Pages

Sunday, January 3, 2010

2010: Mari Menabung Emas

Antara perkara yang disarankan oleh pakar kewangan bagi mereka yang menginginkan kekayaan ialah menabung. Kita juga sejak dari kecil dididik dan diasuh untuk menabung. Kini, masa dan zaman sudah berubah. Menabung wang adalah bagus. Namun tidak menguntungkan. Tabungan yang baik ialah dengan emas.

Marilah kita sama-sama mulakan tahun baru dengan azam baru iaitu bertukar dari menabung wang ke menabung emas. Insya Allah, lama-kelamaan anda akan dapat melihat manfaatnya.

Sehari selembar benang,
Lama-lama menjadi kain.

Sikit-sikit,
Lama-lama jadi bukit.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Sebulan sekeping emas,
Lama-lama seguni emas.

Selamat menabung emas dari putremas.

No comments:

Post a Comment