Pages

Tuesday, January 12, 2010

Kenaikan USD20/oz Sehari

Semalam kita menyaksikan kenaikan harga emas dunia sekitar USD20/oz sehari. Keadaan ini mengulangi situasi kenaikan harga emas semasa pertengahan Oktober 2009 sehingga awal Disember 2009.

Jika ini merupakan petanda trend yang sama, maka jangkaan harga emas akan melonjak tinggi adalah tidak mustahil.

Perkiraan kasar:

Okt - Dis : USD1030/oz - USD1225/oz = USD195

Jangkaan kasar:

Jan - Mac : USD1130/oz + USD195 = USD1325/oz

Ini ialah perkiraan / jangkaan kasar andaikata situasi sama berulang. Namun kesahihannya tidak dapat dibuktikan dan disahkan kerana pergerakan harga e,as dipengaruhi oleh banyak faktor.

Artikel ini hanya sekadar sebagai perbandingan. Saya sendiri tidak pasti apa yang bakal berlaku pada masa depan. Saya hanya mampu membuat jangkaan berdasarkan artikel oleh beberapa pakar dunia yang mana mereka sendiri juga tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Mereka hanya membuat andaian berdasarkan ilmu dan pengalaman sedia ada.

Oleh itu, anda sebagai pemilik emas perlu bijak dalam membuat keputusan. Memilih masa yang sesuai untuk membeli emas. Namun, hakikat yang memang pasti dan tidak dapat disangkal lagi ialah memiliki emas memang memberi keuntungan kepada pemiliknya sejak berzaman.

No comments:

Post a Comment