Peniaga Emas:
Ini masa terbaik untuk tambah aset emas sedia ada.
Pelabur Emas:
A - Ini masa terbaik untuk tambah pelaburan emas sedia ada.
B - Macam mana kalau keadaan ini berterusan? Apa perlu aku buat?
Bakal Pelabur Emas:
A - Ini masa terbaik untuk mulakan pelaburan emas.
B - Orang cakap melabur emas untung. Harga dia naik, tapi sekarang duk turun je.
Haruslah difahami bahawa emas ialah komoditi yang didagangkan. Oleh itu, harga emas tidak terlepas dari spekulasi dan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Turun naik harga emas ialah perkara biasa. Untuk membolehkan harga terus naik, harga perlu turun terlebih dahulu untuk pembetulan. Penurunan harga juga dipengaruhi oleh keputusan Negara India yang meningkatkan kadar interest yang mengukuhkan nilai dolar. Namun, bagi tempoh jangka masa panjang, harga emas akan terus meningkat kerana ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil.
Apa yang ANDA perlu tahu:
1. Harga emas akan meningkat seiring pergerakan masa. Namun, kadangkala berlaku penurunan sebagai reaksi pembetulan sebelum pergerakan naik yang seterusnya.
2. Emas ialah pelaburan jangka panjang.
3. Emas ialah komoditi.
4. Harga emas dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment