Pages

Sunday, December 20, 2009

1 Muharram - Permulaan Pengiraan Haul Zakat

Saya berharap artikel ini masih belum terlewat untuk ditulis. Alhamdulillah, Allah s.w.t. masih memanjangkan umur kita untuk sama-sama melangkah ke tahun baru. Sebut sahaja tahun baru, apa yang sering terlintas di fikiran ialah azam tahun baru dan azam tahun lepas yang belum tertunai.

Alhamdulillah, kini telah ramai umat Islam yang kembali sedar dan mula mengamalkan kembali ajaran Islam dengan sempurna. Ini termasuklah ibadah zakat. Ramai di antara kita kadang-kadang terlupa atau terleka untuk menetapkan tarikh permulaan pengiraan zakat sehinggalah masa berlalu.

Jadi, saya ingin menyarankan para pembaca untuk sama-sama mengambil tarikh 1 Muharram ini sebagai permulaan pengiraan haul zakat bagi setiap pendapatan dan rezeki yang kita miliki. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan diterima oleh Allah s.w.t.

Amin.

1 comment:

  1. Betul tuan,
    disamping kita mengejar kesenangan hidup jgn kita lupa tuntutan agama. Marilah berzakat.

    ReplyDelete