Pages

Saturday, February 20, 2010

Emas Ketika Cemas

Selama hampir 4 bulan berniaga emas, saya dah temui 4 kes yang mana emas dapat membantu dengan izin Allah s.wt. sewaktu kecemasan termasuk diri saya sendiri.

Kalau simpan duit mungkin cepat habis. Lagi-lagi simpan di bank yang ada kad ATM. Pantang ada banyak sikit duit, tangan dan kaki mulalah gatal bergayut depan mesin ATM. Tetiba rasa macam banyak je barang keperluan yang nak dibeli. Iyalah, bila duit dah banyak kehendak dan keperluan dah tak boleh nak beza.

Kalau simpan emas mungkin susah nak luak. Emas bukan ubat gegat boleh terpeluap. Emas bukan makanan ada tarikh luput. Emas belum lagi diterima sebagai duit. Nak guna hanya dengan cara jual semula atau pajak. Tapi inilah yang menyusahkan. Yelah, nak jual sayang, nak pajak pun sayang. Jadi simpan jelah. Kot-kot harga naik nanti dapat untung banyak lagi. Hakikatnya, inilah kekayaan yang sebenar. Kekayaan yang dapat membantu kita dengan izin Allah s.w.t. semasa susah. Bila kecemasan perlukan duit, cari sahaja mana-mana agen atau individu yang sedia untuk beli. Jual emas, dapat duit. Selesaikan masalah.

Jadi, bagi anda yang masih belum menyimpan emas. Bolehlah berjinak-jinak dan memulakan simpanan emas anda. Biar sikit, lama-lama jadi bukit emas. Tirulah negeri Kelantan, pasir pun ditukarnya jadi emas.

3 comments:

  1. Koho biso lo ni promosi demo....hebat.

    ReplyDelete
  2. Promosi huduh2. Niat kito nak bagi kesedaran.

    ReplyDelete
  3. ganah demo

    pasir emas

    jala emas

    bUKIT EMAS

    KASUT EMAS

    PAYUNG EMAS

    APA LAGI EKKK

    SAMBUNG

    ReplyDelete