0% Caj Membeli Emas Dengan Kad Kredit

Bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan Kad Kredit, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan membeli emas dengan Kad Kredit tanpa sebarang caj tambahan. 0% caj.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat

Mencari Agen / Rakan Niaga. Bimbingan Disediakan

Kepada anda yang ingin menceburi bidang perniagaan emas. Modal sedikit. Tiada ilmu. Kami di RP Gold Trading sedia membantu. Sertai kami sebagai agen / rakan niaga. Kami sedia membantu anda.

Perkhidmatan Mencuci Barang Kemas

Bagi anda yang tinggal di Putrajaya dan sekitar, kami di RP Gold Trading menawarkan perkhidmatan mencuci barang kemas pada kadar yang rendah. RM5 bagi setiap barang.

Web Hosting Mampu Milik

Jika anda mencari-cari web hosting seperti kritirea ini:

1. murah
2. besar

Kami mengesyorkan $1 / month web hosting

Monday, July 19, 2010

Seminar Emas Bersama RP Gold Trading



TEMPAT

Bilik Kuliah, Surau Abdul Rahman Auf,
Jalan 3/1, Taman Bangi 3, 
Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

--------------------------------------------------------------------------

SEMINAR KESEDARAN EMAS
Mengapa menyimpan emas?

Tarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran: PERCUMA

--------------------------------------------------------------------------

SEMINAR RAHSIA DAN PELUANG EMAS
Bagaimana menjana keuntungan dengan emas
Teknik REMPIT Tahap I dan II

Tarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran: RM50 (makan tengahari disediakan)

Untuk pendaftaran, sila hubungi 012-9883445 atau admin@putremas.com. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Pembayaran: 

Maybank: 158097019007 (Zakaria Ismail)
CIMB: 03020064685528 (Zakaria Ismail)

* Sila emel atau maklum pada saya jika tuan/puan telah membuat pembayaran.

Wednesday, July 14, 2010

Pelanggan Pertama Menggunakan Kad Kredit

Kami di RP Gold Trading mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah buat En. Abdullah Ismail kerana menjadi pelanggan pertama yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit. Pihak kami menawarkan pembayaran menerusi kad kredit tanpa sebarang caj 0% terhad bagi pembelian gelang emas 999.

Monday, July 12, 2010

Kad Kredit Untuk Membeli Emas


Adakah anda memiliki salah satu, salah dua atau salah tiga dari koleksi kad di atas. 

Jawapan bagi diri saya: Ya. Kerana mudah dibawa dan senang digunakan.

Maka, bertitik tolak dari situ, kini kami di RP Gold Trading juga menerima kad kredit untuk pembayaran bagi membeli emas tanpa sebarang caj tambahan. Jadi, bagi anda yang ingin membeli emas dengan menggunakan kredit kad, kami di RP Gold Trading ada penyelesaiannya.

* Terhad bagi pembelian gelang emas 999 sahaja.
* Mengikut terma dan syarat.

Kredit kad amat berguna jika digunakan dengan betul.

Thursday, July 8, 2010

Seminar Emas 10 dan 11 Julai 2010



TEMPAT

Bilik Kuliah, Surau Abdul Rahman Auf,
Jalan 3/1, Taman Bangi 3, 
Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

--------------------------------------------------------------------------

SEMINAR KESEDARAN EMAS
Mengapa menyimpan emas?

Tarikh: 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran: PERCUMA

--------------------------------------------------------------------------

SEMINAR RAHSIA DAN PELUANG EMAS
Bagaimana menjana keuntungan dengan emas
Teknik REMPIT Tahap I dan II

Tarikh: 11 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran: RM50 (makan tengahari disediakan)

Untuk pendaftaran, sila hubungi 012-9883445 atau admin@putremas.com. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Pembayaran: 

Maybank: 158097019007 (Zakaria Ismail)
CIMB: 03020064685528 (Zakaria Ismail)

* Sila emel atau maklum pada saya jika tuan/puan telah membuat pembayaran.

Wednesday, July 7, 2010

Impian vs Kenyataan

Impian akan terus tinggal impian dan menjadi kenangan jika tiada gerak langkah. Ambil keputusan dan bertindak. Semua insan ada impian. Namun jika tidak diusahakan untuk dicapai, maka hanya menjadi suatu ilusi seperti angan-angan mat jenin. Mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi tidak salah selagi mana tindakan dan jalan yang diambil untuk mencapainya adalah halal.


Impian


Matlamat


Kenyataan

Penetapan impian dan matlamat yang betul dan jitu diikuti oleh tindakan dan disiplin, maka tiada impian dan matlamat yang mustahil dicapai dengan izin Allah. Namun, tanpa tekad dan nekad, maka terimalah kenyataan sedia ada.

~ Meminimakan Kerugian, Memaksimakan Keuntungan ~

Monday, July 5, 2010

Wang Segera



Pada zaman ini, wang adalah sebahagian dari keperluan hidup. Wang bukan segala-galanya. Tetapi, segala-galanya adalah wang. Tiada wang, fikiran mula gusar. Kehidupan menjadi tidak tentu arah. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi sekarang.


Ramai mencari jalan singkat dengan meminjam wang daripada syarikat kewangan yang tidak dapat disahkan status dan tarafnya. Alasan kerana permohonan melalui bank amat susah dan memakan masa. Terlalu banyak karenah birokrasi. Untuk mendapatkan pinjaman wang melalui bank berlesen anda perlu:


1. Syarat minima pendapatan RM700.
2. Tidak diisytiharkan sebagai muflis.
3. Potongan gaji sedia ada tidak melebihi 60%.
4. Slip gaji 3 bulan.
5. Jika tidak layak, perlukan penjamin.
6. Tempoh proses 3 hari.
7. Perlu urus sendiri.


Namun, perkara ini dilakukan oleh pihak bank bagi melindungi pengguna agar tidak terjerat diri sendiri. Namun dek kerana keperluan yang mencengkam, syarikat kewangan 'berlesen' dilihat sebagai alternatif terbaik. Mengapa?


1. Tiada gaji minima.
2. Blacklist, muflis, CTOS, CCRIS boleh memohon.
3. Kelulusan 24 jam.
4. Cabutan bertuah, hadiah menarik.


Namun, akhirnya diri sendiri dan keluarga merana. Jadi, beringat sebelum membuat keputusan dan tindakan. Carilah jalan penyelesaian yang selamat. Duit boleh dicari. Keselamatan diri dan keluarga sukar dicari ganti.


~ Meminimakan Kerugian, Memaksimakan Keuntungan ~

Sunday, July 4, 2010

Terima Kasih Buat Pengerusi, AJK dan ahli Surau Abdul Rahman Auf

Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga ke hadrat Allahu Subhanahu Wa Taala kerana atas izinNya dapat saya adakan Seminar Emas di Surau Abdul Rahman Auf, Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan bantuan En. Abdullah Ismail, agen Public Gold selaku Ad-hoc Event Manager.


Tanpa kerjasama daripada Pengerusi, AJK dan En. Abdullah mungkin Seminar Emas ini tidak dapat direalisasikan. Untuk makluman, seminar ini akan diadakan secara berterusan setiap hujung minggu jika tidak ada halangan dan diizinkan oleh Allah jua.


Saya menjemput tuan/puan untuk sama-sama untuk hadir ke seminar ini.

Saturday, July 3, 2010

Teknik 'Rempit' Tahap I dan II

Bila sebut pasal emas, pasti anda akan mendengar istilah 'rempit'. Ini bukan aktiviti merempit di jakan raya tetapi merempit emas. Jika anda ingin mengetahui kaedah dan cara merempit ini secara terperinci dan lebih lanjut, jemput ke seminar saya esok seperti iklan yang tertera di bawah.


Selamat Merempit... Emas

Tuesday, June 29, 2010

Seminar Emas Bersama RP Gold Trading



TEMPAT

Bilik Kuliah, Surau Abdul Rahman Auf,
Jalan 3/1, Taman Bangi 3, 
Seksyen 3 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi.

--------------------------------------------------------------------------

SEMINAR KESEDARAN EMAS
Mengapa menyimpan emas?

Tarikh: 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran: PERCUMA

--------------------------------------------------------------------------

SEMINAR RAHSIA DAN PELUANG EMAS
Bagaimana menjana keuntungan dengan emas

Tarikh: 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Bayaran: RM50 (makan tengahari disediakan)

Untuk pendaftaran, sila hubungi 012-9883445 atau admin@putremas.com. Tempat terhad untuk 50 orang sahaja.

Pembayaran: 

Maybank: 158097019007 (Zakaria Ismail)
CIMB: 03020064685528 (Zakaria Ismail)

* Sila emel atau maklum pada saya jika tuan/puan telah membuat pembayaran.

Sunday, June 27, 2010

Matlamat Seterusnya



Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan kurniaan rezeki yang telah diberikan. Segala usaha telah membuahkan hasil. Dalam hidup, seseorang perlu meletakkan matlamat hidup. Tanpa matlamat, seseorang akan bergerak tanpa haluan dan arah. Sebagai muslim, matlamat kita ialah kehidupan dunia dan akhirat. Menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Setelah kami berjaya mencapai matlamat untuk memiliki 1 kg emas, maka kami mengorak langkah yang seterusnya. Matlamat yang ingin digapai selaras dengan wawasan 2020.

2010: Memiliki 2 kg emas.
2011: Mempunyai syarikat berdaftar dengan nama RP Gold Trading Sdn. Bhd.
2015: Memiliki 10 kg emas.

Saya menjemput anda untuk bersama-sama menjana pendapatan dengan pelaburan dan perniagaan emas. Untuk keterangan lanjut, hubungi 012-9883445 atau admin@putremas.com

~ Meminimakan Kerugian, Memaksimakan Keuntungan ~

Gold X-Change Programme: Kemaskini 27 Jun 2010


Subang Paku Terpakai

Ketulenan: 916 (22 karat)
Berat: 1.32 gm
Harga: RM170


Subang Cangkuk Terpakai

Ketulenan: 916 (22 karat)
Berat: 1.95 gm
Harga: RM250


Gelang Terpakai

Ketulenan: 916 (22 karat)
Berat: 20.05 gm
Panjang: 17cm
Harga: RM2550


Loket Terpakai

Berat: 1.83 gm
Harga: RM235

* Tiada kos upah tukang
* Penghantaran percuma (terhad kawasan Putrajaya dan sekitar)
* Bagi yang berada jauh:
- Akan dipos dengan perkhidmatan Pos Laju
- Kos tambahan RM20 untuk tujuan pengeposan
- Risiko semasa pos ditanggung oleh pembeli

Berminat, hubungi 012-9883445 / admin@putremas.com

~ Meminimakan Kerugian, Memaksimakan Keuntungan ~

Saturday, June 26, 2010

Emas Menjana Kekayaan

Alhamdulillah, sudah hampir 9 bulan saya bergiat secara aktif dalam perniagaan emas. Syukur ke hadrat Allahu Subhanahu Wa Taala kerana dengan izinNya jua saya telah sampai ke tahap ini. Tidak lupa juga doa dan restu oleh kedua ibu bapa yang banyak membantu.


Selama 9 bulan ini banyak liku-liku telah dilalui. Ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan emas. Alhamdulillah, cita-citaku untuk memiliki sekurang-kurangnya 1kg emas telah tercapai.




Emasku hasil titik peluh 9 bulan ( ~ 1kg)

Insya Allah, bagi anda yang berminat untuk menceburi dunia perniagaan emas, boleh hubungi saya. Saya akan kongsikan rahsia kejayaan dengan anda. Perniagaan emas suatu perniagaan yang menguntungkan.

~ Meminimakan Kerugian, Memaksimakan Keuntungan ~

Thursday, June 24, 2010

Selangkah Ke Hadapan



Alhamdulillah, kami di RP Gold Trading bergerak selangkah lagi dalam memajukan perniagaan emas kami dengan membuka akaun Pay Pal bagi kemudahan para pelanggan untuk berurusan dengan kami.

Bagi para pelanggan yang telah belum mempunyai akaun Pay Pal, anda boleh membuat demikian di sini. Bagi yang telah ada, anda boleh terus berurusan dengan kami.

Emel kami: admin@putremas.com

Maju selangkah dengan Pay Pal

~ Meminimakan Kerugian, Memaksimakan Keuntungan ~

Saturday, June 19, 2010

Kemaskini Harga Gold X-Change Programme

Ke hadapan para pembaca yang dihormati,

Pihak kami akan menyemak semula / kemaskini harga barangan Gold X-Change Programme pada bila-bila masa mengikut harga pasaran emas. Jaminan kami, harga akan dikekalkan sehingga hujung minggu ini sahaja.

Sekian, terima kasih.

pokya
012-9883445

Tuesday, June 15, 2010

Dinar Sebagai Tabungan

Alhamdulillah, petang semalam sempat hantar 2 x 1 dinar yang dipesan oleh pelanggan. Beliau telah membeli dinar dengan menjual emas lama yang rosak dan tidak digunakan. Setelah dilakukan kira-kira, beliau hanya perlu menambah RM250 untuk mencukupkan jumlah pembelian 2 x 1 dinar tersebut.

Semasa sesi penyerahan dinar, beliau bercerita bahawa beliau ada bersembang dengan suaminya untuk menukar tabungan anak-anak dari wang ke dinar. Beliau seakan-akan baru tersedar bahawa menyimpan emas lebih baik dari wang.

Selepas itu, saya bertemu pula dengan 2 pelanggan yang berminat untuk mengetahui pasal emas. Saya ceritakan segalanya mengenai kelebihan emas dan mereka bersetuju bahawa menyimpan emas lebih baik dari wang serta memang menguntungkan.

Anda sendiri boleh membuat kira-kira dan perbandingan kenaikan / keuntungan setiap tahun antara mana-mana simpanan berbanding emas. Insya Allah, jika ada kelapangan masa, saya akan paparkan perbandingan tersebut di sini sebagai renungan dan panduan kita bersama.

~ Meminimakan kerugian, Memaksimakan keuntungan ~

Monday, June 14, 2010

Selamat Datang Ke Wajah Baru Blog www.putremas.com

Alhamdulillah, semalam selesai update dan redesign blog ini. Kami berharap, wajah terkini ini mampu memudahkan tuan / puan untuk melayari dan mencari maklumat yang dikehendaki. Berikut ialah panduan melayari blog ini:

Di ruangan atas blog, terdapat link button / navigation button untuk memudahkan tuan / puan memilih kategori yang ingin dilihat.

1. Home - Untuk kembali ke muka hadapan.
2. Promotion - Untuk melihat promosi terkini oleh kami seperti promosi menjadi agen dan promosi produk kami.
3. Gold X-Change - Plan / program yang ditawarkan oleh kami. Tukar wang kepada emas, tukar emas kepada emas dan tukar emas kepada wang.
4. Our Prices - Senarai harga emas untuk rujukan tuan / puan termasuk harga emas dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
5. Join Us - Keistimewaan menyertai kami dan bagaimana cara untuk menyertai kami. Tuan /puan boleh menyertai kami sebagai agen, promoter dan pelanggan.
6. Seminar - Senarai seminar berkaitan emas yang akan dijalankan dari semasa ke semasa di seluruh negara.
7. Download - Ruangan muat turun artikel dan borang PERCUMA untuk rujukan serta kegunaan tuan / puan.
8. Ebook - Senarai ebook yang dikeluarkan oleh kami. (Buat sementara waktu masih belum ada ebook yang dikeluarkan kerana sedang dalam proses pembikinan).
9. Agent - Senarai agen di bawah rangkaian kami.
10. About Us - Pengenalan mengenai perniagaan kami.

~ Meminimakan kerugian, memaksimakan keuntungan ~

Wednesday, June 9, 2010

Selamat Datang Kepada 2 Agen Baru RP GOLD TRADING

Alhamdulillah. dan tahniah kepada 2 lagi ahli keluarga baru RP GOLD TRADING. Mereka telah sertai sejak awal minggu ini. Namun, kerana kelemahan dan kesibukan saya, saya tidak sempat untuk meraikan kedatangan mereka di blog ini. Mereka yang dimaksudkan ialah:

Agen Jalan Ipoh / Kota Damansara / Damansara Heights / Damansara Perdana / Hartamas / Mt. Kiara

En. Razim Faris Malek
019-2667979
frazim@yahoo.com

En. Razim telah lama menyimpan hasrat untuk menjadi agen tetapi tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kita manusia hanya mampu merancang. Allahu subhanahu wa taala jua yang menentukan. Namun, pada tarikh 4 Jun 2010, beliau nekad untuk menjadi agen bersempena promosi yang ditawarkan oleh Public Gold. Tahniah untuk beliau.

Agen Hospital Serdang

En. Mohd Hamdan Ismail
019-6644997
hmhhi7@gmail.com

En. Hamdan bermula dengan hanya membeli 1 x 20gm pada 23/5/2010. Pada ketika itu harga ialah RM2731. Selepas itu, beliau sentiasa melihat perkembangan harga semasa dan mendapati harga emas sentiasa naik. Maka, tanpa berlengah, beliau membuat keputusan untuk menjadi agen Public Gold pada tanggal 6 Jun 2010. Tahniah buat beliau.

Jadi, anda bagaimana? Harga emas telah mula naik kembali. Jangkaan hujung tahun antara $1300 - $2000. Sekarang masih sesuai kerana harga sekitar $1245. Anda masih belum terlambat. Ayuh rebut peluang yang masih ada dengan tawaran pembelian hanya RM20,000 untuk melayakkan diri anda sebagai agen. Anda boleh membeli secara tunai atau ansuran mengikut skim Easy Payment Purchase. Tetapkan hati, bulatkan tekad, buat keputusan.

Tuesday, June 1, 2010

Promosi Jun 2010

Cepat... Peluang keEMASan. Bagi yang berminat menjadi agen Public Gold, anda hanya perlu membuat pembelian 20K. Cepat sebelum terlambat. Berminat, hubungi saya 012-9883445.

Tempoh: 1 hingga 30 Jun 2010
Syarat: Pembelian bernilai RM20k dalam satu resit

Jangan lepaskan peluang ini. Promosi meruntun jiwa, modal separuh sahaja.

Sesi Perkongsian Ilmu EMAS Bersama Saya

Tuan /Puan,

Insya Allah saya akan mengadakan sesi perkongsian ilmu emas pada ketentuan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun 2010 (Hari ini)
Masa: 8 malam - 10 malam
Tempat: PG Sunway
Menjawab soalan apa, mengapa, bila dan sebagainya. Jom datang beramai-ramai. Hubungi 012-9883445 bagi yang berminat.

Friday, May 28, 2010

Gold X-Change Programme

Tuan / Puan yang dihormati,

Atas permintaan ramai, RP GOLD TRADING ingin memperkenalkan Gold X-Change Programme sempena Syawal yang bakal menjelma. Bak kata pepatah, 'Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian'.

Program ini bermatlamat untuk membantu anda menjadikan wang dan emas anda bekerja untuk anda. Ada 3 plan.

Plan A: Money To Gold
- Menawarkan emas yang murah dan berpatutan untuk dimiliki dengan spread yang rendah.
- Emas dalam bentuk jongkong, syiling dan barang kemas.

Plan B: Gold To Gold
- Tukar emas lama dengan emas baru.
- Kami beli dengan harga tinggi.
- Tukar dengan emas jongkong, syiling dan barang kemas yang rendah spread.

Plac C: Gold To Money
- Tukar emas ke wang
- Kami beli emas terpakai dengan harga tinggi.

Berminat? Ingin bimbingan ilmu emas? Hubungi 012-9883445 / admin@putremas.com

p/s: Cepat sebelum harga emas naik lagi.

Thursday, May 27, 2010

Perubahan Tarikh Sesi Perkongsian Ilmu Emas

Saya memohon maaf kepada tuan/puan kerana sesi perkongsian ilmu yang dijadualkan pada hari Sabtu ini terpaksa ditunda ke tarikh lain iaitu:

Tarikh: 1 Jun 2010 (Selasa)
Masa: 8.00 - 10.00 malam
Tempat: PG Sunway

Perubahan ini terpaksa dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Untuk tempahan, sila hubungi 012-9883445.

Permintaan yang meningkat


Montreal (Kitco News) --The World Gold Council expects gold demand to be strong during 2010, mostly driven by growing demand for jewellery in China and India.
According to WGC’s Gold Demand Trends report, published today, demand in India and China will continue to grow driven by jewellery demand, in spite of high local currency gold prices. In Q1 2010, India was the strongest performing market as total consumer demand surged 698% to 193.5 tonnes. In China, demand proved resilient; demand increased 11% in Q1 2010 to 105.2 tonnes.
This strong demand is despite high local gold prices, suggesting that consumers in India and China are becoming accustomed to higher gold prices.
An increase in European and US investment in the context of continued economic instability, sovereign risk and the threat of a ‘double dip’ recession will also lead to higher gold demand said the WGC.

In an issued release the WGC said, “Concerns over Greece’s public finances and debt contagion fears in Europe have led to strong buying in particular for gold coins, bars and gold exchange traded funds (ETFs) during May which may show up in the Q2 2010 figures. “
“Currently, European gold investment demand is exceptionally strong, especially from German and Swiss investors. This is mainly attributable to concern over public debt levels in the Eurozone and the potential inflationary impact of the European Central Bank’s (ECB) announcement of the US$1 trillion rescue package to purchase Eurozone government bonds to address the Greek debt crisis,” said Aram Shishmanian, CEO of the World Gold Council in the release.
While total investment demand during Q1 2010 fell in comparison with Q1 2009, this decrease was driven by the very strong level of demand in Q1 2009 for investment particularly ETFs said Shishmanian.
The strong recovery in jewellery demand which was driven by China and India in Q1 2010, combined with recent high inflows into ETFs, has created a firm basis for an optimistic outlook for the remainder of 2010, he said.
Report Highlights
  • While the volume of total identifiable gold demand was down 25% on Q1 2009 levels at 760.2 tonnes, in US$ value terms, the decline was a more moderate 9%.
  • Consumers are more comfortable with a higher local price environment, borne out by demand in non-western markets where jewellery demand increased 43%.
  • Indian jewellery demand rose 291% to 147.5 tonnes, there was continued strong demand from China and signs of recovery in Turkey and the Middle East.
  • Net retail investment demand, which covers retail bar and coin demand, was 26% up on the first quarter of 2009 at 182.5 tonnes.
  • Industrial and dental demand was up 31% at 103.2 tonnes, driven by a solid recovery in the electronics and other industrial sectors owing to the improved economic conditions.

Wednesday, May 26, 2010

Selamat Datang Ustaz Mohammad Tajudeen

Alhamdulillah dan tahniah. Ahli keluarga RP GOLD TRADING bertambah lagi dengan kedatangan agen baru. Beliau yang dimaksudkan ialah:

Agen Bandar Kinrara / Puchong / Bukit Jalil / Seri Kembangan / Puncak Jalil

Ustaz Mohammad Tajuddin Mat Isa
012-6145419
matjidin76@gmail.com

Beliau telah lama mengumpul emas. Beliau antara pelanggan saya yang menukar emas pamp suisse dengan emas public gold dan kini telah bergelar agen. Tuan/Puan yang tinggal berhampiran kawasan beliau, boleh menghubungi beliau untuk membeli emas.

Anda boleh menukar emas yang ada dengan emas public gold dan saya akan bantu anda menjadi agen seperti agen saya yang lain. Mari membeli dan menyimpan emas.

Monday, May 24, 2010

Persediaan

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia dan umur kita kerana masih hidup pada hari ini. Sedar atau tidak, kini kita telah berada di bulan Jamadil Akhir. Akan menyusul selepasnya Rejab dan Syaaban. Kemudian, Ramadhan dan Syawal. Jadi marilah kita sama-sama mempersiapkan diri agar dipanjangkan usia dan diberi kesempatan oleh Allah untuk dapat mengharungi Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Persediaan Dunaiwi:

Simpanan emas untuk perbelanjaan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma. Barang kemas antara simpanan yang sesuai. Saya sendiri dah sediakan seutas gelang 916 dengan berat 50gm untuk persediaan Ramadhan dan Syawal jika terdesak.

Persediaan Ukhrawi:

1. Qada' puasa yang lalu.
2. Latih puasa sunat Isnin dan Khamis
3. Latih puasa sunat Rejab
4. Latih puasa sunat Syaaban
5. Tambah ibadat sunat yang lain dalam bulan Rejab dan Syaaban

Semoga bulan ibadah Rejab, Syaaban dan Ramadhan pada tahun ini akan membawa perubahan yang baik bagi diri kita.

Amin ya Rabbal Alamin.

Friday, May 21, 2010

Pamp Suisse Untuk Dijual. Harga (spot gold + RM5) /gm

Pamp Suisse 100gm untuk dijual. Harga (spot gold + RM5) / gm.

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Datang Kepada En. Abu Bakar

Alhamdulillah. Kami mengucapkan selamat datang kepada ahli keluarga baru RP GOLD TRADING, En. Abu Bakar Othman dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Warga Pulau Mutiara nak beli emas boleh cari beliau di talian 019-4575398.

Jom beli emas dan sertai rangkaian kami.

Menuju Puncak

Alhamdulillah. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Harga emas telah cecah paras yang sama seperti Disember 2009. Bagaikan mimpi. Harga naik mendadak. Tapi ini bukanlah mimpi tapi kenyataan. Ini berpunca dari kemelesetan ekonomi dunia Eropah. Jika berlarutan, insya Allah bukan mustahil harga emas akan naik sehingga mencecah USD1300/oz.

Apa tunggu lagi. Jom simpan emas sebelum terlambat.

p/s: Hari ni buy back 100gm. Insya Allah dana ada lagi 18k bagi sesiapa yang nak jual emas PG. Kami beli dengan harga we buy.

Sunday, May 9, 2010

Pelaburan Atau Peleburan

Kita sekali digempar dengan berita penipuan skim pelaburan emas. Awas dan berhati-hatilah sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas. Modus operandinya sama, menjanjikan pulangan yang lumayan, tidak masuk akal dan tiada emas fizikal. Akibatnya merana.


Nasihat saya, belilah emas fizikal. Bayar duit dan dapat emas. Bukan bayar duit, dapat kertas dan janji. Kertas boleh dibuat, janji boleh ditabur. Emas hanya boleh dilombong.

Friday, May 7, 2010

Cerun Di Pagi Jumaat


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dipanjangkan umur untuk berjumpa hari Jumaat, penghulu sekalian hari. Disamping fadhilat yang banyak pada hari Jumaat bagi mereka yang menginginkan keredhaan di sisi Allah, kita juga telah dilimpahi dengan nikmat kenaikan harga emas. Harga emas telah meningkat melebihi USD1200/oz secara mendadak. Satu fenomena yang ditunggu-tunggu oleh para penyimpan emas.

Mungkin ini antara petanda bahawa wang kertas yang kita gunakan telah makin hilang nilainya. Jika anda membaca akhbar utusan semalam, pasti anda tahu mengapa.

Sisipan akhbar utusan :


Ini tidak termasuk beberapa lagi insiden lain yang berlaku di dunia. Marilah kita sama bersyukur kepada Allah kerana telah menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia dan memelihara negara ini dalam keadaan aman serta selamat. Terima kasih wahai Allah.

Tuesday, May 4, 2010

Harga Melebihi Aras USD1190/oz


Buat pertama kalinya dalam tahun 2010 pada tanggal 4 Mei, harga pasaran emas melebihi USd1190/oz. Beza hanya USD35/oz dari paras tertinggi pada Disember 2009. Mari kita sama-sama beli dan simpan emas sementara harga masih rendah dan mampu untuk dimiliki.

Nak beli emas, hubungi saya 012-9883445.

Sunday, May 2, 2010

Kembali Bertugas Setelah 2 Minggu Bercuti

Esok (3 Mei) merupakan hari pertama kembali bertugas sejak 2 minggu bercuti. Dalam tempoh 2 minggu bercuti:

1. Buy back emas - 240gm.
2. Harga emas bergerak dari USD1140/oz hingga USD1180/oz.

Saya menjangkakan harga emas akan naik lagi.


Walau apapun yang berlaku pada harga emas esok kita perlu bersyukur.

1. Alhamdulillah, harga emas naik kerana kita telah menyimpan emas.
2. Alhamdulillah, harga emas turun kerana kita dapat tambah stok emas.

Jadi, kita sebagai pengguna, kumpul emas sebagai alternatif menggantikan wang. Saya sudah, anda bila lagi?

Jom Simpan Emas...

Saturday, May 1, 2010

Laporan Kenaikan Harga Emas

Sempena Hari Pekerja tahun ini, kami di RP Gold Trading mengucapkan Selamat Hari Pekerja, 'Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi'. Di kesempatan ini juga, kami akan mengeluarkan laporan sejarah kenaikan harga emas pada hari ini dan ke belakang.

30 hari: 6.3%
60 hari: 8.4%
6 bulan: 11.4%
1 tahun: 24.9%

Renung-renungkan. Fikir-fikirkan. Dari hasil laporan ini, peratusan itu menunjukkan dua perkara yang amat penting.

1. Kenaikan harga emas berkadaran masa.
2. Penurunan nilai mata wang berkadaran masa.

Insya Allah, jika ada kesempatan, kami akan mengemukakan beberapa fakta dan faktor yang mempengaruhi pergerakan harga emas semasa kini kerana ini memerlukan penelitian, analisis dan masa. Doakan semoga kami dapat menghasilkannya.

Friday, April 30, 2010

KEMPEN: Jom Derma Dirham Ke Tabung Masjid

Insya Allah bermula minggu ini saya dan sahabat-sahabat akan memulakan Kempen: Jom Derma Dirham Ke Tabung Masjid. Idea ini telah dicetuskan apabila kami bermuzakarah tentang bagaimana cara untuk menyebarkan Dirham dalam masyarakat. Oleh kerana masjid ialah nadi kepada umat, jadi kami bersetuju untuk memulakannya dari masjid. Mudah-mudahan, amalan yang sedikit ini diterima dan dipandang oleh Allah.

Muka Depan 1 Dirham

Muka Belakang 1 Dirham

Bagi tuan/puan yang berminat untuk sertai kempen ini, boleh dapatkan dirham daripada saya atau sahabat saya. Saya boleh dihubungi melalui 012-9883445. Buat masa ini, harga bagi 1 dirham ialah RM20. Jika tuan/puan ingin membeli secara pukal, insya Allah kami cuba untuk memberi diskaun. Membeli sambil beramal.

Wednesday, April 28, 2010

Sikit-sikit, Lama-lama, Banyak


Bermula dengan modal ~ RM30k.

Friday, April 23, 2010

Pemilikan Barang Kemas Berganda

Alhamdulillah, dengan berkat doa dan sokongan anda, perniagaan semakin maju. Kini, kami dalam proses untuk melakukan penyelidikan dan cubaan untuk menggandakan pemilikan barang kemas secara berganda bagi pembeli yang berminat untuk membeli barang kemas sahaja. Secara teori, kami melihat program ini amat menguntungkan. Pihak kami telah memulakan proses ini.

Bagi tuan/puan yang berminat untuk mengetahui secara lanjut, boleh hubungi kami di 012-9883445.

Dari seutas

Menjadi 2 utas

Menjadi 3 utas

Menjadi 4 utas

Dan seterusnya.

Program dan teknik ini memerlukan kesabaran dan bergantung pada modal yang ada.

Thursday, April 22, 2010

Menguji Ketulenan Emas

Kaedah menguji ketulenan emas home-made video.

Alatan:

1. Penimbang 2 titik perpuluhan. (Boleh dibeli daripada saya. RM100 + RM20 (pos)).
2. Benang.
3. Cawan plastik atau bekas plastik yang telah dipotong.
4. Air
5. Cara pengiraan.
6. Jangan lupa emas anda.



Video ini disediakan oleh En. Shahrul, admin www.jutawanduniaemas.com

Menimbang Emas PG

100.00gm

10 dinar = 42.50gm

5 dinar = 21.25gm

Alhamdulillah, semua ukuran tepat seperti di sijil. Sesiapa yang berminat untuk membeli penimbang ini untuk kegunaan peribadi, boleh hubungi saya 012-9883445.

Harga = RM100
Kos Pos = RM20

Tuesday, April 20, 2010

Haji dan Emas

Alhamdulillah, hari ini saya telah selamat daftar Haji untuk diri saya dan kedu ibu bapa saya. Kami diberi tarikh jangkaan 2032 Masihi. Apa kaitan Haji dan Emas?

Untuk membolehkan Anda mendaftar Haji dengan Tabung Haji ialah dengan membuka buku akaun Tabung Haji. Nilai minima untuk daftar hanya RM1300 sahaja. Perbelanjaan pada tahun ini hanya RM9980 atau 20 dinar sahaja. 20 tahun akan datang, belum tahu berapa nilainya. Bila sudah daftar, kita hanya perlu tunggu surat tawaran daripada pihak Tabung Haji. Oleh kerana masa masih panjang, menyimpan duit adalah tindakan kurang bagus kerana duit susut nilai berkadar masa. Jadi, anda perlu mencari sesuatu yang mana nilainya bertambah berkadar masa. Salah satu darinya ialah EMAS.

5 dinar lebih kurang RM2500 harga semasa

10 dinar lebih kurang RM5000 harga semasa

Jika telah daftar Haji dengan RM1300 dan memiliki 5 dinar dan 10 dinar, anda telah memiliki lebih kurang RM8800. Hanya perlu tambah RM1180, maka anda telah sedia untuk menunaikan Haji.

Jika anda memiliki emas sebanyak ini iaitu hampir RM19500, anda telah boleh pergi menunaikan Haji bersama pasangan anda.


Jika anda memiliki tambahan sebanyak ini dan lain-lain sumber, insya anda dan seluruh keluarga boleh menunaikan Haji bersama.

Cara mengumpul dana Haji secara berdikit-dikit menggunakan emas:

1. Kumpul RM1300 untuk daftar Haji.
2. Masa yang ada untuk menyediakan dana. 20 tahun x 12 bulan = 240 bulan.
3. Apa yang perlu dilakukan ialah sediakan sedikit dari duit gaji untuk beli 1 dinar setiap bulan. Dalam tempoh 240 bulan, anda telah miliki 240 dinar iaitu lebih kurang RM120,000 pada masa kini. Jumlah ini sudah cukup untuk menampung perbelanjaan satu keluarga untuk menunaikan Haji dengan hanya anda seorang sahaja yang menyimpan.

Dalam tempoh 20 tahun:

1. RM120,000 akan susut nilai dan mungkin menjadi separuh kerana faktor inflasi.
2. 240 dinar akan menjadi lebih dari RM120,000 kerana kenaikan harga emas.

Ingin menyimpan dinar untuk simpanan Haji, boleh hubungi saya.