost (RM100-150)
Harga Belian (wang tunai) - spread 25%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 20%


Mines, Seri Kembangan:

Kedai A

Pamp Suisse 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM
Harga Belian (wang tunai) - spread 15%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 10%

Pamp Suisse selain 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM + workmanship cost (RM100-150)
Harga Belian (wang tunai) - spread 15%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 10%

Kedai B

Pamp Suisse 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM
Harga Belian (wang tunai) - spread 35%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 30%

Pamp Suisse selain 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM + workmanship cost (RM100-150)
Harga Belian (wang tunai) - spread 35%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 30%

Kedai C

Emas pelaburan 999 keluaran mereka sahaja

Harga Jualan - Ikut FGJAM
Harga Belian (wang tunai) - spread 15%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 10%


Jusco, Wangsa Maju:

Kedai A

Pamp Suisse 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM
Harga Belian (wang tunai) - spread 25%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 20%

Pamp Suisse selain 100gm

Harga Jualan - Ikut FGJAM + workmanship cost (RM100-150)
Harga Belian (wang tunai) - spread 25%
Harga Belian (gantian barang kemas) - spread 20%

Monday, January 4, 2010

Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia

Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.

Kijang Emas

- Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
- Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
- Tidak boleh lock harga.
- Tidak boleh booking.
- Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
- Stok sering habis.
- Tidak beli semula jika tercalar.

OUB

- Boleh dibeli di OUB Utama sahaja.
- Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
- Perlu dapatkan sendiri di OUB.
- Stok selalu habis
- Mesti bawa resit asal masa jual balik
- Tidak boleh buka sarung

Pamp Suisess

- Boleh dibeli di kedai emas tertentu.
- Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
- Buka sarung tolak harga.

Bunga Raya

- Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
- Spread 15%-25%.
- Buka sarung tolak harga.

Barang Kemas

- Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
- Harga tinggi berbanding pasaran.
- Spread 20%-40%

Public Gold

- Boleh dibeli daripada mana-mana agen.
- Spread 5%-6%
- Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
- Boleh booking dan lock harga.

Sunday, January 3, 2010

2010: Mari Menabung Emas

Antara perkara yang disarankan oleh pakar kewangan bagi mereka yang menginginkan kekayaan ialah menabung. Kita juga sejak dari kecil dididik dan diasuh untuk menabung. Kini, masa dan zaman sudah berubah. Menabung wang adalah bagus. Namun tidak menguntungkan. Tabungan yang baik ialah dengan emas.

Marilah kita sama-sama mulakan tahun baru dengan azam baru iaitu bertukar dari menabung wang ke menabung emas. Insya Allah, lama-kelamaan anda akan dapat melihat manfaatnya.

Sehari selembar benang,
Lama-lama menjadi kain.

Sikit-sikit,
Lama-lama jadi bukit.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Sebulan sekeping emas,
Lama-lama seguni emas.

Selamat menabung emas dari putremas.

Thursday, December 31, 2009

Harga Barang Naik

Akhir 2009

1. Harga gula naik 20 sen.
2. Roti putih tiada subsidi kerajaan lagi.

2010?

Kesan?

1. Harga makanan naik.
2. Harga minuman naik.
3. Inflasi naik.
4. Nilai wang turun.

Penyelesaian?

Lindung wang dengan emas segera.

Saturday, December 26, 2009

Perkara Penting Perlu Diketahui Sebelum Membeli Emas

Semalam saya bersiar-siar di Jusco, Wangsa Maju dan Alamanda, Putrajaya. Kelihatan begitu ramai warga kota yang membawa keluarga keluar membeli-belah. Mungkin faktor cuti yang membuatkan warga kota tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.

Alhamdulillah. Mudah-mudahan aktiviti jual-beli ini dapat membantu memulihkan keadaan ekonomi yang sedang meruncing. Setiap kali saya bersiar-siar di kompleks membeli-belah, saya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di kedai emas. Nak tengok kalau-kalau ada jualan murah.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum seseorang membuat keputusan untuk membeli emas:

1. Apakah tujuan anda membeli emas?
A. Jika sebagai perhiasan. Anda boleh memilih mana-mana barang kemas yang dipamerkan.
B. Jika sebagai pelaburan. Anda perlu memilih jongkong emas 999 atau dinar 916 kerana barang kemas tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan.

2. Kos upah yang dikenakan.
Selain bertanya berapakah harga emas segram, anda juga perlu bertanya berapakah kos upah yang dikenakan. Mungkin anda tidak boleh meminta kurang pada harga emas tetapi boleh berunding untuk kurangkan kos upah.

3. Jenis emas yang ingin dibeli.
Anda perlu tahu jenis emas yang dibeli. Emas yang terbaik ialah 999 diikuti 916. Ini kerana mungkin anda tertarik dengan bentuk dan rupa emas tersebut tetapi terlupa untuk mengira untung / rugi jika anda ingin menjual semula emas tersebut.

4. Spread / susut nilai.
Anda perlu bertanya berapakah spread / susut nilai jika anda ingin menjual semula emas yang dibeli. Kedai emas biasanya memberi dua kaedah belian semula iaitu 'trade-in' dan tunai.

'Trade-in' - Anda tukar emas lama dengan emas baru. Spread mungkin rendah.
Tunai - Anda ingin jual semula dan mendapatkan wang tunai. Spread mungkin tinggi.

Anda juga perlu tanya sama ada kedai tersebut menerima mana-mana emas untuk dijual semula atau hanya menerima emas yang dibeli dari kedainya. Anda juga perlu bertanya sama ada resit pembelian diperlukan semasa jualan balik.

Jika anda telah mendapat kesemua jawapan di atas, saya percaya anda mampu membuat keputusan terbaik.

p/s: Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ditulis boleh hubungi saya. admin@putremas.com atau 012-9883445. Saya sedia berkongsi pengalaman dengan anda. Semoga wang anda berbaloi dengan belian yang dibuat.

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Datang Pn. Saniah dan En. Joharizan

Selamat Datang dan Tahniah,

Kepada Pn. Saniah dan En. Joharizan kerana sudi menyertai rangkaian putremas.com. Bagi pembeli emas kawasan Cheras dan HUKM, boleh hubungi mereka 013-4567209 / 013-4567219. Semoga dengan Allah s.w.t. membantu kita dalam mengembangkan perniagaan emas sedia ada.

Bagi yang berminat untuk sertai rangkaian putremas.com, sila hubungi saya 012-9883445.

Tuesday, December 22, 2009

Puasa Tasu'a dan Asyura Muharram

Puasa Tasu’a (9 Muharam)
Berpuasa pada Hari Asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu’a (hari kesembilan dari bulan Muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi yang hanya berpuasa pada Hari Asyura saja. Hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, “Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan (para sahabat) supaya berpuasa. Para sahabat berkata : ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani’, Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Pada tahun depan insyaaLlah kita puasa tanggal 9′. Tetapi beliau wafat sebelum datangnya tahun berikutnya” (HR Muslim). Dalam riwayat yang lain disebutkan “Seandainya aku mendapati tahun depan, maka aku akan puasa tanggal 9. Tetapi beliau meninggal sebelum itu” (HR Muslim).

Sebagian ulama mengatakan, sebaiknya puasa selama tiga hari: 9, 10, 11 Muharam. Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Puasalah pada hari ‘aasyuura dan berbedalah dengan orang Yahudi. Puasalah sehari sebelum ‘asyuura dan sehari sesudahnya.” (HR Ahmad).

Ibnu Sirrin melaksanakan hal ini dengan alasan kehati-hatian. Karena, boleh jadi manusia salah dalam menetapkan masuknya satu Muharam. Boleh jadi yang kita kira tanggal sembilan, namun sebenarnya sudah tanggal sepuluh. (Majmuu’ Syarhul Muhadzdzab VI/406)

Puasa Asyura (10 Muharam)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas radiyallahu ‘anhu “Tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam datang ke Madinah beliau melihat orang-orang Yahudi melakukan puasa di hari ‘Asyura. Beliau Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya, “Hari apa ini?”. Orang-orang Yahudi menjawab, “Ini adalah hari baik, pada hari ini Allah selamatkan Bani Israil dari musuhnya, maka Musa ‘alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Aku lebih berhak mengikuti Musa dari kalian (kaum Yahudi). Maka beliau berpuasa pada hari itu dan memerintahkan ummatnya untuk melakukannya” (HR Bukhari).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda “Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa pada bulan Muharam, sedang salat yang paling afdal sesudah salat fardu adalah salat malam.” (HR Muslim)

Puasa Asyura pun memiliki keutamaan berupa dihapusnya dosa satu tahun, sesuai hadits yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, “Puasa Asyuura menghapus dosa satu tahun, sedang puasa arafah menghapus dosa dua tahun.” (HR Muslim, Tirmizi, Abu Daud).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam senantiasa melakukan puasa Asyura berdasarkan hadits Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata.”Aku tidak pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa pada suatu hari karena ingin mengejar keutamaannya selain hari ini (Asyura’) dan tidak pada suatu bulan selain bulan ini (maksudnya: Ramadhan).” (HR Bukhari dan Muslim). Juga dalam hadits yang diriwayatkan dari Aisyah radiyallahu ‘anha, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam puasa pada suatu hari yang beliau betul-betul mengharapkan fadilah pada hari itu atas hari-hari lainnya, kecuali puasa pada hari kesepuluh Muharam.” (HR Muslim).

Pada mulanya puasa Asyura diwajibkan, tetapi setelah Allah mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan, maka puasa Asyura status hukumnya menjadi sunnah. Hal ini sebagaimana hadits yang diriwayatkan dari Aisyah radiyallahu ‘anha “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam memerintahkan untuk puasa ‘Asyuura sebelum turunnya perintah puasa Ramadan. Ketika puasa Ramadan diperintahkan, siapa yang ingin boleh puasa ‘aasyuura dan yang tidak ingin boleh tidak berpuasa Asyuura.” (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi).

dipetik dari http://masridwan.co.cc/?p=134

Monday, December 21, 2009

Christmas Shopping

Bagi pembaca yang akan menyambut Hari Krismas, saya ucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru. Bagi yang sedang membuat persiapan, buatlah perancangan kewangan yang bijak. Seminggu selepas tu, anak-anak akan mula bersekolah.

Bagi peminat dan pelabur emas, sekarang juga antara masa terbaik untuk membeli emas. Harga berlegar antara USD1110/oz - USD11120/oz. Ramai yang menjangkakan akan berlaku kenaikan harga selepas sambutan Krismas. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu sama-sama. Nasihat saya, beli emas apabila ada duit. Beli dan kumpul berdikit-dikit supaya tidak menyesal kemudian hari.

Sunday, December 20, 2009

1 Muharram - Permulaan Pengiraan Haul Zakat

Saya berharap artikel ini masih belum terlewat untuk ditulis. Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih memanjangkan umur kita untuk sama-sama melangkah ke tahun baru. Sebut sahaja tahun baru, apa yang sering terlintas di fikiran ialah azam tahun baru dan azam tahun lepas yang belum tertunai.

Alhamdulillah, kini telah ramai umat Islam yang kembali sedar dan mula mengamalkan kembali ajaran Islam dengan sempurna. Ini termasuklah ibadah zakat. Ramai di antara kita kadang-kadang terlupa atau terleka untuk menetapkan tarikh permulaan pengiraan zakat sehinggalah masa berlalu.

Jadi, saya ingin menyarankan para pembaca untuk sama-sama mengambil tarikh 1 Muharram ini sebagai permulaan pengiraan haul zakat bagi setiap pendapatan dan rezeki yang kita miliki. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan diterima oleh Allah s.w.t.

Amin.

Saturday, December 19, 2009

Malu Bertanya Sesat Jalan

Telah menjadi suatu budaya / adat di Malaysia ini, rakyatnya malu untuk bertanya sehinggakan wujudnya pepatah tersebut. Sejak di bangku sekolah kita diajar untuk menelan bulat-bulat apa yang dipelajari. Sindrom ini bila telah menjadi tabiat akan memberi kesan yang buruk pada jangka masa panjang.

Dalam Islam sendiri kita diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk bertanya jika kita tidak mengetahui.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya." (Surah An-Nahl: ayat 43)

Ayat ini mengingatkan saya ketika di bangku sekolah. Ustaz saya bercerita (lebih kurang ceritanya) :

Suatu hari semasa menghadiri kuliah agama, seorang muallaf telah bertanya kepada gurunya, "Ustaz, tuan mengatakan bahawa Al-Quran itu sempurna tetapi mengapa Allah s.w.t. tidak menceritakan di dalamnya bagaimana cara untuk membuat roti."

Ustaz tersebut terdiam sebentar, kemudian membacakan ayat tersebut. Ustaz itu mengulas, "Andaikata Allah s.w.t. ingin menceritakan segala-galanya di dalam Al-Quran, maka sudah pasti tidak cukup 30 juzuk. Tetapi Maha Bijaksananya Allah s.w.t. hanya dengan satu firman, maka terjawablah seluruh persoalan."

"Maka jika kamu ingin tahu bagaimana untuk membuat roti, carilah pembuat roti dan bertanyakan kepadanya cara-cara untuk membuat roti."

Maha Bijaksana dan Maha Sempurna Allah s.w.t.

Gambar Seminar di Putrajaya 16/12/2009




Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua. Semoga Allah s.w.t memanjangkan umur kita dalam redha dan rahmatNya. Berbahagialah mereka yang mendapat pemeliharaan dan pemerhatian daripada Allah s.w.t di dunia dan di akhirat. Semoga kita dimasukkan dalam golongan yang dijanjikan berjaya di dunia dan di akhirat oleh Allah s.w.t.

Amin...

Terima Kasih Pada Yang Hadir Seminar 16/12/2009 di Putrajaya

Tuan/Puan,

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi hadir ke seminar yang telah diadakan. Saya selaku pengendali majlis memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan sepanjang majlis berlangsung. Saya hanya insan biasa yang lemah lagi daif. Kepada tuan/puan yang berminat untuk membeli emas / menjadi agen atau mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan emas pelaburan, boleh hubungi saya, admin@putremas.com atau 012-9883445. Saya sedia berkongsi ilmu dan pengalaman dengan tuan/puan.

pokya,
admin@putremas.com
012-9883445

Wednesday, December 16, 2009

Malam Ini - 16/12/2009: Seminar Emas Pelaburan di Putrajaya

Tuan/Puan,

Pada malam ini akan diadakan Seminar Emas Pelaburan anjuran Public Gold di Putrajaya bertempat di Auditorium 1, Aras 2, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Kompleks ini terletak di belakang Alamanda. Masih terdapat beberapa tempat kosong. Bagi yang tidak mengetahui arah ke sana boleh hubungi saya, 012-9883445.

Mari sama-sama kita hadir untuk menimba ilmu dalam emas pelaburan.

Monday, December 14, 2009

Borang Permohonan Agen Rangkaian Putremas


Untuk download, Right Click > Save As

1. Isi borang dan hantar melalui emel atau faks.

a. Emel
- To: liching@publicgold.com.my, vincent@publicgold.com.my, denise@publicgold.com.my, branson@publicgold.com.my
- CC: putremas@ymail.com, admin@putremas.com.

b. Faks: 04-6464916.

2. Bank in duit ke akaun Public Gold.

CIMB: 07140011557057
Maybank: 507134241707
Public Bank: 3148136630

3. Emel / faks bukti pembayaran seperti di No. 1.

Kelebihan sertai rangkaian putremas.com:

1. Tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu perniagaan emas.
2. Kaedah dan cara mempromosi perniagaan.
3. Kaedah dan cara membuat pusingan modal.
4. Cara membuat blog.
5. Emel nama@putremas.com.
6. Template kad bisnes.
7. Lain-lain kemudahan yang akan dikemasikini dari semasa ke semasa.

Semua akan diberi PERCUMA.

Saya akan bantu anda sehingga anda berjaya seperti saya. Sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya. Tiada kejayaan tanpa usaha.



Saturday, December 12, 2009

Seminar Emas Pelaburan di Putrajaya

Terima kasih kepada yang telah mendaftar. Masih ada kekosongan bagi yang berminat. Cepat sebelum terlambat.

Tempat: Auditorium 1, Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya.
Tarikh: 16 Disember 2009 (Rabu)
Masa: 8.00 - 11.00 malam

Masuk PERCUMA. Semua dijemput hadir. Sila maklumkan pada saya untuk pendaftaran memandangkan tempat adalah terhad.

Seminar Emas Pelaburan Sesi Disember 2009

Schedule of Public Gold Seminar:

Day
Date
Time
Town
Venue
Sat
19.12.09
8pm-10pm
Sungai Petani
Park Avenue Hotel
Sun
20.12.09
8pm-10pm
Butterworth
Pearl View Hotel
Sat
26.12.09
8pm-10pm
Kota Bahru
Grand Riverview Hotel
Sun
27.12.09
8pm-10pm
Terengganu
Ming Star Hotel
Sat
02.01.10
8pm-10pm
Johor Bahru
J. A. Residence Hotel

Details of Venue:

  • Park Avenue Hotel
    E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
    08000 Sungai Petani, Kedah.
    Tel: 04-431 7777
  • Pearl View Hotel
    Jalan Baru, Seberang Prai,
    13700 Butterworth, Penang.
    Tel: 04-398 9888
  • Grand Riverview Hotel
    Jalan Post Office Lama,
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel: 09-743 9988
  • Ming Star Hotel
    217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
    20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
    Tel: 09-622 8666
  • J. A. Residence Hotel
    (Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
    18, Jalan Wong Ah Fook,
    80000 Johor Bahru, Johor.
    Tel: 07-221 3000

Monday, December 7, 2009

Bila Harga Turun?

Saya sering ditanya, bila harga nak turun. Sekarang harga tengah turun. Tapi, masih ada yang bertanya. Bila harga nak turun. Saya tak pasti si penanya tu nak harga turun sampai mana.

Selamat Datang Pn. Rosfarizal Ibrahim

Selamat datang dan tahniah kepada Pn. Rosfarizal Ibrahim yang telah mendaftar sebagai agen dan menyertai rangkaian putremas.com. Kepada anda yang berada di kawasan Pelabuhan Kelang, boleh hubungi beliau. khaizha98@yahoo.com / 019-6677998.

Pembukaan Pasaran 7/12/2009

Pasaran dibuka agak rendah. Ini memberi peluang kepada pelabur untuk menambah aset masing-masing. Ini mungkin kesan kelansungan pengambilan untung dari minggu lepas. Namun begitu, saya menjangkakan harga mungkin akan naik semula pada lewat petang. Mari kita sama-sama saksikan ke mana pergerakan emas pada minggu ini.

Sunday, December 6, 2009

Peluang

1. Orang yang bijak mencipta peluang.
2. Orang yang pandai tidak melepaskan peluang.
3. Orang yang bodoh melepaskan peluang.

Di mana kita?

Keperluan Untuk Menjadi Agen

1. Modal - Dikemaskini oleh saya di sebelah kiri blog.
2. Nama Penuh
3. Alamat
3. No. Kad Pengenalan
4. Emel
5. No. Telefon
6. Bank dan No. Akaun

Perkara No. 1 - Jika mempunyai masalah boleh hubungi saya untuk berbincang kaedah yang boleh digunakan untuk mencapai modal tersebut.

Perkara No. 2 - 6. - Jika telah cukup modal. Hubungi saya melalui telefon: 012-9883445 atau emel: putremas@ymail.com dengan memaklumkan kesemua perkara tersebut. Saya akan uruskan pendaftaran anda. Perkara No. 2 - 6 diperlukan untuk rekod pihak Public Gold dan tujuan pembayaran komisen.

Saturday, December 5, 2009

Penutupan Harga Rendah 5/12/2009

Pasaran harga emas ditutup rendah pada aras USD1160/oz. Keadaan ini amat membimbangkan pelabur andaikata harga akan terus turun. Apa yang perlu anda tahu bahawa emas ialah suatu komoditi. Selagi mana ada permintaan dan penawaran, selagi itu pasaran akan tidak akan ditutup. Harga emas turun mungkin terdapat beberapa sebab yang tersendiri. Namun, untuk jangka masa panjang, harga emas akan tetap meningkat.

Ingat! Pelaburan emas ialah pelaburan portfolio jangka masa panjang.

Friday, December 4, 2009

Harga Emas 4/12/2009

Harga emas pagi ini sedikit menurun. Ini mungkin berikutan aktivit pengambilan untung. Sekarang antara masa terbaik untuk membeli emas. Saya menjangkakan harga akan ditutup tinggi pada lewat petang.

Bertindak sebelum terlambat.

Thursday, December 3, 2009

Tawaran Istimewa - Perkhidmatan Simpanan Peti Besi

Saya ingin menawarkan perkhidmatan simpanan peti besi PERCUMA untuk mereka yang berminat.

Untuk pembeli - minima jumlah belian 100gm tidak kira jenis.

Untuk rangkaian putremas - tiada had minima.

Peti besi ini hanya boleh diakses oleh saya sahaja dan diinsuran sebanyak RM100k. Namun, saya tidak dapat memberi sebarang jaminan keselamatan atas emas yang disimpan. Saya sekadar ingin membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya.

Pilihan Ar-Rahnu

Saya mendengar khabar Ar-Rahnu Bank Rakyat tak lagi terima emas dalam bentuk coin, wafer, bar, bullion. Jadi untuk kepastian saya hubungi sendiri Bank Rakyat pagi ini. Bank Rakyat disahkan tidak lagi terima emas selain barang kemas untuk dipajak atas arahan pihak pengurusan atasan berkuatkuasa serta-merta. Arahan ini tidak menyatakan bila tempoh berakhir.

Sebagai alternatif,

Anda boleh pajak emas di Ar-Rahnu UNIKEB. Saya dah cuba bulan lepas dengan seorang pelanggan saya. Pagi tadi, saya hubungi untuk sahkan sekali lagi. Pegawai tersebut meyakinkan saya yang mereka masih menerima apa jua bentuk emas. Apa yang penting... asalkan emas. Untuk pemilik emas Public Gold, anda hanya perlu membawa emas dan sijil ketulenan.

Maklumat lanjut, boleh hubungi terus ke Ar-Rahnu UNIKEB 03-89214038 atau saya.

Semoga membantu.

Harga Emas Naik Lagi

Harga emas memang membuatkan ramai orang menjadi tidak tentu arah. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Semua tak kena. Apa taknya, sekejap tengok harga lain, kejap lagi harga lain. Kalau makin turun takpe, ni asyik naik je.

Itulah senario harga emas sekarang. Harga emas akan terus meningkat sehingga akhir tahun ini. Jadi, cepat-cepat simpan emas. Mulakan dengan 1 dinar.

Wednesday, December 2, 2009

Selamat Tiba di Putrajaya

Alhamdulillah, saya telah selamat tiba di Putrajaya. Walaupun masih belum puas bercuti di kampung, saya terpaksa kembali kerana takut banjir gelombang ketiga. Tak pasal-pasal tak dapat balik terus. Saya masih lagi bercuti. Bagi sesiapa yang ingin berjumpa, boleh hubungi saya. Harga emas tengah naik. Sasaran seterusnya USD1300/oz.

Siapa cepat, dia dapat.
Siapa lewat, dia terkulat.

Tuesday, December 1, 2009

Dinar Kelantan Telah Dijual

Dinar Kelantan milik saya telah habis dijual pagi tadi. Bagi yang berminat untuk mendapatkan dinar Kelantan, saya boleh tolong belikan. Tapi kena bank-in duit dululah. Jika berminat, hubungi saya. Insya Allah, esok saya akan bertolak ke Putrajaya jika tidak ada aral melintang.

p/s: Stok 20gm Public Gold dan 1 dinar Public Dinar masih ada.

Masih di Kampung

Alhamdulillah, hari ini dapat akses broadband. Tapi kena ke bandar la sikit. Keadaan di sini, hujan renyai-renyai, kadangkala lebat tetapi berterusan. Kalau berlaku berlarutan 2-3 hari lagi, kemungkinan banjir kali ketiga akan berlaku.

Sekian info dari Rantau Panjang, Kelantan.

p/s: Stok 20gm dan 1 dinar masih ada. Hubungi saya bagi yang berminat.

Monday, November 30, 2009

Dinar Kelantan Untuk Dijual

Saya ada miliki 2 keping dinar kelantan. Bagi yang berminat, boleh hubungi saya. Maaf kerana tidak update blog beberapa ini kerana tiada kemudahan internet. Takde broadband coverage. Ni pun tumpang wifi free. Saya masih lagi berada di kampung. Saya akan pulang ke Putrajaya setelah urusan di kampung selesai. Bagi pembaca yang berada di Kelantan yang ingin berjumpa saya, boleh hubungi untuk temu janji. Stok 20gm dan 1 dinar masih ada.

Ibadah Korban

Alhamdulillah. Tahun ini kita masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk melakukan ibadah korban. Banyak peristiwa menarik berlaku, lembu terlepaslah, lembu sondol orang lah. Namun yang penting, ibadah tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Bagi jemaah haji, saya doakan semoga memperolehi haji yang mabrur atau sekurang-kurangnya yang makbul. Semoga Allah s.w.t akan melimpahkan rezeki yang murah kepada kita supaya dapat meneruskan ibadah korban pada tahun hadapan.

Thursday, November 26, 2009

Pergerakan Emas 26/11/2009

Pergerakan emas kini sukar dijangka. Kenaikan harga emas USD10/oz setiap hari. Dijangka harga emas pada penutup pasaran minggu ini di aras USD1200/oz. Jika trend ini berterusan, harga emas tidak mustahil untuk mencapai aras USD1500/oz pada hujung tahun ini. Ini disebabkan beberapa faktor luar biasa yang mendorong pergerakan harga emas yang agresif. Nasihat saya, beli je emas bila ada duit. Jangan tangguh-tangguh, nanti putih mata. Saya sendiri sudah beberapa kali dikecewakan oleh harga emas akibat menunggu harga turun punya pasal.

Tuesday, November 24, 2009

Pulang Ke Kampung

Saya akan pulang ke kampung untuk berhari raya di Rantau Panjang, Kelantan bermula 26/11/2009 sehingga 6/12/2009. Bagi mereka yang ingin berjumpa saya di Kelantan boleh hubungi saya untuk temu janji. Jika terdapat di kalangan anda yang ingin membeli emas boleh hubungi rangkaian saya selama saya berada di kampung.

p/s: Saya je yang cuti, perniagaan tak cuti. 24 x 7 kecuali waktu solat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog yang beragama Islam. Jadikan dinar sebagai hadiah hari raya Aidil Adha tahun ini atau membeli bahagian korban.

Monday, November 23, 2009

Harga Naik Lagi

Hampir dua hari tak tengok pergerakan harga, hari ini bila tengok, bidaan sesaat paling tinggi USD1160/oz. Jangkaan pasaran untuk capai USD1200/oz pada akhir tahun mungkin tidak mustahil.

Friday, November 20, 2009

Desa Pinggiran Putra

Pada hujung minggu ini saya akan bermukim di surau di Desa Pinggiran Putra, Kajang berhampiran Putrajaya. Bagi yang ingin membeli atau menjual, boleh hubungi saya atau rangkaian saya. Insya Allah, kami sedia membantu anda.

Belilah emas untuk masa depan anda.

Tuesday, November 17, 2009

Kisah 3: Ar-Rahnu UNIKEB

Selepas bermesyuarat seketika, Allah s.w.t mengilhamkan pada kami untuk untuk mencuba nasib di Ar-Rahnu UNIKEB.

Alhamdulillah. Hasil mesyuarat membawa berkat dan hikmah yang tersendiri.

Kisah bermula...

'Sini terima jongkong dan dinar?', tanya saya.
'Terima', jawab pegawai bertugas.
'Emas Public Gold?', tanya saya lagi.
'Terima asalkan emas tulen dan ada sijil', jawab pegawai tu lagi.

Alhamdulillah.

Setelah tanya perkara yang perlu. Kami teruskan proses gadaian. Kami kemudiannya membuat keputusan untuk mempromosikan Ar-Rahnu UNIKEB ni di blog. Ringkasan mengenai Ar-Rahnu UNIKEB seperti di bawah.

Ar-Rahnu UNIKEB
------------------------

Kepunyaan Koperasi UNIKEB
Upah simpan RM0.80 bagi setiap RM100.00 nilai marhun. (0.8%)
Maksimum pinjaman 60% atau maksima RM5,000.00 atas satu resit.
Tempoh gadaian 6 bulan dan lanjutan tidak melebihi 6 bulan.

Keperluan:

Bawa kad pengenalan dan salinan.
Bawa emas dan sijil ketulenan.

Caj:

Pendaftaran kali pertama RM10.00
Caj gadaian bagi setiap kali gadaian RM1.00

Waktu urusan:

Isnin - Khamis 9.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat 9.00 pagi - 12.15 tengahari dan 2.45 petang - 5.00 petang

Keistimewaan:

Emas anda diinsurankan.
Sijil ketulenan dipegang oleh penggadai.
Tidak perlu sebarang resit atau bukti pembelian.
Hanya perlu membawa emas, sijil ketulenan emas dan kad pengenalan sahaja.

Kekurangan:

Nilai pinjaman - 60% atau maksima RM5,000 dalam satu resit.
Upah simpan - 0.8%
Nilai emas semasa dinilai rendah - supaya penggadai akan dapat lebihan wang jika lelongan dilakukan disebabkan tidak dapat menebus emas yang digadai.
Marilah kita sama-sama membantu dan memajukan Ar-Rahnu UNIKEB.

p/s: Dah 6 tahun buka, sekarang baru tahu. Nampak sangat selama ni tak amik tahu.

Kisah 2: Ar-Rahnu Bank Rakyat

Selepas semalam pulang dengan kecewa, kami tabahkan hati pada hari ini untuk mencuba nasib sekali lagi.

Bank Rakyat A - Masih sistem offline.

Kami bermesyuarat sebentar dan ambil keputusan ke Bank Rakyat C

Bank Rakyat C - Sistem offline juga.

Kami bermesyuarat sekali dan akhirnya Allah s.w.t telah memberi jalan kepada kami. Sesungguhnya, dalam mesyuarat itu pasti ada keberkatan.

Pelik Tapi Benar

Sistem pinjaman berasaskan riba diperkenalkan oleh orang Yahudi. Tetapi, mereka sendiri berurusan tidak pernah mengenakan riba.

Pelik bukan.

Dinar Emas : Senjata Baru Umat Islam

Artikel yang menarik yang mampu membuka mata khususnya bagi umat Islam. Semoga penggunaan dinar akan diangkat seperti mana di zaman kegemilangan Islam terdahulu.

"ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan"

"Umat Islam mesti berusaha supaya dinar emas dijadikan wang perdagangan dan digunakan di kalangan umat Islam. Kita tidak perlu risau tentang sistem kapitalis kerana sistem ini telah rosak dan akan hancur dengan sendirinya. Senjata kekuatan kufur ialah melalui sistem kewangan yang berteraskan riba, manakala senjata umat Islam ialah dinar emas tanpa riba. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan sebenar bagi umat Islam. Oleh itu sama-samalah kita berusaha supaya umat Islam memiliki dinar emas."

Artikel lanjut boleh dibaca di sini.

Ihsan: www.jutawanduniaemas.com

Monday, November 16, 2009

Karenah Ar-Rahnu Bank Rakyat

Hari ini (16/11/2009), saya bersama-sama pembeli saya pergi ke Bank Rakyat untuk pajak emas yang baru beliau beli.

Bank Rakyat A.

'Saya nak buat urusan Ar-Rahnu', kata saya kepada pengawal yang bertugas.
'Maaf, sistem Ar-Rahnu offline. Encik boleh pergi ke Bank Rakyat B', kata pengawal tersebut.

Bank Rakyat B.

'Saya nak buat urusan Ar-Rahnu', kata saya kepada pengawal yang bertugas.
'Encik nak pajak emas apa?', tanya pengawal.
'Saya nak pajak jongkong', jawab saya.
'Encik, kami hanya terima jongkong ada tanda BNM sahaja. Selain tu, tak terima. Semalam ada orang nak pajak tapi tak dapat', beritahu pengawal.
'Tak apalah, kami cuba dulu', jawab saya.

Kemudian kami menuju ke bilik Ar-Rahnu.

'Saya nak pajak jongkong', kata saya.
'Encik nak pajak jongkong apa? Kami hanya terima jongkong BNM sahaja', kata pegawai bank.
'Jongkong Public Gold. Syarikat ini ada kebenaran BNM untuk jual/beli jongkong', jawab saya.
'Syarikat apa tu encik. Ada surat?', tanya pegawai bank.
'Surat BNM ada dengan syarikat la. Kalau saya bawa surat kebenaran BNM, boleh pajak?', tanya saya.
'Nanti saya cuba majukan kepada pihak pengurusan. Minta maaf, saya tak boleh terima jongkong ini', ujar pegawai tu lagi.

Kemudian kami beredar sambil mengumpat bank dengan pegawai bank sekali.

Sunday, November 15, 2009

Modal Agen dan Master Agen

Semasa menghadiri seminar petang tadi (15/11/2009), saya dimaklumkan bahawa modal untuk menjadi agen telah meningkat. Bukan sedikit, tetapi banyak sehingga nak telan air liur pun tersangkut. Jadi bagi yang memasang hasrat untuk menjadi agen, cepat buat keputusan dan ambil tindakan sebelum modal lebih meningkat. Mereka yang berminat untuk sertai rangkaian putremas.com sebagai agen, anda dialu-alukan. Di bawah ini saya letakkan jadual modal yang sah pada masa artikel ini ditulis.

Nota: Tarikh 09/10/2009 ialah tarikh semasa saya menyertai Public Gold sebagai agen. Bagi yang berminat untuk menjadi agen tetapi modal masih belum mencukupi boleh hubungi saya untuk mendapatkan kaedah dan tips bagi mengumpul modal.

Sertai Rangkaian Putremas.com

Sesiapa yang berminat untuk sertai rangkaian perniagaan emas putremas.com sebagai agen boleh hubungi saya. Saya sekarang dalam perancangan untuk melebarkan dan meluaskan rangkaian perniagaan emas saya.

Kelebihan menyertai rangkaian putremas.com sebagai agen:

1. Tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu perniagaan emas.
2. Kaedah dan cara mempromosi perniagaan.
3. Kaedah dan cara membuat pusingan modal.
4. Cara membuat blog.
5. Emel nama@putremas.com.
6. Template kad bisnes.
7. Lain-lain kemudahan yang akan dikemasikini dari semasa ke semasa.

Semua akan diberi PERCUMA.

INGAT!

Kalau saya boleh berjaya, anda juga mampu berjaya.
Untuk berjaya, perlu ikut orang yang telah berjaya.
Untuk berjaya, perlu guna sistem yang telah berjaya.
Untuk berjaya, perlu ada usaha dan niat untuk berjaya.

Seminar on 15th Nov 2009

Gold investment seminar.

Date: 15th November 2009 (Sunday)
Time: 4-6 pm
Venue: Public Gold Sunway Branch.

Insya Allah, I'll be there. See you there.

Seminar 15 Nov 2009

Seminar pelaburan emas.

Tarikh: 15 Nov 2009 (Ahad)
Masa: 4-6petang
Tempat: Cawangan Public Gold, Bandar Sunway.

Insya Allah saya juga akan hadir. Kita jumpa di sana.

Saturday, November 14, 2009

Pasaran Ditutup Pada Harga Yang Kukuh

Terdapat berlakunya sedikit kejatuhan harga emas hari terakhir sebelum pasaran ditutup iaitu harga berlegar sekitar USD1100-1110/oz. Namun, harga sempat kembali mengukuh sebelum pasaran ditutup iaitu pada aras USD1120/oz.

Friday, November 13, 2009

Penambahbaikan Blog

Salam semua,

Saya telah menambahbaik blog ini dengan kemudahan 'auto-refresh' setiap 5 minit supaya membantu pembaca yang membaca blog saya untuk dapat melihat harga terkini tanpa perlu 'refresh' halaman. Saya juga telah letakkan sudut berita terkini untuk saya 'update' sebarang perkembangan di sudut atas kiri blog. Semoga dapat membantu para pembaca dalam dunia pelaburan emas.

-Friday is always holiday-

Thursday, November 12, 2009

Mencapai Aras USD1120/oz

Terkejut. Amat terkejut. Saya sendiri tidak menjangka ini akan berlaku. Jangkaan saya harga akan turun sebelum naik semula, malangnya tidak berlaku.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.

Fenomena ini didorong oleh kesedaran dunia tentang peri pentingnya menyimpan emas. Jadi, jangan bertangguh. Buat keputusan segera sebelum harga naik lagi. Bertindak sebelum terlambat.

-Simpan emas hari ini, hari esok dapat hasilnya-

Mengapa Orang Melayu Dahulu Suka Menyimpan Emas

Artikel yang agak menarik untuk dibaca sebagai renungan. emaskini.com

Renung-renungkan, fikir-fikirkan.

Buat Blog-Promosi Untuk Agen Public Fine Gold

Bagi agen yang masih belum mempunyai bolg dan memerlukan bantuan, boleh berhubung dengan En. Sabri Ahmad, emaskini.com.

Semoga mendapat manfaat.

Wednesday, November 11, 2009

Jangkaan Meleset

Saya menjangkakan pergerakan harga tidak dapat bertahan pada aras USD1110/oz tanpa pembetulan tetapi jangkaan saya meleset sekali. Harga telah diniagakan melebihi aras USD1110/oz pada lewat petang ini dan menghampiri USD1120/oz. Bagi yang ingin 'lock' harga pada masa harga turun sila emel pada saya untuk saya update anda.

-Maaf atas jangkaan yang salah. Kita manusia sering tersilap-

Mencari Arah

Semalam kita lihat ada sedikit penurunan harga. Hari ni, harga naik kembali. Harga emas masih mencari-cari arah untuk naik lebih tinggi. Kemungkinan pembetulan akan berlaku. Buat masa ini, harga emas tidak mampu bertahan pada aras USD1110/oz untuk jangka masa yang lama. Pembetulan harus dilakukan supaya harga dapat naik ke aras USD1150/oz. Jadi bagi pelabur / bakal pelabur, sentiasa semak harga terkini. 'Lock' harga bila harga sesuai. Cepat sebelum terlambat.

-Harga emas berlalu tanpa menunggu kita-

Tuesday, November 10, 2009

Harga Melegakan

Pagi ini didapati harga emas dunia agak menurun sedikit. Mungkin terdapat aktiviti mengambil untung atau pembetulan sebelum naik ke aras lebih tinggi. Bagi para pelabur / bakal pelabur, boleh mula mengumpul modal dan mengatur strategi apabila masa yang sesuai telah tiba.

-Bertindak sebelum terlambat-

Monday, November 9, 2009

Harga Emas Melonjak-lonjak

Pasaran emas hari ini dibuka atas paras USD1095/oz dan telah mencecah USD1100/oz sebelum jatuh semula sedikit. Ramai pelabur / bakal pelabur mengambil langkah tunggu dan lihat ke mana pergerakan harga seterusnya. Harga emas diramal akan menuju ke aras USD1200/oz pada penghujung tahun ini. Namun diharapkan akan terdapat sedikit penurunan sebelum mencapai aras tersebut.

Mari kita sama-sama lihat pergerakan harga untuk minggu ini. Bagi pelabur / bakal pelabur, boleh mula mengumpul modal supaya dapat merebut peluang jika terdapat penurunan harga berlaku.

Kalau nak tunggu harga emas benar-benar jatuh seperti masa 1997, RM30/gm memang susah. Bukan mustahil tapi kebenarannya amat jauh.

-Sediakan payung sebelum hujan-

Sunday, November 8, 2009

Kelas Pelaburan Emas 8 Nov 2009

Untuk makluman, hari ini ada satu lagi kelas pelaburan emas akan diadakan. Dijemput yang berkelapangan untuk mengambil peluang ini. Rebut peluang sebelum peluang pergi.

Tarikh: 8 November 2009 (Ahad)
Masa: 4 - 6 petang
Tempat: Cawangan Public Gold, Bandar Sunway.

Saya turut berada di sana. Jumpa di sana.

Yang bulat tak datang bergolek
Yang pipih tak datang melayang

Saturday, November 7, 2009

Cecah USD1100/oz

Pasaran harga emas dunia ditutup pada harga USD1095.7/oz pada 6 Nov 2009. Dalam jam terakhir, harga emas sempat mencecah melebihi USD1101/oz. Ini satu petanda kemungkinan harga akan berlegar disekitar USD1100/oz (+/-) USD10 - USD20 pada minggu hadapan. Keadaan ini dijangka bergerak dan bertahan untuk jangkamasa 2 - 3 minggu sebelum kita dapat melihat sebarang pemulihan.

Laporan dan artikel terkini banyak menunjukkan bahawa arah harga emas akan menuju USD1200/oz pada akhir tahun ini. Jadi bagi pelabur dan bakal pelabur, bersiap sedia untuk sebarang perubahan harga bagi tempoh 2 bulan ini.

Jika tuan/puan ingin dapatkan nasihat, boleh hubungi saya. Temujanji boleh diaturkan. Bagi yang ingin beli, stok masih ada.

- Harga emas bergerak sepantas angin membadai -

Friday, November 6, 2009

Tiada Bonus - Petanda Baik

Pasti ramai yang tak bersetuju dengan saya. Artikel ini tidak bermaksud untuk menyentuh mana-mana individu. Sesuatu itu dipandang positif jika kita ingin lihat dari sudut positif. Begitulah juga sebaliknya.

Tiada bonus. Petanda apa?

- ekonomi tidak baik
- kemorosotan ekonomi

Implikasi

- harga barang naik
- inflasi naik
- nilai mata wang merosot
- pelabur beralih pada komoditi
- HARGA KOMODITI NAIK

Kebaikan bagi pelabur emas

- HARGA EMAS AKAN NAIK

p/s: Siapa pernah sangka harga emas boleh cecah USD1100/oz. jangkaan tahun hadapan USD2000 - 3000/oz. Jadi apa tindakan anda. Buat keputusan yang bijak.

- Nak beli emas, cari saya. Tak tahu bagaimana nak mula, cari saya. Tak faham, cari saya. Insya Allah saya cuba bantu yang terbaik.

Thursday, November 5, 2009

Penurunan Harga Emas

Semalam kita lihat harga emas hampir mencecah USD1100/oz. Hari ini harga agak menurun sedikit ke aras USD1080/oz. Ini mungkin kerana berlakunya aktiviti pengambilan keuntungan oleh pelabur. Jadi yang baru nak beli emas, boleh bersedia dan berkira-kira sebelum harga naik semula. Kebanyakan peramal menjangkakan harga akan naik sehingga ke aras USD1200/oz selepas ini.

Nak beli emas, hubungi saya.

-Pelaburan emas, pelaburan menguntungkan-

Wednesday, November 4, 2009

Emas - Pelaburan Yang Tidak Mengecewakan

Kalau tengok graf November ni mesti ada yang sakit jantung. Asyik naik je. Pelaburan emas memang menguntungkan dan tidak mengecewakan.

Bagi yang dah beli awal-awal, tahniah. Anda sekarang boleh berehat, bersandar di atas kerusi di laman menghirup kopi panas sambil tengok graf. Anda sudah boleh tersenyum dengan pelaburan yang dibuat. Kalau dah capai sasaran, boleh fikir-fikir untuk jual. Kalau nak peram lagi bagi naik pun ok.

Bagi yang belum dan ingin menunggu waktu sesuai tapi tidak tahu, boleh hubungi saya. Saya boleh bantu anda. Kepada setiap pengemel saya, saya akan update sebarang perkembangan terkini kepada anda.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Harga Mencanak ke USD1080/ounce

Sebelum tidur, sempat tengok harga semasa emas dunia. Pada 4/11/09 jam 12.00am, harga emas ialah USD1080/ounce. Pergh... mau terbeliak biji mata. Pagi hari tu terbeliak harga turun, malam ni terbeliak mata harga naik. Untunglah bagi sesiapa yang telah membeli emas. Bagi yang belum memiliki emas, cepat-cepat beli bila harga turun.

p/s: Harga emas naik & turun tanpa menunggu kita.

Tuesday, November 3, 2009

Pinjaman MBSB Untuk Warga Putrajaya

Hari ni turun kafe tengok ade orang dari MBSB buat promosi pinjaman peribadi serendah 4.9% selama 15 tahun khusus bagi warga Putrajaya. Ini peluang baik untuk tambah stok emas. Saya tengah berkira-kira dan bercadang untuk buat pinjaman untuk beli emas. Dapat 1/2 kilo... layannn...

Harga Emas Minggu Pertama November 2009

Semalam kita menyaksikan pembukaan harga pada USD1043/ounce. Harga emas terus meningkat ke paras USD1050/ounce menjelang petang. Pagi 3/11/09, jam 9.00 pagi, harga berada pada paras USD1060/ounce. Dijangkakan pada minggu ini, harga berlegar antara USD1050/ounce - USD1070/ounce. Jika nak beli, tunggu masa harga pada paras USD1050/ounce. Harga mungkin turun dari paras USD1050/ounce, tapi bila, hanya masa yang menentukan. Nak tunggu harga turun kena sabar seperti mana nak tunggu harga naik.

-Belilah emas sebelum terlambat-

Sunday, November 1, 2009

Pergerakan emas November 2009

Saya menjangkakan pergerakan harga emas akan menaik pada November ini. Harga emas akan berlegar di sekitar USD1050/ounce. Namun, setakat mana kepastiannya, kita sama-sama saksikan. Tiada siapa yang tahu tentang masa hadapan melainkan Allah s.w.t. jua.

- Simpanlah emas untuk memelihara kekayaan yang dimiliki -

Nota: Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan ilmu dan pengalaman. Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa tindakan yang diambil oleh pembaca berdasarkan tulisan ini.