0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Wednesday, March 31, 2010

Sesi Perkongsian Ilmu EMAS Bersama Putremas

Insya Allah jika diizinkan oleh Allahu Subhanahu Wa Taala jua maka saya akan mengadakan sesi perkongsian ilmu EMAS bersama anda seperti jadual di bawah:

Tarikh: 3 April 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 1 tengahari
Tempat: Public Gold Cawangan Sunway

Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.

Sunday, March 28, 2010

Analisis Harga Emas Hujung Minggu


TECHNICAL ANALYSIS:

A. PERSAMAAN

1. Penutup harga bagi 3 minggu berturut-turut adalah di aras yang hampir sama iaitu USD1100/oz - USD1110/oz.

B. PERBEZAAN

1. 8/3/10 - 13/03-10 -> Graf bentuk menurun
2. 15/3/10 - 20/3/10 -> Graf bentuk N
3. 22/3/10 - 27/3/10 -> Graf bentuk U

C. PETUNJUK

1. Menunjukkan pergerakan menaik

FUNDAMENTAL ANALYSIS:

1. South Korea Ship Sinks: Gold Rise - Harga emas naik 1.3% (sumber: kitco)
2. Strikes getting underway at Peru's Buenaventura mine - union (sumber: kitco)
3. A second Strike at British Airways (sumber: The New York Times)

SEMBANG2 BERSAMA SIFU EMAS:

1. En. Syukor Hashim (jutawanemas.com) - Harga emas dijangka naik.
2. En. Kharul Nizam (knizambiz.com) - Harga emas dijangka naik.

KESIMPULAN:

1. Secara teorinya, potensi kenaikan harga pada minggu hadapan agak besar.
2. Bagi yang telah menyimpan emas, boleh mula mengintai-intai masa untuk menuai hasil keuntungan.
3. Bagi yang belum menyimpan emas, harga sekarang agak sesuai untuk menambah aset emas.

p/s: Ini hanya jangkaan semata-mata. Tidak ada sesiapa yang mengetahui tentang masa depan melainkan Allah. Untuk kepastian, kita sama-sama saksikan pergerakan harga minggu depan.

Nak jadi AGEN, cari saya,
Nak beli EMAS, cari saya,
Nak jual EMAS, cari saya,
Siapa saya, sayalah pokya.



Saturday, March 27, 2010

Selamat Datang dan Tahniah Kepada En. Khairul Nizam @ Chaq

Selamat Datang dan Tahniah saya ucapkan kepada ahli keluarga baru RP GOLD TRADING. Sebenarnya dah hampir beberapa minggu dia sertai rangkaian saya. Cuma x sempat nak ucap selamat.

Beliau juga membuat Unit Trust MAAKL / Green Tea Colustrum / Premium Cholate Gift selain emas. Warga Bandar Puncak Alam / Shah Alam / Petaling Jaya / Sungai Buloh / Klang. Beliau boleh dihubungi 012-6131132 / chaqcs@gmail.com

Friday, March 26, 2010

Latihan Bagi Agen dan Master Agen

Tarikh: 27 dan 28 Mac 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 10 pagi - 1 tengahari
Tempat: Pejabat Public Gold Cawangan Sunway
Penceramah: En. Syukor Hashim

Latihan KHAS bagi agen dan master agen. Semua agen dan master agen dijemput hadir.

Thursday, March 25, 2010

Merudum...

Beberapa hari kebelakangan ini kita lihat graf pergerakan harga emas agak merudum. Ini memberi beberapa reaksi tertentu:

Peniaga Emas:

Ini masa terbaik untuk tambah aset emas sedia ada.

Pelabur Emas:

A - Ini masa terbaik untuk tambah pelaburan emas sedia ada.

B - Macam mana kalau keadaan ini berterusan? Apa perlu aku buat?

Bakal Pelabur Emas:

A - Ini masa terbaik untuk mulakan pelaburan emas.

B - Orang cakap melabur emas untung. Harga dia naik, tapi sekarang duk turun je.

Haruslah difahami bahawa emas ialah komoditi yang didagangkan. Oleh itu, harga emas tidak terlepas dari spekulasi dan dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Turun naik harga emas ialah perkara biasa. Untuk membolehkan harga terus naik, harga perlu turun terlebih dahulu untuk pembetulan. Penurunan harga juga dipengaruhi oleh keputusan Negara India yang meningkatkan kadar interest yang mengukuhkan nilai dolar. Namun, bagi tempoh jangka masa panjang, harga emas akan terus meningkat kerana ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak stabil.

Apa yang ANDA perlu tahu:

1. Harga emas akan meningkat seiring pergerakan masa. Namun, kadangkala berlaku penurunan sebagai reaksi pembetulan sebelum pergerakan naik yang seterusnya.
2. Emas ialah pelaburan jangka panjang.
3. Emas ialah komoditi.
4. Harga emas dipengaruhi oleh aktiviti ekonomi seluruh dunia.

Monday, March 22, 2010

Zakat Emas Perhiasan

Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Uruf = Nilai minima yang dibenarkan untuk dipakai. Berbeza mengikut negeri. Perlu rujuk ke Pejabat Agama Negeri. Jika jumlah emas perhiasan yang dimikili kurang dari nilai uruf, maka tidak dikenakan zakat.

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.
2. Nilai uruf yang diambil 100gm

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 110gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 130gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 110gm. Terdapat 2 kaedah pengiraan.

Kaedah 1: Pengiraan kesemua emas perhiasan

110gm x nilai emas semasa x 2.5%

Kaedah 2: Pengiraan emas perhiasan tolah uruf

(110gm -100gm) x nilai emas semasa x 2.5%

Zakat Emas Simpanan

Syarat-syarat:

1. Islam
2. Merdeka
3. Sumber yang baik
4. Cukup nisab = 85gm
5. Cukup haul = 1 tahun masihi atau hijri
6. Sempurna milik.

Kadar = 2.5%

Kaedah Pengiraan:

1. Kira nilai minima simpanan selama tempoh setahun tersebut.

Contoh:

(Berikut sampel nilai minima setiap bulan)

Jan - 100gm
Feb - 200gm
Mac - 150gm
Apr - 100gm
Mei -120gm
Jun - 130gm
Jul - 150gm
Ogos - 170gm
Sep - 190gm
Okt - 250gm
Nov - 200gm
Dis - 180gm

Diperhatikan bahawa nilai minima yang disimpan selama setahun ialah 100gm. Maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah

100gm x nilai emas semasa x 2.5%

Perbandingan

Wang Kertas vs Kertas Wang vs Wang Emas vs Emas Wang

1. Wang kertas - Wang yang diperbuat dari kertas. Mempunyai nilai yang diperakukan oleh Kerajaan memerintah.
2. Kertas wang - Kertas yang digunakan untuk menghasilkan wang kertas. Masih tidak mempunyai nilai.
3. Wang emas - Wang yang diperbuat dari emas. Mempunyai nilai tersendiri.
4. Emas Wang - Emas yang digunakan sebagai wang. Mempunyai nilai tersendiri.

Kesimpulan:

1. Kertas hanya bernilai jika dicetak not wang di atasnya dan diperakukan oleh Kerajaan memerintah.
2. Emas walau dalam apa jua bentuk sekalipun tetap bernilai dan berharga.

Saturday, March 20, 2010

Harimau Emas

Tengahari tadi bersiar-siar ke Tesco Ampang untuk membeli-belah barangan dapur sambil menghantar 2 x 1 dinar pelanggan. X tahu pulak hari sabtu Tesco x sediakan plastik beg. Terpaksalah bawak barangan tu dengan tangan je. Nasib baik x borong banyak, dalam RM100 je.

Sebelum membeli-belah sempat singgah 2 buah kedai emas. Tengok promosi kalau ada.

Kedai 1:

Promosi emas putih. Emas putih 14k dan 8k. Harga mak aih, bisa mengeluarkan biji mata. Tapi bila nak jual balik, harga jatuh gila-gila.

Kedai 2:

Promosi jongkong emas ukiran harimau sempena tahun harimau mengikut kalendar Cina. Berat lebih kurang 20gm. Beli satu jongkong emas dapat satu jongkong perak. Kira satu set la. Harga, fuh... bukan takat keluar biji mata, kepala lutut pun gigil. RM2988. Harga jongkong emas Public Gold dengan berat yang sama baru RM2620. Jimat RM359. Kualiti sama je. Ukiran je berbeza.

Kesimpulan:

Nak beli emas ni pun kena bijak. Biar menang membeli dan berpatutan. Kenapa perlu bayar lebih jika ada yang lagi murah dengan kualiti yang sama.

Analisis Harga Emas Hujung Minggu

Beberapa minggu kebelakangan ini kita lihat harga emas berhenti pada aras yang boleh dikategorikan sebagai rendah pada setiap hujung minggu. Antara USD1100/oz - USD1110/oz. Ini membolehkan para pelabur yang tidak berkesempatan untuk memantau pergerakan harga pada hari bekerja untuk menambah stok dengan selesa.

Buat masa ini, USD1100/oz adalah support yang kuat. Agak sukar untuk kita lihat harga menuruni dari aras tersebut kecuali pada akhir Februari lepas. Harga ini bukanlah yang terendah kerana pada hari bekerja adakalanya harga boleh menurun sehingga aras USD1100/oz sedangkan pada hujung minggu ini hanya pada USD1107/oz. Namun, ini merupakan 'entry point' yang sudah cukup selesa bagi para pelabur emas berbanding pergerakan harga pada hari bekerja yang bergerak sekitar USD1100/oz - USD11 30/oz yang mana aras tertinggi pernah mencecah USD1145/oz.

Melabur emas memang amat menguntungkan jika bijak menganalisis pergerakannya. Walaupun kenaikan harga terendah ke harga tertinggi hanya USD45/oz atau 4.09%, namun sudah cukup untuk membuktikan pergerakan yang agresif bagi emas. Pelabur hanya perlu menunggu kenaikan lagi 2% untuk balik modal dan 3% untuk mengaut keuntungan.

Diharap kita sama-sama dapat mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk menjana keuntungan hasil pergerakan harga emas ini.

Nak beli emas, cari saya.
Nak jual emas, cari saya.
Nak belajar ilmu emas, cari saya.
Insya Allah, saya cuba bantu yang terbaik.

pokya@putremas

Thursday, March 18, 2010

Kedai Emas Bagai Cendawan

Isnin lepas pulang ke kampung kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Balik kejap je, Selasa dah datang sini balik. Sempat melawat Pejabat Public Gold cawangan Kota Bharu. Pusing-pusing sekitar Kota Bharu, tengok banyak betul kedai emas. Sebelah kiri kedai emas, sebelah kanan kedai emas, depan kedai emas, belakang kedai emas. Rasa macam hidup di negeri emas.

Nak jumpa agen / pelanggan kat sana pun x sempat. Hanya sempat berbual dalam telefon je dengan salah seorang pelanggan tetap merangkap agen, En. Hafizi.

En. Hafizi ni orang ada-ada juga. Emas pun banyak, duit pun banyak. Orang Kelantan nak beli atau jual balik emas Public Gold boleh cari beliau, 012-9640641.

Saturday, March 13, 2010

Simpan Dinar Untung Ke?

Jumaat lepas ada beberapa orang kawan saya bertanya, ' Betul ke simpan dinar boleh untung?'

Saya jawab, ' Insya Allah untung. Kenapa?'.

'Tadi ada terdengar dalam radio cerita seseorang yang nak kawen. Dia beli dinar pada harga RM2000. Sekarang dah jadi RM8000', terang mereka.

'Sebenarnya bukan simpan dinar untung. Tapi, simpan emas kerana harga emas naik berkadar dengan masa. Disebabkan dinar ialah sejenis emas, maka kesannya juga akan dirasai apabila harga emas meningkat', terang saya lagi.

'OOO...', sambil mulut melopong.

Jadi? Apa kesimpulan? Bak kata Nabil, ' Lu fikirlah sendiri'.

Wednesday, March 10, 2010

Kaedah Membeli Barang Kemas Public Jewellery

1. Layari Public Jewelley
2. Pilih barang kemas yang berkenan dan ambil no. kod
3. Maklumkan pada saya no. kod barangan.
4. Harga barang kemas perlu ditambah RM20 iaitu kos penghantaran.
5. Lakukan pembayaran.
6. Barang kemas anda akan diterima dalam tempoh 2 minggu.

Tuesday, March 9, 2010

Rempit ke Pit Stop

Salah seorang agen merangkap pembaca blog saya ada menyarankan agar istilah 'rempit' ditukar ke 'pit stop'.

Setelah direnungkan dan difikirkan kembali, ada betulnya juga.

'Rempit' - Memecut untuk mendapat modal pusingan segera.

'Pit Stop' - Singgah sebentar untuk caj semula.

Ada juga kebenarannya, kerana emas kita 'berehat' seketika selama lebih kurang 6 bulan di tempat simpanan yang selamat sementara tunggu untuk dikeluarkan.

Lepas ni nak tukar istilah la. Terima kasih atas cadangan En. Razali Ahmad, agen Presint 11, Putrajaya, admin zalidanemas.blogspot.com

Agen Kelantan

Terima kasih dan selamat datang En. Muhammad Hafizi dari Pasir Mas, Kelantan kerana sudi menyertai rangkaian RP GOLD Trading. Kepada pelanggan saya dari Kelantan yang ingin menjual semula emas, kini tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan wang tunai segera. Boleh berurusan dengan En. Hafizi iaitu wakil rangkaian saya kawasan Pasir Mas, Kelantan. Beliau boleh dihubungi, 012-9640641.

Merempittt... Sebelum Tersepittt

Semalam sempat me'rempit' barang kemas. Nak cuba tengok bagaimana penerimaannya. Alhamdulillah, berjaya. Barang yang dinilai pada hari sebelumnya yang boleh ditukar dengan wang tunai sebanyak RM5300, apabila di'rempit' dapat RM4200. Walaupun nampak seperti rugi RM1100 tapi saya masih miliki emas tersebut dengan tambahan wang sebanyak RM4200. Wang tersebut boleh digunakan untuk tambah lagi koleksi emas saya.

Sekarang peluang telah terbuka luas dengan penawaran jualan barang kemas oleh Public Jewellery, anak syarikat Public Gold. Jadi, bagi pe'rempit' yang tersepit sebelum ini kerana jongkong dan dinar tidak diterima, bolehlah berubah atau berpindah selera pada barang kemas.

Monday, March 8, 2010

Nilai Barang Kemas

Semalam, hari Ahad bawa family jalan-jalan. Singgah di sebuah kedai emas di Bangi. Sebab tengok ada tulis promosi. Tokey emas ni memang pantang tengok emas promosi atau emas murah. Ada-ada saja idea yang berlegar-legar di kepala.

Ingatkan memang betul-betul murah. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. Tapi sedap juga kalau pekena mee udang. Kena pulak udang merah yang besar, memang meleleh air liur.

Harga promosi = tolak RM5 dari harga semasa
Harga upah = paling minima RM40

Bila kira-kira balik jadi sama dengan harga semasa emas. Jadi saya pun tukar strategi buat-buat tanya nak gadai barang.

Emas 916 - Berat 13.29gm = RM1300
Emas 90 - Berat 47.83gm = RM4000

Kalau nak cash dapat RM5300. Kalau nak trade-in dapat RM5370. Fuhhh... Memang kaya. Masa beli dulu, emas 916 tu baru dalam RM400. Yang emas 90 dalam RM1500. Tapi sekarang, tu dia... Memang berbaloi-baloi simpan emas.

Tapi apa jawapan saya... Untuk jual emas itu, tidak sama sekali... Walaupun diasak beberapa kali oleh pekerja kedai dan tuan kedai sendiri. Dia siap tanya, berapa yang awak nak. Kerana apa, kerana mereka tahu nilai emas yang saya miliki.

Azam saya tahun ini untuk miliki 1 KILO emas. Apa azam anda dalam memiliki emas?

Thursday, March 4, 2010

Seminar Emas Pelaburan di Putrajaya

Saya ada mendapat beberapa maklum balas yang meminta untuk diadakan lagi seminar emas pelaburan di Putarajaya. Saya amat berterima kasih dan bersyukur atas sokongan yang diberikan. Saya bercadang untuk mengadakan satu lagi siri seminar pada April ini. Namun begitu, saya memerlukan maklum balas anda untuk mendapatkan jumlah peserta yang berminat untuk memudahkan saya untuk membuat tempahan dan sewaan tempat. Bagi yang berminat, sila hubungi saya, 012-9883445.

Wednesday, March 3, 2010

Maraton: Seminar Emas

Penceramah: En. Syukor Hashim


Hari

Tarikh

Masa

Lokasi

Khamis

04/03/2010

8pm – 10 pm

Bandar Sunway

Sabtu

06/03/2010

8pm – 10 pm

Johor Bahru

Isnin

08/03/2010

8pm – 10 pm

Kota Bharu

Selasa

09/03/2010

8pm – 10 pm

Bishop Street

Rabu

10/03/2010

8pm – 10 pm

Ipoh

Khamis

11/03/2010

8pm – 10 pm

Bandar Sunway

Sabtu

13/03/2010

10am - 12pm

Pontian

Selasa

16/03/2010

8pm - 10pm

Melaka

Rabu

17/03/2010

8pm - 10pm

Seremban


Alamat:


BANDAR SUNWAY


Public Gold Office,

42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),

Mentari Business Park,

Bandar Sunway,

46150 Petaling Jaya,

Selangor.


JOHOR BAHRU


Public Gold Master Dealer Office,

49A, Jalan Sulam,

Taman Sentosa,

80150 Johor Bahru,

Johor.


KOTA BAHRU


Public Gold Office,

Tingkat 1, Lot 257,

Jalan Kebun Sultan,

15000 Kota Bahru,

Kelantan.


PULAU PINANG


Public Gold Office,

No. 84, Lebuh Bishop,

10200 Pulau Pinang.


PONTIAN


Anjung Masjid Jamek Pekan Nenas,

Pontian, Johor.


MELAKA


MITC Ancasa Hotel Melaka,

Lot 15232 & 15233, Jalan Food City,

Melaka Internatioanal Trade Center,

75450 Ayer Keroh,

Melaka


SEREMBAN


Hotel Seri Malaysia Seremban,

Jalan Sungai Ujong,

70200 Seremban,

Negeri Sembilan


Jangan lepaskan peluang keEMASan ini. Kini, seminar datang ke tempat anda. Untuk tempahan, boleh hubungi saya 012-9883445 @ admin@putremas.com.

Tuesday, March 2, 2010

Mogok

NUM calls Gold Fields strike
Mar 2, 2010 12.15 AM | By KEA' MODIMOENG

Production at all of Gold Fields' South African operations will come to a halt on Sunday if a strike by 52000 workers affiliated to the National Union of Mineworkers goes ahead.


The union has called the strike over the 'irregular' implementation of the flexible work capacity testing systems which allows mining companies to relieve medically unfit workers of their duties. But the union says Gold Field is using the systems to retrench workers, not as a safety tool.

NUM spokesman Lesiba Seshoka said, "close to 3000 workers have been 'fired' using the system. We are not opposed to the functional work capacity but certainly have a problem with the manner in which it is implemented."


p/s: Jika ini benar-benar terjadi, maka harga emas akan melambung. Jadi, apa tindakan anda?

Gempa Chile

Pagi tadi sebelum datang kerja sempat tengok berita ekonomi dunia di Astro. Gempa bumi di Chile telah mengakibatkan harga Copper @ Kuprum @ Tembaga melonjak kerana banyak lombong di Chile yang ditutup dan Chile antara pengeluar utama sumber mentah tersebut.

Monday, March 1, 2010

Kembang

Alhamdulillah, dengan pelancaran Public Jewellery dan Public Silver, RP GOLD Trading akan mengembangkan lagi perniagaan kami meliputi jongkong emas, dinar emas, barang kemas dan jongkong perak.

Bagi yang berminat menjadi agen atau rangkaian kami, boleh hubungi kami. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Kami akan kongsikan rahsia kejayaan kami selama ini. Tiada yang diselindung. Segala-galanya telus.

Bagi yang berminat untuk membeli, jangan segan silu untuk menghubungi kami.

Pihak RP GOLD Trading ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas sokongan, dorongan dan doa sehingga kami berjaya ke tahap ini dalam tempoh 4 bulan. Tanpa anda, siapalah kami.

Pelanggan Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.