Pages

Saturday, March 20, 2010

Harimau Emas

Tengahari tadi bersiar-siar ke Tesco Ampang untuk membeli-belah barangan dapur sambil menghantar 2 x 1 dinar pelanggan. X tahu pulak hari sabtu Tesco x sediakan plastik beg. Terpaksalah bawak barangan tu dengan tangan je. Nasib baik x borong banyak, dalam RM100 je.

Sebelum membeli-belah sempat singgah 2 buah kedai emas. Tengok promosi kalau ada.

Kedai 1:

Promosi emas putih. Emas putih 14k dan 8k. Harga mak aih, bisa mengeluarkan biji mata. Tapi bila nak jual balik, harga jatuh gila-gila.

Kedai 2:

Promosi jongkong emas ukiran harimau sempena tahun harimau mengikut kalendar Cina. Berat lebih kurang 20gm. Beli satu jongkong emas dapat satu jongkong perak. Kira satu set la. Harga, fuh... bukan takat keluar biji mata, kepala lutut pun gigil. RM2988. Harga jongkong emas Public Gold dengan berat yang sama baru RM2620. Jimat RM359. Kualiti sama je. Ukiran je berbeza.

Kesimpulan:

Nak beli emas ni pun kena bijak. Biar menang membeli dan berpatutan. Kenapa perlu bayar lebih jika ada yang lagi murah dengan kualiti yang sama.

No comments:

Post a Comment