Untuk membolehkan Anda mendaftar Haji dengan Tabung Haji ialah dengan membuka buku akaun Tabung Haji. Nilai minima untuk daftar hanya RM1300 sahaja. Perbelanjaan pada tahun ini hanya RM9980 atau 20 dinar sahaja. 20 tahun akan datang, belum tahu berapa nilainya. Bila sudah daftar, kita hanya perlu tunggu surat tawaran daripada pihak Tabung Haji. Oleh kerana masa masih panjang, menyimpan duit adalah tindakan kurang bagus kerana duit susut nilai berkadar masa. Jadi, anda perlu mencari sesuatu yang mana nilainya bertambah berkadar masa. Salah satu darinya ialah EMAS.
5 dinar lebih kurang RM2500 harga semasa
10 dinar lebih kurang RM5000 harga semasa
Jika telah daftar Haji dengan RM1300 dan memiliki 5 dinar dan 10 dinar, anda telah memiliki lebih kurang RM8800. Hanya perlu tambah RM1180, maka anda telah sedia untuk menunaikan Haji.
Jika anda memiliki emas sebanyak ini iaitu hampir RM19500, anda telah boleh pergi menunaikan Haji bersama pasangan anda.
Jika anda memiliki tambahan sebanyak ini dan lain-lain sumber, insya anda dan seluruh keluarga boleh menunaikan Haji bersama.
Cara mengumpul dana Haji secara berdikit-dikit menggunakan emas:
1. Kumpul RM1300 untuk daftar Haji.
2. Masa yang ada untuk menyediakan dana. 20 tahun x 12 bulan = 240 bulan.
3. Apa yang perlu dilakukan ialah sediakan sedikit dari duit gaji untuk beli 1 dinar setiap bulan. Dalam tempoh 240 bulan, anda telah miliki 240 dinar iaitu lebih kurang RM120,000 pada masa kini. Jumlah ini sudah cukup untuk menampung perbelanjaan satu keluarga untuk menunaikan Haji dengan hanya anda seorang sahaja yang menyimpan.
Dalam tempoh 20 tahun:
1. RM120,000 akan susut nilai dan mungkin menjadi separuh kerana faktor inflasi.
2. 240 dinar akan menjadi lebih dari RM120,000 kerana kenaikan harga emas.
Ingin menyimpan dinar untuk simpanan Haji, boleh hubungi saya.
No comments:
Post a Comment