Pages

Saturday, December 19, 2009

Malu Bertanya Sesat Jalan

Telah menjadi suatu budaya / adat di Malaysia ini, rakyatnya malu untuk bertanya sehinggakan wujudnya pepatah tersebut. Sejak di bangku sekolah kita diajar untuk menelan bulat-bulat apa yang dipelajari. Sindrom ini bila telah menjadi tabiat akan memberi kesan yang buruk pada jangka masa panjang.

Dalam Islam sendiri kita diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk bertanya jika kita tidak mengetahui.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya." (Surah An-Nahl: ayat 43)

Ayat ini mengingatkan saya ketika di bangku sekolah. Ustaz saya bercerita (lebih kurang ceritanya) :

Suatu hari semasa menghadiri kuliah agama, seorang muallaf telah bertanya kepada gurunya, "Ustaz, tuan mengatakan bahawa Al-Quran itu sempurna tetapi mengapa Allah s.w.t. tidak menceritakan di dalamnya bagaimana cara untuk membuat roti."

Ustaz tersebut terdiam sebentar, kemudian membacakan ayat tersebut. Ustaz itu mengulas, "Andaikata Allah s.w.t. ingin menceritakan segala-galanya di dalam Al-Quran, maka sudah pasti tidak cukup 30 juzuk. Tetapi Maha Bijaksananya Allah s.w.t. hanya dengan satu firman, maka terjawablah seluruh persoalan."

"Maka jika kamu ingin tahu bagaimana untuk membuat roti, carilah pembuat roti dan bertanyakan kepadanya cara-cara untuk membuat roti."

Maha Bijaksana dan Maha Sempurna Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment