Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia dan umur kita kerana masih hidup pada hari ini. Sedar atau tidak, kini kita telah berada di bulan Jamadil Akhir. Akan menyusul selepasnya Rejab dan Syaaban. Kemudian, Ramadhan dan Syawal. Jadi marilah kita sama-sama mempersiapkan diri agar dipanjangkan usia dan diberi kesempatan oleh Allah untuk dapat mengharungi Ramadhan dan Syawal tahun ini.Persediaan Dunaiwi:
Simpanan emas untuk perbelanjaan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma. Barang kemas antara simpanan yang sesuai. Saya sendiri dah sediakan seutas gelang 916 dengan berat 50gm untuk persediaan Ramadhan dan Syawal jika terdesak.
Persediaan Ukhrawi:
1. Qada' puasa yang lalu.
2. Latih puasa sunat Isnin dan Khamis
3. Latih puasa sunat Rejab
4. Latih puasa sunat Syaaban
5. Tambah ibadat sunat yang lain dalam bulan Rejab dan Syaaban
Semoga bulan ibadah Rejab, Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini akan membawa perubahan yang baik bagi diri kita.
Amin ya Rabbal Alamin.

No comments:
Post a Comment