0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Thursday, April 22, 2010

Menguji Ketulenan Emas

Kaedah menguji ketulenan emas home-made video.

Alatan:

1. Penimbang 2 titik perpuluhan. (Boleh dibeli daripada saya. RM100 + RM20 (pos)).
2. Benang.
3. Cawan plastik atau bekas plastik yang telah dipotong.
4. Air
5. Cara pengiraan.
6. Jangan lupa emas anda.



Video ini disediakan oleh En. Shahrul, admin www.jutawanduniaemas.com

Menimbang Emas PG

100.00gm

10 dinar = 42.50gm

5 dinar = 21.25gm

Alhamdulillah, semua ukuran tepat seperti di sijil. Sesiapa yang berminat untuk membeli penimbang ini untuk kegunaan peribadi, boleh hubungi saya 012-9883445.

Harga = RM100
Kos Pos = RM20

Tuesday, April 20, 2010

Haji dan Emas

Alhamdulillah, hari ini saya telah selamat daftar Haji untuk diri saya dan kedu ibu bapa saya. Kami diberi tarikh jangkaan 2032 Masihi. Apa kaitan Haji dan Emas?

Untuk membolehkan Anda mendaftar Haji dengan Tabung Haji ialah dengan membuka buku akaun Tabung Haji. Nilai minima untuk daftar hanya RM1300 sahaja. Perbelanjaan pada tahun ini hanya RM9980 atau 20 dinar sahaja. 20 tahun akan datang, belum tahu berapa nilainya. Bila sudah daftar, kita hanya perlu tunggu surat tawaran daripada pihak Tabung Haji. Oleh kerana masa masih panjang, menyimpan duit adalah tindakan kurang bagus kerana duit susut nilai berkadar masa. Jadi, anda perlu mencari sesuatu yang mana nilainya bertambah berkadar masa. Salah satu darinya ialah EMAS.

5 dinar lebih kurang RM2500 harga semasa

10 dinar lebih kurang RM5000 harga semasa

Jika telah daftar Haji dengan RM1300 dan memiliki 5 dinar dan 10 dinar, anda telah memiliki lebih kurang RM8800. Hanya perlu tambah RM1180, maka anda telah sedia untuk menunaikan Haji.

Jika anda memiliki emas sebanyak ini iaitu hampir RM19500, anda telah boleh pergi menunaikan Haji bersama pasangan anda.


Jika anda memiliki tambahan sebanyak ini dan lain-lain sumber, insya anda dan seluruh keluarga boleh menunaikan Haji bersama.

Cara mengumpul dana Haji secara berdikit-dikit menggunakan emas:

1. Kumpul RM1300 untuk daftar Haji.
2. Masa yang ada untuk menyediakan dana. 20 tahun x 12 bulan = 240 bulan.
3. Apa yang perlu dilakukan ialah sediakan sedikit dari duit gaji untuk beli 1 dinar setiap bulan. Dalam tempoh 240 bulan, anda telah miliki 240 dinar iaitu lebih kurang RM120,000 pada masa kini. Jumlah ini sudah cukup untuk menampung perbelanjaan satu keluarga untuk menunaikan Haji dengan hanya anda seorang sahaja yang menyimpan.

Dalam tempoh 20 tahun:

1. RM120,000 akan susut nilai dan mungkin menjadi separuh kerana faktor inflasi.
2. 240 dinar akan menjadi lebih dari RM120,000 kerana kenaikan harga emas.

Ingin menyimpan dinar untuk simpanan Haji, boleh hubungi saya.

Saturday, April 17, 2010

Sesi Perkongsian Ilmu EMAS 17 April 2010








Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Louis, Cik Li Ching dan Cik Denise yang sudi datang dari Penang untuk memberi sokongan. Terima kasih kepada peserta yang hadir dan anda yang banyak berdoa untuk kejayaan saya menganjurkan sesi perkongsian ilmu ini. Sesungguhnya jasa dan budi tuan/puan tidak mampu untuk saya membalasnya. Semoga Allahu subhanahu wa taala akan memberikan ganjaran yang setimpal kepada tuan/puan.

Thursday, April 15, 2010

Dilema

EMAS mampu membuat orang berada dalam DILEMA.

DILEMA untuk beli atau tidak.

DILEMA untuk jual atau tidak.

DILEMA untuk mula atau tidak.

DILEMA untuk tambah atau tidak.

DILEMA masa terbaik.

DILEMA untuk menunggu.

DILEMA untuk terus menunggu.

DILEMA apabila terlepas.

Banyak lagilah. Kalau nak tulis semua, x cukup satu page. Mudah-mudahan Allah subhanahu wa taala akan mengilhamkan masa terbaik kepada kita untuk mula menyimpan, membeli dan menambah aset EMAS dan PERAK.

Wednesday, April 14, 2010

Bersediakah Kita?

A.M Kitco Metals Roundup: Gold Higher as U.S. Dollar Index Weakens, Crude Oil Rallies

By Jim Wyckoff
14 April 2010, 8:23 a.m.

A weaker U.S. dollar index and higher crude oil prices are supporting fresh buying interest in Comex gold futures Wednesday morning. June gold was last traded up $5.70 an ounce at $1,159.10. Traders viewed Tuesday's price setback as a buying opportunity as the overall technical picture for gold remains fully bullish.

Underlying support for gold continues to come from Greece's sovereign debt situation and the efforts of the European Union to deal with it. While more steps were taken this week to offer financing to Greece, many gold traders remain very skeptical that Greece can ultimately get out from under its huge debt burden without further economic and financial harm to the EU. That is leading to further buying interest in gold as a hedge against European currencies.

In overnight news, a report said first-quarter investment in gold dropped from the year-earlier period, but added that fresh investor demand could drive gold prices to a new all-time high. The U.K. firm GFMS said investor demand for gold will become greater in the coming months. The firm said inflation concerns and worries about European Union debt are the main bullish forces for gold.

The London A.M. gold fix was $1,159.00 versus the previous P.M. fixing of $1,148.25.

Technically, June Comex gold futures bulls have upside near-term technical momentum. Prices hit a fresh four-month high on Monday. Prices are still in a two-month-old uptrend on the daily bar chart. For June gold, shorter-term technical resistance is seen at this week's high of $1,170.70 and then at $1,175.00. Buy stops likely reside just above those levels. Sell stops likely reside just below shorter-term support at the overnight low of $1,151.00 and then at this week's low of $1,145.40. Today's key near-term Fibonacci pivot level for June gold: $1,139.00. From a longer-term perspective, an examination of the monthly continuation chart for nearby Comex gold futures shows a solid longer-term price uptrend remains firmly in place, which suggests that in the coming months, the path of least resistance for the precious yellow metal will remain sideways to higher.

Comex silver futures are also higher in early trading Wednesday. Prices hit a fresh three-month high Monday. The silver bulls have upside near-term technical momentum. May silver last traded up 17.1 cents an ounce at $18.42. May silver finds shorter-term technical resistance at this week's high of $18.604 and then at $18.75. Buy stops likely reside just above those levels. Shorter-term technical support for May silver is located at the overnight low of $18.21 and then at this week's low of $17.955. Sell stops are likely placed just below those levels. Today's key Fibonacci pivot level for May silver futures is located at $17.82.

By Jim Wyckoff, contributing to Kitco News; jim@jimwyckoff.com

Tuesday, April 13, 2010

Miliki 1 Dirham Pada Harga Promosi

Emas dan Perak dicipta oleh Allah sebagai unsur alam yang bernilai yang digemari oleh manusia zaman-berzaman. Kini, kami di RP Gold Trading @ putremas ingin memperkenalkan produk baru kami Dirham Malaysia. Stok yang ada ialah 1 Dirham.

Spesifikasi:

Berat: 2.975gm (~ +-0.05gm)
Ketulenan: 999
Alat pengujian: GK300 Density Meter

Harga Pasaran: RM22

Harga Promosi: RM20

Promosi ini akan berkahir pada bila-bila masa sahaja bergantung pada pergerakan harga perak dunia. Miliki sekarang sebelum terlambat.


Selamat Datang dan Tahniah Kepada En. Faqrul Radzi

Alhamdulillah dan Tahniah kepada En. Faqrul Radzi kerana telah bergelar agen pada tanggal 12 April 2010. Beliau bermula sebagai ahli rangkaian kami. Dengan berkat doa dan hasil usaha beliau, kini telah berjaya bergelar agen. Semoga ini menjadi dorongan kepada beliau untuk terus maju dalam perniagaan emas yang beliau ceburi.

Bagi warga Puchong dan sekitar yang ingin membeli emas, boleh hubungi beliau di 012-5075308.

Bagi yang berminat untuk mengetahui rahsia berjaya dalam perniagaan EMAS dan menyertai kami, boleh hubungi saya.

Thursday, April 8, 2010

Program Tukar EMAS Dengan EMAS

Bagi tuan/puan yang ingin memiliki EMAS Public Gold, namun tidak mempunyai bajet, kami memperkenalkan Program Tukar Barang Kemas Dengan EMAS Public Gold. Kaedah:

1. Nilai barang kemas anda. Jika setuju;
2. Akad jual beli barang kemas tersebut.
3. Akad jual beli emas Public Gold.

Wednesday, April 7, 2010

'Ready Stock'




Jongkong, Dinar dan Dirham. Jom menyimpan sebelum terlambat. Ingin menyimpan atau maklumat lanjut, hubungi saya 012-9883445.

Tuesday, April 6, 2010

Dirhamku Tiba

Alhamdulillah. Dirham yang dipesan telah selamat tiba. Bagi yang berminat boleh hubungi saya. 1 dirham, stok sedia ada.

Harga boleh rujuk di Public Dirham

p/s: Gambar nanti upload. X sempat.

Sunday, April 4, 2010

Seminar di Kelantan

Public Gold,
Tingkat 1, Lot 257,
Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu,
Kelantan.

(Sebelah Public Bank, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu)

Hari

Tarikh

Masa

Lokasi

Isnin

05/04/10

8pm - 10pm

Kota Bharu, Kelantan

Jumaat

09/04/10

8pm - 10pm

Kota Bharu, Kelantan

Isnin

12/04/10

8pm - 10pm

Kota Bharu, Kelantan

Jumaat

16/04/10

8pm - 10pm

Kota Bharu, Kelantan

Untuk tempahan, sila hubungi 012-9883445 / admin@putremas.com. Masuk PERCUMA. Mari sama-sama datang untuk menuntut ilmu.

Saturday, April 3, 2010

Penutup Hujung Minggu Ini


Alhamdulillah. Seperti mana jangkaan sebelum ini, nampaknya harga emas berhenti pada tahap yang agak tinggi dalam jajaran menaik. Petunjuk menunjukkan arah ke atas. Mudah-mudahan harga akan naik lagi agar para penyimpan emas dapat menikmati keuntungan pelaburan mereka.

Jom Beli EMAS!!!

p/s: Hari ini sahaja pesan 5 x 20gm dan 6 x 1 dinar. Takut terlambat bila harga dah naik.

Wednesday, March 31, 2010

Sesi Perkongsian Ilmu EMAS Bersama Putremas

Insya Allah jika diizinkan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala jua maka saya akan mengadakan sesi perkongsian ilmu EMAS bersama anda seperti jadual di bawah:

Tarikh: 3 April 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 1 tengahari
Tempat: Public Gold Cawangan Sunway

Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.

Sunday, March 28, 2010

Analisis Harga Emas Hujung Minggu


TECHNICAL ANALYSIS:

A. PERSAMAAN

1. Penutup harga bagi 3 minggu berturut-turut adalah di aras yang hampir sama iaitu USD1100/oz - USD1110/oz.

B. PERBEZAAN

1. 8/3/10 - 13/03-10 -> Graf bentuk menurun
2. 15/3/10 - 20/3/10 -> Graf bentuk N
3. 22/3/10 - 27/3/10 -> Graf bentuk U

C. PETUNJUK

1. Menunjukkan pergerakan menaik

FUNDAMENTAL ANALYSIS:

1. South Korea Ship Sinks: Gold Rise - Harga emas naik 1.3% (sumber: kitco)
2. Strikes getting underway at Peru's Buenaventura mine - union (sumber: kitco)
3. A second Strike at British Airways (sumber: The New York Times)

SEMBANG2 BERSAMA SIFU EMAS:

1. En. Syukor Hashim (jutawanemas.com) - Harga emas dijangka naik.
2. En. Kharul Nizam (knizambiz.com) - Harga emas dijangka naik.

KESIMPULAN:

1. Secara teorinya, potensi kenaikan harga pada minggu hadapan agak besar.
2. Bagi yang telah menyimpan emas, boleh mula mengintai-intai masa untuk menuai hasil keuntungan.
3. Bagi yang belum menyimpan emas, harga sekarang agak sesuai untuk menambah aset emas.

p/s: Ini hanya jangkaan semata-mata. Tidak ada sesiapa yang mengetahui tentang masa depan melainkan Allah. Untuk kepastian, kita sama-sama saksikan pergerakan harga minggu depan.

Nak jadi AGEN, cari saya,
Nak beli EMAS, cari saya,
Nak jual EMAS, cari saya,
Siapa saya, sayalah pokya.



Saturday, March 27, 2010

Selamat Datang dan Tahniah Kepada En. Khairul Nizam @ Chaq

Selamat Datang dan Tahniah saya ucapkan kepada ahli keluarga baru RP GOLD TRADING. Sebenarnya dah hampir beberapa minggu dia sertai rangkaian saya. Cuma x sempat nak ucap selamat.

Beliau juga membuat Unit Trust MAAKL / Green Tea Colustrum / Premium Cholate Gift selain emas. Warga Bandar Puncak Alam / Shah Alam / Petaling Jaya / Sungai Buloh / Klang. Beliau boleh dihubungi 012-6131132 / chaqcs@gmail.com

Friday, March 26, 2010

Latihan Bagi Agen dan Master Agen

Tarikh: 27 dan 28 Mac 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 10 pagi - 1 tengahari
Tempat: Pejabat Public Gold Cawangan Sunway
Penceramah: En. Syukor Hashim

Latihan KHAS bagi agen dan master agen. Semua agen dan master agen dijemput hadir.

Thursday, March 25, 2010

Merudum...

Beberapa hari kebelakangan ini kita lihat graf pergerakan harga emas agak merudum. Ini memberi beberapa reaksi tertentu:

Peniaga Emas:

Ini masa terbaik untuk tambah aset emas sedia ada.

Pelabur Emas:

A - Ini masa terbaik untuk tambah pelaburan emas sedia ada.

B - Macam mana kalau keadaan ini berterusan? Apa perlu aku buat?

Bakal Pelabur Emas:

A - Ini masa terbaik untuk mulakan pelaburan emas.

B - Orang cakap melabur emas untung. Harga dia naik, tapi sekarang duk turun je.

Haruslah difahami bahawa emas ialah komoditi yang didagangkan. Oleh itu, harga emas tidak terlepas dari spekulasi dan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Turun naik harga emas ialah perkara biasa. Untuk membolehkan harga terus naik, harga perlu turun terlebih dahulu untuk pembetulan. Penurunan harga juga dipengaruhi oleh keputusan Negara India yang meningkatkan kadar interest yang mengukuhkan nilai dolar. Namun, bagi tempoh jangka masa panjang, harga emas akan terus meningkat kerana ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil.

Apa yang ANDA perlu tahu:

1. Harga emas akan meningkat seiring pergerakan masa. Namun, kadangkala berlaku penurunan sebagai reaksi pembetulan sebelum pergerakan naik yang seterusnya.
2. Emas ialah pelaburan jangka panjang.
3. Emas ialah komoditi.
4. Harga emas dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi seluruh dunia.

Monday, March 22, 2010

Zakat Emas Perhiasan

Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.

Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan

110gm x nilai emas semasa x 2.5%

Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf

(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%

Zakat Emas Simpanan

Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah

100gm x nilai emas semasa x 2.5%