Buat masa ini, USD1100/oz adalah support yang kuat. Agak sukar untuk kita lihat harga menuruni dari aras tersebut kecuali pada akhir Februari lepas. Harga ini bukanlah yang terendah kerana pada hari bekerja adakalanya harga boleh menurun sehingga aras USD1100/oz sedangkan pada hujung minggu ini hanya pada USD1107/oz. Namun, ini merupakan 'entry point' yang sudah cukup selesa bagi para pelabur emas berbanding pergerakan harga pada hari bekerja yang bergerak sekitar USD1100/oz - USD11 30/oz yang mana aras tertinggi pernah mencecah USD1145/oz.
Melabur emas memang amat menguntungkan jika bijak menganalisis pergerakannya. Walaupun kenaikan harga terendah ke harga tertinggi hanya USD45/oz atau 4.09%, namun sudah cukup untuk membuktikan pergerakan yang agresif bagi emas. Pelabur hanya perlu menunggu kenaikan lagi 2% untuk balik modal dan 3% untuk mengaut keuntungan.
Diharap kita sama-sama dapat mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk menjana keuntungan hasil pergerakan harga emas ini.
Nak beli emas, cari saya.
Nak jual emas, cari saya.
Nak belajar ilmu emas, cari saya.
Insya Allah, saya cuba bantu yang terbaik.
pokya@putremas
2 comments:
bagus bro...teruskan analisis anda..!!!
Terima kasih. Mudah2an membantu kita semua. Para pelabur, peniaga, pemerhati dan sesiapa saja yg berminat dgn emas.
Post a Comment